Assalamualaikum…
Untuk pengetahuan semua, saya akan menamatkan tugas saya sebagai
staff ITNM pada hari esok khamis (25/6/09), saya akan bertukar ke bidang perguruan selepas ni
di Universiti Darul Iman Kuala Terengganu, ikut jejak kak Rohaya dan Hidayat….. =)
Oleh itu, dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai sepanjang penglibatan saya di ITNM
ada kesilapan yang telah saya lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Terima kasih atas
segala bantuan dan kerjasama kalian semua..jika ada peluang kita dapat bertemu lagi..Insyaallah..
boleh hubungi saya :
-Nurul Izza binti Basri
-mailto:-Izza_solehah82@yahoo.com
-d/a 626, batu 6, Hasmah Letrik,
Jalan Jambatan Sultan Mahmud,
21200 Kuala Terenggau,
Terengganu Darul Iman.
Kemudian emel dari Sdr. Zainora pula menyambung cerita pemergian Izza.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
SUKACITA DIMAKLUMKAN PN. NURUL IZZA BTE BASRI, BEKAS STAF ITNM YANG BERKHIDMAT DI BAHAGIAN TERJEMAHAN MENYAMPAIKAN SALAM KEPADA SEMUA. BELIAU SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI KUALA TERENGGANU.
BELIAU SEKELUARGA SIHAT WALAFIAT DAN MENYATAKAN KERINDUAN BELIAU DENGAN SUASANA DI ITNM. ANAK SULUNG BELIAU SEDANG BERJALAN JATUH. BELIAU MENDOAKAN SEMUA STAF SUKSES DENGAN KERJAYA MASING-MASING DAN BERBAHGIA HENDAKNYA.
BELIAU JUGA MENGHARAPKAN ADA KALANGAN RAKAN YANG MENGHUBUNGI BELIAU SUPAYA DAPAT MENGETAHUI PERKEMBANGAN DI SINI. MENURUT BELIAU, KEMBALI SEBAGAI PELAJAR MEMBERI PENGALAMAN YANG BERBEZA DENGAN BEKERJA DI SINI. SEHUBUNGAN ITU, SUDI-SUDIKANLAH RAKAN SEMUA MENGHUBUNGI BELIAU UNTUK BERTUKAR CERITA.
ITU SAHAJA MAKLUMAN BELIAU. PN. NURUL IZZA BOLEH DIHUBUNGI MENGGUNAKAN NOMBOR ITNM
SEKIAN, TERIMA KASIH.
ZAINORA BINTI YAHID
Izza yang saya kenali. Seorang yang sangat rendah diri. Bersopan santun. Percaya dengan apa sahaja yang saya cakap sehingga sukar membezakan saya melawak atau bercakap benar kerana itu saya sering mengenakannya. Izza maafkan salah silap saya ya. Saya tahu awak selalu meninjau ke blog ini. Selamat Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment