13 July, 2009

Menuju Sri Pena III


Gambar 1: Baling telur. Gambar 2: Kumpulan Pelangi dalam dalam Gerak Kerja berkumpulan

Sepanjang 3 hari 2 malam kem yang bertemakan Diri Cemerlang Organisasi Gemilang berlangsung dengan lancar. Seorang dari kami telah dilantik menjadi Penghulu (iaitu Sdr. Bakri). Tugasnya ialah memastikan semua peserta hadir di dalam setiap sesi ceramah dan juga waktu sembahyang.

Ceramah dibantu dengan audio visual yang sangat berkesan dan kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu:
  1. Smart
  2. Nawaitu
  3. Pelangi
  4. 7 Wonders

Barangkali itulah waktunya kami mempunyai masa bersama walaupun dalam keadaan yang amat sibuk kami berbicara mengenali hati budi masing-masing. Keterbatasan waktu dan tempat bekerja selama ini mungkin adalah halangan kepada peluang untuk berbicara dan bersama tetapi di sini ia memberikan ruang buat kami mencuri waktu untuk menebus kembali apa yang telah terlepas itu.

Kandungan kursus yang lebih menjurus kepada pendekatan agama merupakan peringatan kepada asas pengetahuan yang bukan baru atau asing bagi mereka yang muslim. Sekali sekala memanglah wajar siaran ulangan itu di bawa kembali dengan bentuk yang berlainan kerana mungkin ada yang begitu lama terlupa dengan ajaran yang dipelajari sewaktu belajar dahulu atau mendengarnya kembali di surau atau masjid sebelum ini.

Ada gerak kerja atau permainan yang diberikan sangat memberikan kesan kepada peserta seperti acara baling bola dalam bulatan dan permainan si buta.

Petikan yang dipetik dari kursus dan diingati:

'Orang Cemerlang Tidak Akan Mengulangi Salah Yang Sama'

'Orang Yang Hebat Belajar Dari Kesilapan.'

1 comment:

Ladyaznie said...

taruk lag sket untuk pelangi...

Pelangi pelangi, indahnya warnamu,
merah kuning hijau di langit yang biru,
pelukis mu agung, siapa yang tahu,
pelangi ciptaan Allahuakhbar..

Subhanallah!!