09 April, 2009

Kanvas Kehidupan - Pagi yang Kelabu, Terima Kasih Tuhan

Selasa 7 April. Aku telah memulakan hari itu dengan rasa yang berlainan sekali. Jam 10.00 pagi ada mesyuarat yang terpaksa dihadiri untuk pemilihan judul-judul buku yang akan dimasukkan dalam Katalog PBAKL.

Beberapa minggu dan menjelang isnin awal minggu ini aku bertambah sibuk. Tepat 9 45 jam pagi aku menerima panggilan telefon dari adik iparku Ita bertanyakan sama ada aku sibuk. Aku menjawab selamba tanpa ada persepsi apa-apa. Aku mendengar suara dia seperti sesuatu yang tertahan-tahan. Aku terus menunggu untuk mendengar apa yang mahu dia ceritakan.

Lalu akhirnya dia menyatakan suaminya (adik aku) terlibat dalam suatu kemalangan dan dia (ketika itu) sedang berada di dalam wad kecemasan. Adik aku pengsan dalam kemalangan itu. Kereta (Grand Lavina) teruk dilanggar dan sudah pun ditarik ke balai! Katanya hanya adik aku sahaja yang terlibat dalam kemalangan itu. Anak-anaknya tiada dan dia pun tidak ada di dalam kereta itu waktu itu. Syukur.

Tapi hati ku sudah berdebar-debar dan tidak keruan. Aku terpaksa menunggu sehingga mesyuarat tamat baru boleh memikirkan apa yang perlu aku buat. Alhamdulillah juga mesyuarat dikendalikan dengan cepat sekali dan selepas itu aku berbisik pada bos untuk mengambil cuti separuh hari itu untuk menguruskan adikku.

Di kafeteria hospital aku menemui Ita. Dia terpaksa menunggu di situ kerana adik ku di x ray untuk kali kedua. Dia menerima 7 jahitan di lengan kanannya kata Ita. Adik ku masih belum pulih sepenuhnya.

Sebaik sahaja aku dibenarkan masuk aku meluru ke katil di wad kecemasan itu. Aku lihat adik ku sudah dapat membuka matanya tetapi masih belum kuat. Dia menggagahi dirinya untuk bercerita walaupun dalam keadaan yang amat sakit. Aku beredar dan menunggu di luar untuk memberikannya rehat.

Katanya dia cuma sedar ketika melihat kereta Pesona dengan laju menuju ke arahnya ketika itu dia cuma memejamkan matanya dan apabila sedar dia telah pun berada di katil hospital. Seorang PakCik di tempat kejadian telah menyelamatkan dan membawanya ke hospital ketika dia pengsan dan kereta yang melanggar itu sedang terbakar injinnya. PakCik itu jugalah yang telah menelefon Ita berdasarkan panggilan terakhir di telefon adikku.

Syukur alhamdulillah adik cuma cedera ringan dan masih terus bernafas-Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih kerana masih memberikan nafas kepadanya, memberi kehidupan kepadanya dan kepada isteri yang dicintai kepada anak-anaknya yang masih kecil dan kerananya aku masih dapat memanjangkan kasih sayangku kepadanya. Amin.

2 comments:

en_me said...

siannyerr.. moga cepat pulih..

Unknown said...

Terima kasih untuk doa