10 January, 2011

Menguburkan Rangkaian Sosial Facebook pada 15 Mac 2011

Sudah heboh satu Malaya malah seantero dunia bahawa rangkaian social facebook atau lebih mesra dipanggil fb akan dikuburkan pada 15 Mac ini. Aku cuma menyedari apabila rakan sepejabat memanjangkan emel berkenaan ke peti mel ku hari ini.

Sedangkan ada rakan-rakan lain yang mengetahuinya melalui akhbar dan juga siaran berita. Pada awalnya agak kurang percaya dengan perkembangan itu. Ya lah fb dah begitu sinonim dalam kehidupan harian khususnya mereka yang menggunakan dengan komputer dan internet untuk urusan kerja harian ataupun mereka yang sedang belajar. Fb menambahkan kegilaan remaja yang menggunakan telefon bimbit apabila aplikasi ini dimuatkan dalam telefon mereka. Sehingga pengasasnya Zuckerberg menjadi kaya raya kerananya. Namun wang bukanlah segalanya apabila hidup sentiasa dibelenggu stres!

Banyak komen-komen yang merasakan bahawa khabar angin itu hanyalah gurauan atau gimik tetapi bagaimana kalau ianya benar. Zuckerberg berhasrat menamatkan kegilaan yang begitu memuncak dan membuatnay stress. Beliau percaya ini adalah sesuatu yang baik kerana selepas ini pengguna akan dapat keluar dan berjumpa dengan kawan mereka yang sebenar di luar sana.

Memang benar aku kadang-kadang merasa sangat stres berhadapan dengan rakan-rakan yang mempunyai telefon khasnya blackberry yang mempunyai aplikasi facebook di telefon bimbit mereka. Kadang-kadang mereka mengajak kita keluar tetapi sudahnya 50% waktu bersamanya dihabiskan dengan melayan fb!

Saya pernah berkenalan dengan seorang rakan dari rangkaian sosial ini. Berborak dengannya di dalam talian sembang ini memang tidak jemu. Wajah kaku manis yang terpampang di skrin memberikan perhatian dan membalas setiap soalan yang dijawab. Tetapi apabila berjumpa secara berhadapan dengannya masyaAllah dia asyik melayan fb sambil berbicara dengan kita. Sungguh memualkan.

Syukurlah kalau khabar ini menjadi kenyataan kerana tiada siapa lagi dapat berbangga diri di dinding mereka menunjuk-nunjukkan apa yang mereka ada, mengumpat orang yang mereka tidak suka atau membuang masa kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya walaupun banyak juga perkara baik yang boleh diperolehi dari rangkaian sosial ini.

1 comment:

Anonymous said...

assalam...
ya enche...ada baiknya bukan.kita kebanyakannya sudah kehilangan kehidupan sosial yang sihat.hilang mesra, hilang harmoni.fb bukan sahaja menjadi kegilaan bahkan ketagihan. saya juga punya laman sosial ini. moga tidak tertinggal rasa terkilan kalau-kalau benar khabar yang disampaikan...=)
kita mungkin tak rasa pelik kan kalau ada yang memprotes, berbalah, waima bermogok sekalipun dengan tindakan menguburkan laman sosial ini. Pengasasnya juga pasti sudah memikirkan hal ini berkali-kali.