23 May, 2009

Puisi- Suatu Pagi Sang Kera



Suatu pagi kulihat Sang Kera
di atas bumbung keretaku
sudah pandai dia merayap ke mari
mencuri perhatian penduduk di apartment ini

dia cuma menumpang di atas bumbung itu
kerana di sebelahnya
ada pohon tanjung yang berbuah ranum
dia memetik dan mengunyah
meninggalkan sisa di situ
membuatkan aku berfikir panjang
hari itu hingga ke saat ini

Sang Kera itu ke mari di halaman ini
menyanyi lagu sayu
hatiku mendengarnya
sama seperti Sang Rama-rama
yang mati di tangga kami
juga bernyanyi dahulu

belantara yang layu
itulah istananya yang mulai menghilang
dan manusia yang berakal itu melihat
penuh simpati tanpa berbuat apa-apa

Sang Kera suatu pagi kulihat
terperangkap di dalam perangkap
yang dipasang khas buatnya
kerana manusia mendakwa
dia pengugat kedamaian
yang baru mereka rasai di situ!


Enche's
Mei 2009