Salam semua SHs. dari Ibnu Abbas telah bersabda Rasulullah s.a.w, barang sesiapa mempunyai hajat maka hendaklah dia berwuduk lalu pergi ke tempat yang tidak terlihat ia oleh seseorang maka sembahyanglah 4 rakaat dengan satu salam, dibaca pada awal rakaat, al-Fatihah sekali dah Qul-huallahu-Ahad 10 kali, pada rakaat kedua bacalah al-Fatihah dan Qulhu 20 kali dan pada rakaat ke 3 bacalah al-Fatihah dan Qulhu sebanyak 30 kali dan pada rakaat ke 4 bacalah al Fatihah dan Qulhu sebanyak 41 kali. Maka apabila selesai solat sebelum bercakap bacalah Qulhu 50 kali, membaca istifar 50 kali dan bacalah La haula wala quwwata illa billahil 'alyyul' adziim 50 kali, kemudian mintalah hajatnya pada Allah swt. Apabila ia mempunyai hutang akan ditunaikan oleh Allah s.w.t, dan apabila miskin dikayakan Allah dan apabila dia seorang (dagang) dikembalikan Allah ke tempat asalnya, apabila dia mempunyai dosa setinggi langit kemudian meminta ampun, maka diampunkan Allah dan apabila dia tidak mempunyai anak dan meminta pada Allah supayakan diberikan maka diberikan padanya. |
Dari mata hati dan perasaan - lahirlah tafsiran dan pernyataan. Jadilah cerita untuk pengisian masa dan jiwa yang dahaga.
22 August, 2010
Kongsi Emel-Bagaimana mahu dimakbulkan doa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment