18 March, 2009

Jom Baca Buku - Bahan

Siri Penerokaan Sains ITNM
Bahan

Terokai dunia sains dengan siri baru yang menakjubkan ini. Gambar foto yang memukau dipaparkan secara jarak dekat, lengkap dengan penerangan terperinci dan menarik tentang subjek ini. Projek menguji minda yang menyeronokkan turut disediakan bagi membuka ruang untuk belajar dengan lebih banyak lagi. Aktivitinya juga sesuai dilakukan di dalam mahupun di luar rumah. Biar Bahan membawa kamu menjelajahi penemuan baru dan ketahui bagaimana duit syiling dibuat, terokai bagaimana bulu kambing dijadikan baju panas, ketahui mengapa kapal besi terapung dan kegunaan sampah yang dikitar semula.

Bahan
Penulis: Clive Gifford
Karya Terjemahan : Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978-983-068-369-0
Halaman: 48 Muka Surat
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM17.00(RM22.00 Sabah & Sarawak)

Hubungi ITNM di talian 03-41497210

17 March, 2009

Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Setiawangsa



Anda yang berada di kawasan Wangsa Maju, Setiawangsa dan Keramat, Gombak atau Danau Kota tentunya tidak menyedari kewujudan sebuah perpustakaan kecil (namun mempunyai 2 tingkat) yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di kawasan anda.

Perpustakaan ini menyediakan kemudahan bacaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Lihat sahaja gambar di sebelah kanan dengan warna hiasan dalaman yang menarik amat menenangkan jiwa apabila berada di dalamnya.

Anda boleh membuat pinjaman jika sudah menjadi ahli seperti saya.Hehe. Dan jumlah maksimum yang boleh dibuat pada satu-satu masa hanya 3 buah buku sahaja selama 2 minggu. Bayaran RM16 untuk menjadi ahli selama setahun. Saya sudah lama melihatnya tetapi tidak tergerak untuk masuk meninjau ke dalamnya tetapi beberpa minggu lepas saya berniat ke sana untuk melihat kalau-kalau ada judul buku Malaysiana yang menarik untuk di bawa ke mesyuarat pemilihan judul ITNM.

Bagi yang tidak berminat untuk menjadi ahli anda dibenarkan berada di sana hanya 2 jam sahaja. Seorang gadis manis (seperti dalam gambar itu namanya Sdr. Azida Ahmad Rushdi) akan berterima kasih jika anda ke sana kerana perpustakaan ini kurang pengunjungnya. Mungkin kerana kurang promosi.

Bagaimana hendak ke sana. Lokasi tempat ini ia berada di sekitar pasaraya Carrefour pusat Bandar Wangsa Maju dan kawasan perniagaan KLSE di belakang Hospital Naluri. Alamatnya seperti di bawah.

Perpustakaan Kuala Lumpur
Cawangan Setiawangsa
87, Jalan 2/27F,
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSE)
Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Perkhidmatan:
Selasa - Jumaat: 10.00 pagi- 5.30 ptg
Sabtu: 11.00 pagi - 5.00 ptg
Ahad: 10.00 pagi - 2.00 ptg

16 March, 2009

Hari Earth Hour 28 Mac-8.30 malam

Pada 28 Mac 2009 bermula jam 8.30 malam jika anda prihatin dengan cuaca dunia yang semakin panas akibat akiviti manusia maka anda diajak untuk memadamkan lampu selama satu jam. Anda akan menyertai lebih kurang 1 billion penduduk dunia dan lebih dari 35 negara. Usaha ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia untuk sama-sama menentang perubahan suhu dunia yag semakin meningkat.

Stesen televisyen 8TV pula akan menghentikan siarannya selama satu jam dalam tempoh ini selain itu, 8TV akan mengadakan lintas langsung majlis ini dari Menara KL yang bakal diacarakan oleh Qi, Marion dan Owen Yap sebelum menjelang jam 8.30 malam. Baca di sini.

Anda boleh sama-sama menyertai selain dari memadamkan lampu dengan menyertakan nama anda di sini www.earthhour.org/malaysia. supaya anda tidak ketinggalan.

14 March, 2009

Tercuit dengan tulisan Dato' Baha

Tercuit dengan tulisan Dato' BahaZain dalam blognya mengenai isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris) saya pun turut merasakan kekesalan dengan apa yang berlaku. Isu bahasa sama seperti isu agama dan isu budaya.

Bahasa kebangsaan sudah jelas dinyatakan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan namun apa yang berlaku sekarang bukanlah seperti semangat yang dinyatakan di dalamnya. Maka pada siapa kita berharap bahasa kebangsaan akan terus menjadi bahasa utama di negara sendiri. Usaha mesti dilakukan untuk memartabatkannya sebagaimana kegemilangan Bahasa Melayu menjadi bahasa perantara di nusantara suatu masa dahulu.

Amatlah membimbangkan jika kita membiarkan keadaan ini berterusan. Pengajaran beberapa mata pelajaran di dalam bahasa Inggeris tidak akan terhenti sendiri jika ia tidak dihentikan. Bukan kita tidak suka melihat anak bangsa fasih dan pandai bertutur di dalam bahasa Inggeris tetapi dalam jangkamasa panjang kepentingan bahasa Melayu akan terhakis. Bahasa Melayu akan terpinggir.

Suatu kenyataan semalam saya ke sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan percetakan digital. Di situ kedengaran seorang wanita muda berbicara dalam bahasa Inggeris kedengarannya seperti sempurna sekali. Saya menoleh untuk melihat wajahnya. Oh anak tempatan seorang wanita India (seorang pelajar IPTS saya agak kerana bahan yang hendak dicetaknya) hati saya yang tadi ingatkan dia orang asing terus merudum kerana ia tidak cinta kepada bahasa di mana dia memijak buminya.

Kemudian temannya membalas dalam bahasa Inggeris juga oh wanita Melayu. Sekali lagi hati saya jatuh dilantai mengapa begitu sekali bahasa ibundanya dipinggirkan sedangkan saya melihat tugasan yang hendak dicetak dan perbualannya mengenai hal itu adalah dalam bahasa Melayu juga. Adakah ia akan melambangkan kekelasannya atau intelektualnya? Sudah tentu pembelajaran subjek itu dalam bahasa Melayu kerana tugasan itu ditulis di dalam bahasa Melayu.

Biarlah bahasa Inggeris itu cuma di dalam pembelajarannya sahaja dan berbicarapun kerana keadaan yang sesuai dengannya sahaja. Jika alasan matematik dan sains itu datangnya dari barat maka halnya sama dengan pelajaran agama Islam bukankah ia elok diajarkan dalam bahasa Arab kerana ianya asalnya dari Tanah Arab! Lebih tepat tetapi kita telah mempunyai banyak istilah dalam bidang agama Islam mengenainya. Begitu juga istilah-istilah dalam bidang matematik dan sains kita juga telah ada. Jika berkurangan kita tambah apa gunanya Dewan Bahasa dan Pustaka menghasilkan berpuluh ribu istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang tetapi dinafikan kewujudannya. Usaha itu cuma usaha sia-sia dan buang masa cerdik pandai di situ menggubalnya jika ia tidak mahu digunakan.

Memang sifat bahasa itu hidup dan ia sentiasa berkembang bukanlah bermakna tiada istilah mengenainya ia haruskan ditinggalkan. Bahasa Melayu jika tidak digunakan ia akan mati sebagaimana matinya bahasa Hebrew suatu ketika dahulu tetapi atas inisiatif bangsa Israel bahasa itu dihidupkan kembali hingga sekarang.

Mungkin kita lupa kepada Dasar Pandang ke Timur suatu masa dahulu. Apakah kerana dasar itu tidak berjaya. Saya rasa tidak. Penggunaan Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card), Penggunaan Tanda Nama (Name Tag), Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC), Konsep Pejabat Terbuka, Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat, Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja tenyata masih dikekalkan sehingga sekarang dan kita juga berbangga dengan kewujudan kereta nasional hasil dari itu.

Sesuatu yang kita lupa orang-orang Jepun tidak mengagung-agung bahasa lain selain dari bahasa ibundanya sendiri tetapi mereka tetap maju. Saya masih teringat dengan nasib beberapa teman yang dihantar belajar ke sana mereka pada awalnya sukar berkomunikasi kerana semuanya dalam bahasa Jepun. Dan mereka lebih menghargai kita jika kita bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Tetapi mereka adalah bangsa yang maju!

Saya juga teringat suatu peristiwa di jalan raya tak lama dahulu berlaku kemalangan di antara seorang pemuda Cina dan India. Mereka keluar bergaduh dan berbincang di dalam bahasa Melayu bahasa ibundanya sendiri. Walaupun keadaan itu suatu keadaan yang tidak selesa untuk dipandang tetapi harmoni itu ada di situ.

Seperti komen saya di blog Dato Baha - Bahasa Jiwa Bangsa. Melalui bahasa orang akan mengenal budayanya sendiri. Membiarkan Bahasa Melayu dipinggirkan seolah-olah membiarkan anak bangsa melupakan budaya dan jati dirinya juga. Janganlah kita mewariskan nama Melayu kepada anak cucu kita tanpa ada jati dirinya di kemudian hari. Fikirlah sebelum terlambat semuanya bermula pada hari ini.


Merdekakanlah fikiran kita dari belenggu bahasa sebagaimana lahiriahnya kita telah merdeka. Bahasa Melayu jika berkembang yang untungnya adalah kita juga kerana orang akan mempelajari budaya kita. Lihatlah Youtube ini sebagai hiburan dan di situ ada banyak yang anda boleh fikirkan. Orang Arab yang bertutur dalam bahasa Melayu. Tekan di sini.

12 March, 2009

Kongsi Emel - About Money

About Money

With Money You Can
Buy a House
But Not Home

With Money You Can
Buy a Clock
But Not Time

With Money You Can
Buy a Bed
But Not Sleep

With Money You Can
Buy a Book, But
Not Knowledge

With Money You Can

See a Doctor
But Not Good Health

With Money You Can
Buy a Position
But Not Respect

With Money You Can
Buy a Blood
But Not Life

With Money You Can
Buy a Sex
But Not Love

These Chinese Proverb
Brings Luck
It Originated from
The Netherlands.

The Proverb
has gone around
The world 8 Times,
Now It is Your Turn
To Have Good Luck
Once you have
Received it
...


Masih panjang lagi ia seperti pesanan emel berantai yang lain minta disebarkan dengan kepercayaan tertentu tetapi kita ambil sahaja yang baik kerana apa yang akan berlaku kepada kita hanya datangnya dari Dia. Dia menentukan segalanya.

Anda boleh juga menyebarkannya tetapi bukan dengan kepercayaan kerana tuah yang akan dibawakannya tetapi kerana kesedaran ada banyak perkara yang boleh membuka minda kita dan rakan kita yang selama ini berfikir duit dapat memberikan kita segala-galanya.

Terima kasih Linda.

Jom Baca Buku- Sistem Suria

Siri Penerokaan Sains ITNM
Sistem Suria

Terokai dunia sains dengan siri baru yang menakjubkan ini. Gambar foto yang memukau dipaparkan secara jarak dekat, lengkap dengan penerangan terperinci dan menarik tentang subjek ini. Projek menguji minda yang menyeronokkan turut disediakan bagi membuka ruang untuk belajar dengan lebih banyak lagi. Aktivitinya juga sesuai dilakukan di dalam mahupun di luar rumah. Biar Sistem Suria membawa kamu menjelajahi penemuan baru!


Sistem Suria
Penulis: Dr. Mike Goldsmith
Karya Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978-983-068-374-4
Halaman: 48 Muka Surat
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM18.00 (RM23.00 Sabah & Sarawak)

Hubungi ITNM di talian 03-41497210

11 March, 2009

Gajah Mati Meninggalkan Tulang, Harimau Mati meninggalkan Belang dan Manusia Mati Meninggalkan Nama


Gambar atas kanan: Ialah puisi karya Dr. Ibrahim Ghaffar yang dibacakan sendiri olehnya dan dihadiahkan kepada anakandanya. Gambar atas kanan: Anakanda Allahyarham Sdr.Hassanudin. Gambar bawah: Hadirin dalam majlis tahlil.

Telah tiba masanya para ilmuan yang mempunyai sarjana membuat kajian terhadap karya Arena Wati dan didokumentasi dalam berbagai bentuk seperti tesis kata Dato' Wan Hashim Wan Teh di dalam ucapan aluan dalam majlis Tahlil Sasterawan Negara (SN) Allahyarham (DR) Arena Wati di Wisma ITNM hari ini.

ITNM memang telah merancang untuk menerbitkan semula karya-karya Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Write Award yang diterjemahkan ke bahasa asing dan akan menyaksikan dalam tempoh terdekat penerbitan itu menjadi nyata. Dua karya SEA Write Award atau empat karya Sasterawan Negara setiap seorang akan diterbitkan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-9. Untuk SN Dr. Arena Wati karya-karya yang telah dipilih ialah Panrita, Lingkaran dan Sukma Angin(Yang diterjemah ke dalam dua bahasa).

Pemergian Allahyarham sangat dirasakan dalam dunia persuratan Melayu dan Dato' Wan Hashim membacakan pepatah Melayu seperti 'Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.

Sementara itu anakanda Allahyarham Sdr. Hassanudin ketika berucap mewakili keluarganya berharap agar semua amalan yang dibacakan tadi akan mendapat keredaan Allah S. W.T. Beliau merakamkan ucapan setinggi terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh ITNM dan PENA kerana belum ada lagi organisasi yang melakukan usaha yang sedemikian walaupun menyedari perjuangan Arwah bapanya bukan untuk gelaran atau disanjung-sanjung. Beliau berharap Allah akan memberikan sebaik-baik balasan kepada organisasi terlibat serta merahmatinya.

Sdr. Hassanudin menyatakan sehingga Arwah bapanya meninggal dalam usia 84 tahun beliau menyedari perjuangan bapanya cuma satu warna. "Ayah bukan Melayu Politik, Ayah bukan korporat. Ayah ialah Melayu darah." Itulah perjuangan satu warna yang dimaksudkan anakanda beliau yang memetik kata-kata terakhir ayahandanya.

Beliau gigih membela nusantara. Kalau sebelumnya arwahnya berjuang menggunakan tombak dan sigai tetapi selepas itu beliau berjuang menggunakan pena dan kertas pula menyalurkan ideanya.Majlis kemudiannya diserikan dengan bacaan puisi dari karyawan-karyawan khususnya dari PENA. Ia itu Dr. Ahmad Razali dan Dr. Ibrahim Ghaffar.

Kak Norz terima kasih kerana sudi datang tapi kenapa balik awal tak sempat nak cit cat lagi. Dan selepas majlis itu juga aku begitu terperanjat bila di dekati oleh seorang lelaki yang bertanya sama ada aku ini Alumni ESQ! dan terus kami bersalam semut. Wah Bagaimana dia mengenaliku sedangkan dia ESQ dari Jakarta.

10 March, 2009

ITNM mengadakan Majlis Tahlil Sasterawan Negara (SN), Allahyarham (Dr) Arena Wati

Esok jam 4.00 petang satu majlis tahlil untuk Sasterawan Negara (SN), Allahyarham (Dr) Arena Wati akan diadakan di Dewan Utama Wisma ITNM. Majlis ini akan dihadiri oleh sanak saudara Allahyarham, Pengerusi ITNM, Pengarah Urusan ITNM wakil PENA, para karyawan, jemputan dan staf ITNM. Mereka akan bersolat asar berjamaah sebelum itu.

09 March, 2009

Hari Terakhir ESQ



Kiri: Pembimbing Sdr. Legisan Sugimin dan kanan: peserta bersila dalam beberapa sesi


Walaupun terasa amat penat dengan jadual yang sangat ketat (7.30 pagi-7.30 malam setiap hari) tetapi pengisian ESQ (Kercedasan Emosi dan Spiritual) sungguh dirasakan kerana sepanjang kursus fokus peserta sentiasa dipaku dengan cara pembimbing berkomukinasi serta bantuan multimedia yang sangat mengesankan.

Secara keseluruhan kursus ini terbahagi kepada empat bahagian. Iaitu bahagian satu Zero Mind Process(Penjernihan Emosi), bahagian dua:Mental Building (Membangun Mental) di dalamnya terdapat, prinsip bintang, prinsip malaikat, prinsip kepemimpinan, prinsip pembelajaran, prinsip masa depan dan prinsip keteraturan. Bahagian tiga: Personel Strength (Ketangguhan Peribadi) dan terakhir: Social Strength (ketangguhan Sosial).

Sesi di sebelah petang yang sangat mengesan ialah apabila Sdr. Legisan menunjukkan visual bunga-bunga di empat layar gergasi. Sesi ini tiada kerusi di dalam dewan. Semua peserta duduk bersila dan peserta terpisah di antara lelaki dan wanita. Kemudian beliau menanyakan peserta suka atau tidak melihat bunga-bunga yang indah itu. Sudah tentu semua orang suka dengan keindahan bunga. Lalu keluarkan sebuah jambangan bunga yang asli dari belakang pentas. Sdr. Legisan mendekati jambangan bunga yang dibawa oleh ATS (Alumni Training Support) dan mencium bunga-bunga itu.

Ditanya sifat siapa bunga itu? Indah dan cantik itu ialah sifat Allah. Lalu dihadirkan beberapa orang yang mencium kemudian menarik-narik kuntuman bunga yang indah itu. Kuntum-kuntum yang indah itu sebahagiannya sudah bertaburan di lantai pentas. Spontan kami peserta-peserta (650 orang termasuk Dr, Dato' Datin, dan juga Tan Sri) menjerit-jerit kerana terdetik dihati tidak suka dengan kemusnahan bunga-bunga yang cantik itu.

Adegan itu berlaku beberapa detik dan makin lama sikap mereka semakin kasar sehingga banyak lagi yang hancur. Kami hanya menjerit "jangan, jangan, jangan" sementara yang lain menjerit "Woi, apa nih sudah, sudah". Dewan menjadi gamat dan riuh dengan jeritan melihat kejadian yang mengganggu emosi kami.

Lalu bangun seorang peserta lelaki meluru ke pentas dan menghalang pemusnah-pemusnah bunga itu. Tepukan gemuruh diberikan kepada peserta yang berani bertindak tanpa disuruh itu. Lalu Sdr. Legisan bertanya kepada peserta itu mengapa dia bertindak untuk naik ke pentas dan menghalang perbuatan itu. Jawab peserta (Sdr. Alias) dia tidak tahan melihat bunga itu dimusnahkan.

Itu memang naluri kita tidak suka sifat Allah diberi tindakan negatif. Itulah hubungan kita dengan Allah sebagai hambanya dan sebagai ciptaanNya kita memang menyukai sifat-sifat Allah. Tetapi di antara 650 peserta itu ramai yang protes di dalam hati, mereka tidak menzahirkan melalui tindakan. Andai jambangan bunga itu adalah syarikat atau negara kita maka ia telahpun dimusnahkan. Perasaan harus diikuti dengan tindakan barulah boleh berjaya dan mencapai apa yang terdetik dihati kita. Suara hati jika tidak dikeluarkan ia akan menjadi racun kepada diri kita.

Ini adalah diantara satu dari banyak sesi yang mengesankan jiwa. Ianya sangat ikhlas dan bukan lakonan. Akhirnya peserta itu dihadiahkan dengan jambangan bunga dan tepukan gemuruh diberikan kepadanya. Sesi itu juga menyaksikan pembimbing memberikan penghargaan kepada beberapa warga emas (berumur lebih dari 70 tahun) yang mengikuti kursus itu. Saya sendiri sempat berbual dengan peserta yang dihantar oleh anaknya ke kursus itu. Beberapa orang dari mereka hadir dengan bantuan kerusi roda dan sentiasa dibantu anak-anak mereka.

Alumni Yang Rindu dengan lagu Demi Matahari Tekan di sini

Selanjutnya nanti saya akan menyorot penyertaan karangkraf ke EQS menyaksikan perubahan drastik ke atas syarikat itu, pelakon Azizan Mahzan yang bersama kami, penyertaan peserta bukan Islam di ESQ angkatan 28 dan ucapan wakil peserta oleh Dato' Stapa Omar di sesi penutup
.

Sambutan Maulidur Rasul di MIECC- Mines Resort




Gambar atas Papa Rock Ramli Sarip. Gambar Bawah: RahmatMega dan Kumpulan Rabbani. Rahmat muncul kembali dengan lagu-lagu ketuhanan.

Kali ini masuklah kali ke-4 aku merayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan 3A International Group Limited. Tahun ini ia diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City Seri Kembangan, Selangor, setelah kali pertama di Dewan Felda, kedua di PICC Putrajaya dan ke-3 di Dewan Felda semula.

Sebagaimana biasa acara sambutan dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat Al Quran, Ceramah, Selawat, Ucapan dari Pengerusi 3A International Group Limited (Y. Bhg. Tuan haji Anuar Abdul Aziz), Persembahan Nasyid dan lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan dari kumpulan nasyid seperti Now Sweetheart, NICE, Ramli Sarip, Rabbani, Brother dan Rahmat MEGA serta Pantomen mengenai Alam oleh kumpulan Mawardah Putra.

Paling menghiburkan ialah jamuan makan tengah hari dengan menu Nasi Minyak telah dikerjakan oleh lebih dari 1500 jemputan.

Em Yummy...kolestral dan gula..ah lupakan sementara.

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

' Sesungguhnya Allah memberi anugerah kepada orang beriman ketika Dia membangkitkan di kalangan mereka seorang rasul daripada golongan mereka sendiri. Rasul itu membaca ke atas mereka ayat-ayatNya dan membersihkan mereka (daripada syirik dan sifat buruk). Dan mengajar mereka Al-Kitab (Quran) dan Al Hikmah (Sunnah). Sesungguhnya mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata (Ali Imran:164). Marilah kita raikan anugerah Allah ini. Kita zahirkan kesyukuran terutama pada bulan yang berkat ini. '

Begitulah SMS yang dikirimkan kepadaku hari ini dari Kekandaku Azalee.

07 March, 2009

ESQ hari ke-2



demi matahari
dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi

demi siang hari
bila menampakkan dirinya
demi malam apabila ia menutupi

demi langit beserta seluruh binaannya
demi bulan serta yang ada dihamparannya
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Begitulah bait-bait indah dibacakan berulang kali setiap kali sesi diadakan namun mendengarnya tidak menjemukan. Hari ini kursus ESQ memasuki hari kedua. Pengalaman di hari pertama semalam sangat banyak mungkin boleh disimpan untuk post yang lain kerana untuk bercerita satu hari perjalanan kursus pasti ia tidak akan habis. Aku sekadar memetik-metik yang terindah sahaja.

Mungkin sukar untuk dipercayai mengapa aku berada bersama kumpulan orang-orang yang berpangkat Dato' dan Tan Sri sebagai peserta untuk angkatan 28 ini. Tetapi bagaimana jika soalan sebaliknya pula disoal kepada Dato' atau Tan Sri itu sehingga mereka sanggup berada di dalam kumpulan ini bersama kami. Apa yang dicari mereka?

Tidak lain jawapannya kursus ini tidak membezakan sesiapa. Ia soal fitrah manusia. Ia soal asas soal kehidupan. Soal yang bukan luar biasa tetapi pendekatannya luar biasa sehingga menyentuh setiap yang hadir. Ia kursus yang dicipta untuk dirasa bukan sekadar penerangan memberi imput dan mempunyai gerak kerja. Gerakkerjanya juga sangat berkait rapat dengan topik yang bakal di jelaskan dan bukan semata-mata aktiviti untuk menghilangkan mengantuk.

Peserta diimbas kembali mengenai teori Bigbang kejadian Alam Semesta Raya semalam kemudian diminta untuk memejamkan mata membayangkan mereka keluar dari jasad. Lampu dewan dimalapkan kedengaran bunyi muzik yang tidak pernah putus sepanjang kursus dimainkan dan memang mudah bila dibantu dengan cara demikian.

Membayangkan perkara yang kita tidak pernah terfikir. Melihat diri sendiri dari kejauhan 3 meter, 30 meter, 100 meter lebih jauh dari itu sehingga beribu-ribu kilometer atau dari 300,000 billion atau kelajuan cahaya. Bagi memberi gambaran yang jelas sebuah visual yang aku anggap paling mahal dan bermakna dalam hidupku ditayangkan.

Visual itu menunjukkan seorang lelaki (membayangkan diri kita) bersama anaknya sedang baring di atas alas dan di atas rumput laman rumahnya. Ia di zoom out sehingga beribu-ribu kilometer sehingga terkeluar dari orbit bumi dan galaksinya Apa yang nampak. Tidak ada apa-apa hanyalah seperti debu sahaja. Kita sebenarnya hanya sebesar zarah bahkan debu lebih besar dari kita. Itulah kita manusia yang mengaku besar, pandai, pintar atau bangga dengan kedudukan tapi sebenarnya kita di sisi Allah sekelumitpun tiada makna jika tiada taqwa dan iman serta cinta kita kepada Allah.

Tanpa aku sedari airmataku mengalir keluar kerana menyedari betapa kerdilnya aku dan begitu merasakan sempurna dilahirkan sebagai manusia tetapi dilahirkan sebagai manusia belum bererti apa-apa jika tidak taat patuh dan cinta kepada pencintanya. Aku kira hanya aku seorang sahaja yang merasakan demikian rupa-rupanya ramai lagi malah lebih hebat dari itu ada yang menangis teresak-esak.

Kemudian visual yang terhenti di Jagad Raya itu di buat zoom in pula sehingga sampai kepada objek manusia tadi sehingga ke tangannya. Dan di sini zoom in dibuat pada tangan masuk ke kulit dalam saluran darah, dalam sel sehingga ke zarah yang paling halus. Subhanallah. Agung dan Maha kaya sekali Pencipta manusia itu sehingga dari sekecil-kecil ciptaan dan sebesar-besar ciptaanNya dan Dialah yang mengawalnya tanpa ada satupun darinya yang terkecuali. Di sini baru kita dapat menilai siapa diri kita sebenarnya.

Saat peserta diminta untuk memejamkan matapun tiba dan mereka diminta berisytifar mengenangkan kealpaan mereka selama ini, mengenangkan kesilapan mereka, keangkuhan mereka apalagi merasakan kesempurnaan diri. Mereka diminta berdoa memohon ampun dari Allah dan ketika itu kedengaranlah suara-suara tangisan lelaki dan wanita memohon ampun atas kesilapan mereka kepada Allah, rasul, kedua orang tua, suami isteri, kakitangan, sahabat handai dan sebagainya.

Sekuat mana jiwa anda jika didatangi perasaan insaf dan sebak apalagi mendengar suara-suara memohon keampunan dari teman-teman ketika itu anda pasti akan luluh dan goyah. Airmatanya pasti berderai. Dan muzik itu betul-betul menghidupkan suasana. Alamilah sendiri.

Pembimbing beberapa kali berpesan agar peserta jangan taksub dengan ESQ. Aku faham kerana aku pernah mendengar orang tua berkata dengar apa yang guru suruh bukan buat apa yang guru buat.