Hari tu (4 September) sibuk menjadi emcee. Semuanya kerana nak menyelamatkan keadaan. Dalam waktu yang sama menjadi penyambut tetamu juga untuk majlis aidilfitri tempat aku kerja - layan sana layan sini. Dah tak habis dengan dua tanggung jawab itu aku juga jadi LO bukan Local Order tapi Liaison Officer untuk seorang pemenang Anugerah SEA Write - Azmah Nordin. Kelam kabut aku jadinya.
Tetapi alhamdulillah majlis tidaklah jadi kelam kabut. Dalam pada itu aku didatangi pula oleh seorang wartawan dari Berita Harian Sdr. Latifah Arifin untuk menemuramah dan bertanyakan tentang isu perlunya penubuhan koperasi untuk penulis-penulis di Malaysia...