22 October, 2009

Kongsi Emel-Indahnya Berbaik Sangka


"Hubungan baik antara satu sama lain khususnya antara muslim dengan muslim merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama
, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua
, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka
Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Terima Kasih Azmi KJ

21 October, 2009

Sekadar berkongsi gambar raya






Dipaparkan gambar sekitar jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 9 Oktober 2009. Kini bulan raya telahpun berlalu. Semoga raya tahun depan dapat jumpa lagi dan makan-makan.

Jom Baca Buku - Cerita Rakyat Korea

Cerita Rakyat Korea

Cerita Rakyat Korea ini menampilkan beberapa kategori cerita rakyat Korea yang mungkin mempunyai persamaan dengan cerita rakyat Malaysia atau Negara lain di timur dan juga di barat. Cerita Koleksi cerita rakyat ini diharap dapat menambah dan memperkaya lagi khazanah bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia.

Cerita Rakyat Korea
Penyusun & Penyunting: Zubaidah Ibrahim-Bell
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Tahun Terbitan: 2009
No ISBN: 978-983-068-396-6
Jumlah Halaman: 65 Muka Surat
Harga:RM25.00/30.00

Buku ini merupakan sebuah buku agi yang dilancarkan sewaktu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12. Anda boleh mendapatkannya di MPH MidValley dan Alamanda serta cawangannya atau menelefon nombor ini +603-41497210.

17 October, 2009

Adinda Saba Datang ke Kuala Lumpur



Gambar adinda Saba yang datang ke Kuala Lumpur bersama Suami dan ibu mertuanya. Post ini disimpan dalam list untuk siaran tanpa apa-apa teks. Tiba-tiba hari ini aku lihat ia sudah keluar. Maka tiada apa-apa cerita yang dapat aku tambahkan kecuali ini.

Jarang sekali Saba datang ke sini kerana kesibukan hidupnya sebagai isteri, ibu, menantu dan juga pembantu di sebuah klinik di Kota Bharu. Tetapi kedatangannya kali ini dapat kurasakan ada kaitannya kerana rindu pada bonda yang tinggal bersama ku. Sudah hampir 5 bulan bonda di sini belum menunjukkan rasa jemunya - setiap hari dengan siaran astro 121 dan 106. Hari Minggu yang selaku membawanya keluar mencuci mata di Kuala Lumpur.
Gambar di atas Saba mengunjungi adinda Akram di bangi. Saba adalah kekanda kepada Akram.

14 October, 2009

Jom Baca Buku- Menakhoda Zaman (Helming the Times)

Inilah buku terbaharu yang mencatatkan sejarah kerana ia merupakan buku pertama karya Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak. Tempoh terjemahan dan penerbitan yang paling singkat kerana Pejabat Perdana Menteri memberikan kelulusan seminggu menjelang Hari Raya Aidil fitri 2009 siap dan dilancarkan pada 11 Oktober 2009.

Menakhoda Zaman /Helming the Times

Menakhoda Zaman (Helming the Times) oleh Datuk Seri Najib Razak diterbitkan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dengan bahasa mudah difahami bagi membolehkan Perdana Menteri berkongsi idea dengan semua lapisan masyarakat. Judul itu mengambil tajuk ucapan Najib ketika merasmikan Persidangan Serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada 29 Mac 2009.

Mengandungi 11 bab dengan 76 halaman masing-masing dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mengumpulkan siri ucapan beliau, ditulis semula oleh Najib berdasarkan lima ucapannya ketika menjadi Timbalan Presiden Umno dari 2004 hingga 2009.

Secara keseluruhannya, buku ini banyak membicarakan mengenai kedudukan, kelemahan dan masa depan orang Melayu serta bagaimana mereka boleh bangkit menjadi bangsa yang disegani dan dihormati.

Menakhoda Zaman /Helming the Times
Penulis: Najib Tun Razak
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia dan MPH Publishing
Tahun Terbit: 2009
ISBN: 978-983-068-479-6
Jumlah halaman: 76 halaman bahasa Melayu & 76 halaman bahasa Inggeris)
Harga: RM42.00

Anda boleh mendapatkannya di seluruh MPH dan cawangannya termasuk Alamanda Putrajaya dan MidValley atau menelefon ke ITNM 03- 41497210 Unit Jualan. Sinopsis ini dipetik dan disaring dari Berita Harian dan gambar di ambil dari laman blog Sdr. Anuar Manshor.

09 October, 2009

Memperkenalkan Buku Menakhoda Zaman-Najib Tun Razak



ITNM akan mengadakan satu lagi acara yang akan mencatatkan sejarahnya sendiri pada 11 Oktober 2009 ini di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Disiarkan butiran untuk anda.

Salam,

Institut Terjemahan Negara Malaysia berbesar hati menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Memperkenalkan “Menakhoda Zaman”, Sebuah Buku Oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang bakal berlangsung di East Court Concourse Mid Valley Megamall, pada jam 10.30 pagi, 11 Oktober 2009 ini. Semoga kehadiran Dato/Datin/Tuan/Puan akan melengkap dan menyerikan lagi majlis ini.

Nota: 100 pembeli pertama* buku ini berpeluang mendapat tandatangan eksklusif YAB Dato Sri Najib Tun Razak.
* terhad kepada pembelian di kaunter MPH Mid Valley Megamall

Sekian, terima kasih.

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA

Jumpa anda di sana dan jadilah 100 pembeli pertama untuk mendapat tandatangan Perdana Menteri Malaysia.

Kongsi Emel - Malaikatmu

Malaikatmu...
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...Dia bertanya kepada Tuhan :

" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .

"Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu

"Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar......sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah walau satu ayat"

Terima Kasih Rahimah. Tart raya yang bagi tempoh hari sedap sekali. Semoga murah rezekimu!

06 October, 2009

Raya, kita dan makan

Makanan yang ditapau lebihan jamuan raya di pejabat!


Makan di bulan raya
Sebulan kita berpuasa dan selepas dari itu apakah kita juga harus makan sebulan lebih dari kebiasaannya? Bunyinya seperti melampaukan? Namun itulah hakikatnya. Puasa sebulan dan selepas sebulan berpuasa kita tidak akan mendapat sesuatu yang baik hasil dari latihan itu. Berhari raya sehingga sebulan membenarkan pelbagai makanan masuk ke dalam perut kita. Aduh. Dan adakalanya kita terpaksa melupakan pantang bagi mengurangkan gula atau kolestrol masuk ke dalam jadual pemakanan seharian!

Susahnya nak dapatkan Sate Haji Sahmuri
Ibu kempunan nak makan sate tengah hari itu (Ahad lepas). Dalam fikiranku mudah sahaja pergi ke Sate Haji Sahmuri di Taman Melati di tepi lebuh raya MRR2. Tetapi rupa-rupa memang azab nak beli sate di bulan Syawal ni di situ, kerana apa? Kerana kedai itu dibuka cuma untuk pembelian bawa balik sahaja. Dan yang menempahnya berpuluh-puluh orang sehingga setiap tempahan baru mengambil masa sehingga sejam untuk menyiapkannya!

Jamuan Raya di Pejabat

Semalam jamuan raya di pejabat. Yang jadi Katerer nya nampak macam Kak Kiah 'Enterframe'. Makanannya enak tetapi seperti biasa aku enggak boleh makan banyak-banyak. Jamuan ini tertutup untuk staf sahaja. Tidak sebagaimana biasa tahun-tahun yang sebelumnya jamuan raya menjadi hari untuk bertemu dengan penterjemah, jurubahasa, pelanggan dan pihak-pihak yang banyak berurusan dengan ITNM. Dalam makan-makan itu aku boleh melompong teringat Majlis Hari Raya Pertama yang diadakan di Hotel Pan Pacific...

30 September, 2009

Wajah Baru ITNM





Sebelum ini teman blog anuar pernah menulis tentang perubahan di ruang lobi ITNM dan menyiarkan wajah kedai buku dan ruang khidmat pelanggan ITNM yang hampir siap.

Menjelang Aidilfitri minggu lepas ketika ramai yang sudah pulang dan pejabat makin sunyi kerana warga kota mula meninggalkan Kuala Lumpur saya dan beberapa orang teman yang tidak sibuk untuk pulang ke kampung dan masih bekerja. Ketika itu kami sempatlah menyaksikan beberapa orang pekerja sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja pelengkap terakhir kepada wajah baru di lobi ITNM-papan logo ITNM (signage).

Serentak itu juga kelihatan beberapa pekerja lain mengusung untuk menukar pasu-pasu gergasi di koridor ITNM. Cantik sekali pemandangannya. Sekarang ITNM sudah berwajah baru. Sudi-sudilah hadir ke ITNM. Lihat-lihat dan beli buku atau bincang-bincang pasal hal terjemahan!

27 September, 2009

Kanvas Kehidupan - Bunga

Menatap bunga hidup dan menatap bunga tiruan akan memberikan kesan yang berbeza walaupun kedua-duanya mendamaikan. Melihat bunga dapat melahirkan rasa gembira orang yang melihat. Apatah lagi jika bunga yang indah dengan pelbagai bunga itu mengeluarkan bau yang harum.

Dek kerana itu orang yang sakit wajar sekali diberi bunga kerana apalah gunanya epal dan oren yang dibawa oleh si penziarah kepada pesakit jika si pesakit tidak lagi boleh menelan apa-apa makanan yang sudahnya buah tangan itu diberi pula kepada sipenjaga pesakit atau saudara-maranya yang datang menziarahi.

Apa yang ingin dipaparkan kali ini ada kaitannya dengan cerita bunga. Oleh kerana sifat keindahan bunga yang dapat menimbulkan rasa gembira dan mengurangkan rasa dukacita maka setiap kali menjelang hari raya aku akan berkunjung ke gerai bunga untuk mendapatkan kuntuman agar pada hari raya yang selalunya sepi dapat aku menatap warna-warna bunga yang indah dan baunya yang harum itu.

Maka gerai nan satu itu telah menjadi kegemaranku kerana Nyonya bunga itu sangat gemar menasihati aku cara-cara memelihara bunga agar tahan lama. Dia juga menjadi penasihat bunga apa yang sesuai untuk perayaan (walaupun semuanya kelihatan sesuai).

Sedar tak sedar sudah sembilan tahun aku mengunjungi gerai itu sehingga Nyonya itu sudah mengenali aku dan tahu apa hajatku jika dia melihat aku lalu di lalu. Entah mengapa tahun lepas aku gagal ke gerai itu. Mungkin kerana aku mengubah selera menyambut raya di rumah adik di Bangi.

Dan pada tahun ini aku pergi lagi ke gerai itu. Nampaknya seperti sudah bertukar tuan gerainya. Ku intai beberapa kali namun tidak kelihatan Nyonya bung yang selalu itu, yang ada seorang nyonya yang miripnya tetapi muda sedikit bersama pembantunya. Lalu aku berani untuk melemparkan soalan kepada Nyonya muda itu di mana Nyonya yang biasa berniaga di gerai itu.

Dan aku terkedu bila nyonya muda itu berkata
"Oh Kakak saya sudah meninggal setahun yang lalu, Awak kenal dia?"
" Dia meninggal kerana sakit paru-paru" dia menyambung sebelum aku bertanya soalan selanjutnya.
" Oh begitu, Kakak awak memang seorang yang baik dan tidak lokek.." kataku

"Jika awak mahu bunga ini tahan lama masukkan dalam air sejuk dan masukkan sedikit gula dalam pasu. Jangan lupa potong pangkal batangnya setiap hari dan tukar air setiap hari." Itulah yang aku ingat pesan dari Nyonya bunga yang telah meninggal itu.

25 September, 2009

Jom Baca Buku - Penterjemahan dan Bahasa Isyarat


Masih ingat dengan janji saya untuk memperkenalkan anda dengan lapan buah buku yang dilancarkan sewaktu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 yang berlangsung di Pulau Pinang tempoh hari. Hari ini salah satu buku itu saya siarkan untuk anda. Anda boleh mendekati dunia bahasa isyarat dan juga penterjemahan melalui buku ini selamat membaca!

Penterjemahan dan bahasa Isyarat

Buku untuk bacaan umum ini ditulis berdasarkan dua tujuan khusus. Pertama untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat umum tentang masalah dan cacat pendengaran, serta bahasa isyarat. Kedua, untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum tentang bidang penterjemahan dan kaitannya dengan pembentukan, penggunaan dan pembangunan bahasa isyarat dan kejurubahasaan di Malaysia.

Penterjemahan dan bahasa Isyarat
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia
& Universiti Sains Malaysia
Pengarang: Hasuria Che Omar
Tahun Terbitan: 2009
No ISBN: 978-983-068-469-7
Jumlah Halaman: 160 Muka Surat
Harga:RM25.00/30.00

Untuk mendapatkan buku ini silalah ke permis Wisma ITNM, Wangsa Maju Seksyen 10, 53300 Kuala Lumpur. Anda boleh juga menelefon di nombor +603-41497210 dan hubungi bahagian jualan atau anda yang berada di luar Lembah Klang boleh juga mengunjungi MPH di Mid Valley dan juga Alamanda di Putrajaya.

22 September, 2009

Yana Cerita Raya dan Kahwin




Lama betul tak interview mangsa untuk ruangan ini. Bukan apa kekangan masa. Dalam kepala macam-macam yang ada. Kali ini mangsa yang kena tak jauh jiran sebelah stesen kerja saya di ITNM Nur Liyana Baharum. Saya panggil dia Yana je. Baru je kahwin. Jom baca dia nak cerita apa.

Persediaan menyambut hari raya bagaimana tahun ini?

Uihhhhhhh raya tahun lepas lagi dah sediakan semua dah…rayakan hari2 beraya bagi saya je..

Tentu ada perbezaan raya tahun ini. Boleh kongsi dengan pembaca?
beza tak der kot sebab kemenangan berpihak kepada saya, beraya di kampung saya dulu …walaupun saya anak jati KL Yahoooooooo……..so takder beza pun memang macam tu dari dulu…

Sudah ada perancangan beraya di mana?
Perancangan tak der lagi rasanya, walaupun katanya beraya di kampung saya dulu tapi kata putus dari saya masih belum dibuat huhuhu So tak pikir pun....raya kat mane2 pun boleh sama jer…

Kehidupan sebelum dan selepas menemui pasangan hidup?
Sebelum tu solo sekarang pi mana2 dah berdua dan yang penting dah ada BODYGUARD eheheheh best kawin bro wa cakap sama lu…So ape lagi kawin lah bro…nak colon2nye wa ble carikan lalalalalal……

Kalau tidak menjadi rahsia bagaimana perkenalan (dengan suami) bermula?
Kena cite gak ker??????? Malu ahhhhhhh…….

Kalau nak cite pe salahnye?
Kalau wa cakap tak nak cite camner…AHHHHHHHHHH………..!!!!!!

Adakah hari raya tahun ini lebih bahagia dan meriah?
Bahagia tapiiiiiiiiiiiiiii……Tak meriah dah coz parents cakap da kawin tak boleh dapat duit raya lagi daaa…Lagi sedihnye….

Ye lah dah kawin anda dah jadi pihak yang memberi pulak. Dah banyak sediakan duit raya ke hehe?
Ape plak tak bersedianye...boleh jer..tapi beri sampul kosong jelah hihihihi…

Pengalaman hari raya yang tidak dapat dilupakan?
Apa ek…hmmmm……. Har ada2…wa dapat duit raya rm3,000.00 ..best gile wa cakap masa tu..

Boleh kasi tau sape kasi?
Compemlah yang bagi tu orang yang bagi duit raya tu..apamacm paham jawapan ni...wa pun tak paham apa wa cakap wakakakak

Buat apa dengan duit raya tu?
Alamak…tak ingat pulak wat pe, tau2 dah habis je tapi rasanya tambah duit beli umah

Selalunya apa makanan keluarga di pagi raya?
Apa tanya pasal makan ni pose2…huh…makruh tu…

Tanya takpe la.. kedekut lah ko nih…Macam saya makan nasi dagang!
Wa tak tanya lu pun bro makan ape… huhuhu…
Eh orang peramah dia tak tunggu soalan...Soalan akan datang kemudian.

Nasihat saudari kepada yang memandu dan pulang berhari raya di kampung?
Drive jangan ikut kepala sendiri (ikut kepala orang lain ke?) macam korang sorang jer yang bayar cukai jalan…Ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan korang..Biarlah dorang menyambut kepulangan korang dengan kegembiraan, jangan jenazah korang yang akan disambut pulak..lagipun rugi bro da beli baju raya banyak pastu tak dapat pakai masa beraya kena pulak pakai baju spital huhuhu sape nak jawap tu??????????

Ucapan selamat hari raya?
Nak ucap selamat hari raya kepada semualah yang rasa2 kenal wa @ rasa nak kenal wa…J minta maap kalau ada salah silap yang xsengaja @ disengajakan..Terutama untuk lu brooo…. Maap ye…. Adios….

Terima kasih daun keladi. Saya juga sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin serta Selamat Pengantin Baru semoga jodoh anda berpanjangan.