24 June, 2010

Jun Yang Istimewa


Majalah Dewan Sastera keluaran JUN 2010


Majalah Saji Keluaran Jun 2010

Sesungguhnya bulan Jun 2010 adalah bulan yang sangat istimewa bagiku. Lebih istimewa lagi apabila banyak perkara yang berlaku bisa mengusik emosiku membuatkan aku merasa ia amat berlainan dari Jun tahun-tahun yang lepas selain dari ia merupakan bulan hari ulang tahunku.

Dewan Sastera terbitan Jun pada halaman 68 menyiarkan puisi ku yang berjudul Teguhmu setelah puisi Istidraj disiarkan dalam majalah yang sama tahun lepas. Mengimbas kembali kenangan lahirnya puisi yang dipetik dari blog ini dalam bulan Januari tahun 2010. Sebenarnya puisi ini diilhamkan pada bulan Jun 2009. Teguhmu dilahirkan setelah aku terangsang selepas menghadiri sebuah perhimpunan. Kekaguman terhadap karisma seseorang yang berucap itu melahirkan idea untuk aku berpuisi.

Manakala majalah Saji keluaran Jun pula menyiarkan sajian-sajian dari Sabah dan Sarawak yang disediakan oleh Arwah Chef Jefrey Bujang seorang teman baikku yang telah kembalikan ke rahmatullah. Terkenang aku dengan cerita arwah yang sangat teruja menceritakan rombongan krew Saji hadir ke Sarawak untuk membuat pengambaran sebelum dia meninggal di dalam blognya. Kini dia telah pergi buat selama-lamanya dan majalah Saji keluaran Jun akan ku simpan baik-baik kerana ia menyimpan cerita seorang sahabat yang telah pergi.

Ada sesuatu yang masih belum terbongkar dalam bulan Jun ini yang masih aku nanti-nantikan. Iaitu keputusan peraduan menulis Novel Remaja anjuran bersama Majlis Belia Kebangsaan MBBY-Pelangi. Novelku berjudul Lembayung Cinta sedang menanti nasibnya di situ. Mudah-mudahan aku mendapat khabar yang baik. InsyaAllah.

No comments: