02 September, 2009

Di Malam Terakhir Kopitiam Ghadir


Inilah gambar yang sempat dirakam sebaik sahaja pementasan Kopitiam Ghadir berakhir. Faisal Tehrani menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Urusan ITNM Mohd Khair Ngadiron sebagai tanda terima kasih menyelamatkan pementasan itu dengan memberikan lokasi ITNM sebagai tempat pementasan.

En. Khair di malam terakhir hadir bersama isteri dan menontonnya sehingga dua kali. Saya pula amat bernasib baik dapat hadir di malam itu. Hairan juga apabila tiba sekitar jam 8.15 malam ruang letak kereta sepi tetapi menjelang jam 9.00 malam ia tiba-tiba menjadi penuh. Di sebelah siangnya ada persembahan matinee yang dihadiri oleh Sdr. Ezam Mohd Nor. Bukan calang-calang penangan teater Si Faisal ini. Pemenang SEA Write Sdr. Zakaria Ariffin juga kelihatan hadir malam itu bersama isterinya.

No comments: