21 April, 2009

Pelancaran Buku Keberanian Menggapai Harapan

Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah buat ITNM apabila sebuah lagi buku dilancarkan dan merupakan buku kedua sepanjang berlangsungnya PBAKL 2009. Buku Keberanian Menggapai Harapan adalah sebuah karya terjemahan oleh ITNM dari buku asalnya The Audicity of Hope tulisan Presiden Amerika terkini. Buku ini merupakan buku New York Times Nombor 1 Paling Laris.

Acara pelancaran ini telah berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific jam 10.00 pagi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Sempena pelancaran itu buku ini telah diberi potongan istimewa 20% menjadikan harga istimewanya pada hari ini RM36 sahaja. Jualannya sangat menggalakkan lebih dari 30 naskah berjaya dijual pada pagi itu sebaik sahaja ia dilancarkan.

Aku memerhatikan dari jauh sahaja kerana bertugas sebagai AJK jualan. Tetapi aku yakin dia berlangsung dengan baik sekali berdasarkan raptai penuh malam tadi yang begitu lancar. Tahniah ITNM dan Tahniah Barack Obama!