Hari ini hari tanpa tembakau? Memang ia tiada kena mengena dengan diriku tetapi di sekelilingku penuh dengan mereka gemar merokok. Tanpa tembakau bererti tanpa rokok dan jika tiada rokok bererti tiada asap yang masuk ke dalam paru-paru. Bila tiada asap masuk ke dalam paru-paru berreti itu adalah pernafasan untuk kehidupan yang sihat. Susah ke maksud kepada semua itu?
Untuk kehidupan yang sihat adakah kita perlukan orang lain menasihati kita? Tentu satu perbuatan yang lucu apabila kita melihat seseorang sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke sebuah lubang yang akan menyebabkab ia jatuh dan meninggal di dalamnya. Kalau dia tidak meninggalpun dia akan mengalami kecacatan kekal dalam hidupnya.
Lalu ramai orang disekelilingnya begitu risau melihat kejadian itu berusaha untuk menghalangnya dari meneruskan perjalanannya hingga ke dalam lubang maut itu. Berbagai rintangan dibuat untuk menghalangnya. Ada yang melihat kesusahan itu bukan sekadar akan menyusahkan dirinya tetapi saudara-mara di sekelilingnya seperti isteri dan anak-anaknya yang bakal ditinggalkan!
Bagaimanapula jika anda dapat bayangkan bila ada yang membuat undang-undang jika orang yang terus berjalan itu akan didenda! Ia memang melucukan! Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan.
Bukankah lebih senang jika tidak dibenarkan jualan rokok itu sendiri mengharamkannya sebagaimana mengharamkan jualan mercun dan dadah! Maka hari ini rokok tetap dijual dengan mencetak pelbagai imej ngeri di kotaknya. Aku sangat hairan melihat hal ini. Hairan dan sangat melucukan. Jika inipun tidak berkesan adakah kita terpaksa membuat satu filem ngeri akibat merokok dan memberikan hadiah percuma kepada pembelinya atau sekeping tiket percuma menonton filem ngeri itu!
Orang dulu-dulu nasihat anak-anak yang degil dengan mulut. Tak jalan dia orang godam aje dengan rotan takpun bagi anak tu kena makan dek kerengge kat pokok jambu! Tapi sekarang nak rotan-rotan bukan boleh sembarangan semuanya menjadi sukar kerana dah wujud macam-macam undang-undang itulah kemajuan namanya.
Arwah abah terlalu kuat merokok, kerana itu aku sudah tidak dapat belaian abah ketika usiaku 17 tahun!