11 September, 2010

Aidilfitri Tiba Lagi..




Pejam celik pejam celik Ramadan tiba-tiba telah berlalu. Begitu cepatnya waktu berputar. Dan hari ini telahpun masuk dua Syawal. Umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri yang kedua hari ini. Hari esok akan tiba dan akan berlalu sebagaimana ramadan berlalu. Dan usia kita terus berganjak mengensot ke angka yang semakin membesar. Di situlah letaknya kematangan kita dan kita diukur melalui nombor-nombor yang ada pada kita.

Sepanjang melaluinya kita banyak melakukan sesuatu untuk hidup sama ada berurusan dengan orang lain, keluarga atau diri kita sendiri. Hendak tak hendak kita tidak boleh mengelak dari melakukan kesilapan dan menimbulkan kemarahan orang lain secara tidak sengaja atau disengajakan.

Oleh yang demikian saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kesilapan dan kesalahan yang tidak saya jangkakan berlaku ke atas anda sepanjang usaha saya untuk meneruskan hidup ini. Tidak lupa saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Assalamualaikum.

3 comments:

Anonymous said...

rupa bonda mu sgt seiras dgn che lah..org kata sejuk ye...mmg betul kan...lepas tu siap ada kalungan bunga melur di kepala...sgt unik

Enche's said...

bonda memang suka berhias..

Anonymous said...

Che Lah, cantik Bonda. Brp umur agaknya. Patutla anaknya mmg ada iras ibu..