Dulu kita pun tidak mesra
Datang ke mari sebatang kara
Kita menjeling mencari persamaan
Kita rasa selesa dan kita mesra
Sama mencari rezeki apa yang halal di sini
Waktupun berlalu
Kita mula berubah
Dari pemalu menjadi hilang silu
Kerana kita telah temui sempadan itu
Yang digali dari perjalanan waktu
Waktu yang terus berlalu
Kita tiba-tiba berubah
Seperti dikejar hantu
Mungkin kerana bebanan itu
Kitapun tiba-tiba seperti musuh
Pada bayang-bayang kita sendiri
Lantaran kita yang mula sesat
dalam sempadan yang kita sendiri rentang
Enche's
Januari 2009
No comments:
Post a Comment