Sejak minggu lepas heboh kawan-kawan di pejabat kata Yasmin Ahmad meninggal. Biasalah gosip ni cepat merebak hingga kawan rapatpun menghantar mesej tanyakan hal yang sama. Tapi SMS itu aku biarkan sahaja kerana di rumah banyak perkara yang perlu dibereskan.
Yasmin Ahmad ialah seorang pengarah kreatif yang selalu berjaya dengan filem-filem yang memenangi anugerah seperti Sepet, Gubra, Mukhsin. Lain lain filemnya ialah Telentime dan Mualaf yang gagal mendapat tayangan di negaranya sendiri. Dikatakan kerjaya Yasmin bermula di Leo Burnett syarikat pengiklanan yang menerbitkan iklan-iklan mega menjelang perayaan dengan mesej yang sangat menyentuh sanubari rakyat Malaysia seperti iklan tajaan Petronas.
Tiga hari lepas itu baru aku balas mengatakan memang benar Yasmin Ahmad sudah meninggal. Tentu ia bengang sebab kalau tiga hari sudah heboh satu Maya kesahihan pemergiannya. Begitulah adat manusia memang tak sabar apabila mendengar sesuatu perkara sehingga kesahihannya sudah menjadi nyata. Apabila mendapat berita melalui media perdana seperti surat khabar atau siaran televisyen atau radia dia sudah dianggap basi.
Semalam Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ22 dengan dihadiri oleh ramai rakan artis dan VIP seperti Menteri di jabtan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, senator Tan Sri Jins Shamsudin dan Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin.
Melalui siaran televisyen pula dapat disaksikan upacara pengkebumiannya dihadiri oleh ramai peminat dan kenalannya yang merangkumi pelbagai kaum membuktikan hubungan baik Allahyarham dengan mereka. Ini dapat dilihat melalui filem-filem terbitannya yang menampilkan watak-watak multi etnik.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkannya di tempat orang-orang yang di kasihinya. Al fatihah.
No comments:
Post a Comment