Cerita seorang kawan lama. Ku simpan juga lama. Dipaparkan di sini untuk diambil teladannya dan bukan sekadar hiburan semata-mata. Cerita teman kepadaku dengan gelak tawanya yang tidak tertahan-tahan. Katanya memberi nasihat kepadaku jika terlalu letih rehatlah janganlah menyusahkan orang lain.
Dia melalui hari-hari yang padat. Tanggungjawabnya sebagai pengurus di tempat kerja menyebabkan dia terpaksa berkejar ke sana ke mari. Hari itu dia dalam perjalanan ke pejabat setelah keluar bermesyuarat di luar. Tiba di suatu simpang berlampu isyarat kerana lama sangat menunggu dia terlena. Dan nak dijadikan cerita setelah lampu itu bertukar dari merah ke hijau dia masih juga terlena.
Dia rasa dia tak tidur kerana telinganya mendengar bunyi hon kereta di luar sana. Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang mengetuk cermin keretanya dan kedengaran suara sayup sayup orang itu bersuara.
"Encik lampu dah berapa kali bertukar hijau..berapa lama nak tunggu."Dia terpinga-pinga bangun dan di hadapannya sudah tiada kereta lagi. Apabila dia menoleh ke belakang, masyaAllah punya panjang deretan kereta. Ada yang kelihatan mengangkat tangan mungkin sedang menyumpah atau memakinya. Dia juga mengangkat tangan tanda memohon maaf.
Apabila lampu bertukar hijau dia memecut selaju-lajunya kerana meresa amat bersalah dan malu.
No comments:
Post a Comment