03 September, 2009

Ramadan atau Ramadhan?



Kesempatan menjelang Ramadan diambil sepenuhnya oleh mereka berniaga maka muncullah pelbagai iklan menjual barangan yang berkaitan puasa ataupun hari raya. Dan perkataan yang sering ditemui ialah Ramadan yang dieja dengan Ramadhan. Perkataan Ramadhan telah lama tidak digunakan. Tetapi sehingga kini mengapa masih ada yang mengejanya begitu? Malas membuat rujukan, tidak tahu atau mereka yang membuat kesilapan itu terdiri daripada generasi lama?

Bagi yang menyedari ianya suatu kesilapan amatlah sakit matanya memandang billboard yang terdapat di tepi jalan atau di lebuh raya iklan-iklan yang menawarkan tawaran istimewa sempena ramadan.

Tidak hairan juga apabila menjelang hari raya akan ada pula yang mengeja idul fitri yang sebenarnya aidilfitri bukan aidil fitri (kamus dewan, edisi empat, muka surat 17). Sampai bila keadaan ini akan terus berlaku? Sampai kita rajin untuk merujuk sebelum menulis dan sehingga kita berazam untuk tidak menodai bahasa ibunda kita sendiri bukan setakat kita menyatakan cintakan bahasa ibunda atau melaungkan hapuskan PPSMI itu tidak memadai. Azam harus diikuti dengan perbuatan baru ia akan menjadi nyata. Kalau tidak cita-cita hanya tinggal cita-cita

4 comments:

Anonymous said...

Sayang bahasa melayu tidak memebri tumpuan untuk membezakan perkataan yang dipindah dari bahasa arab, misalnya "ramadan". jika disebut sebagaimana dieja, sebutannya tidak mencerminkan asal usul Arabnya. "D" dalam ramadan sebenarnya huruf "dod" bukan "dal".

sri hartamas

yuchuilang said...

Saya juga keliru tentang Ramadan dan Ramadhan sehingga membaca artikle ini.
Selamat menyambut bulan Ramadan.

Anonymous said...

sebenarnya dan sepatutnya DBP hendaklah membezakan asal perkataan arab dan melayu.
tentang perkataan ramadan=ramadhan
idulfitri=aidilfitri...

nampak skit je perbezaan..
tapi dari segi maknaya jelas berbeza.

bg saya d=huruf dal
dh = huruf dhot

aidilfitri = adalah salah dr segi nahu bahasa arab.tanya guru b.arab

Anonymous said...

ramadan = tahi mata (kotoran mata)
ramadhan / ramdhan = 1 bulan dalam kalendar islam