“Jef saya tahu bidang tugas ini bukan lagi bidang tugas awak tetapi awak ada kepakaran itu. Saya hendak awak bantu saya untuk syarikat dengan kerja yang akan saya berikan ini.” Kata Mior kepada Jefri. Jefri hanya mengangguk kepala kerana jawapan itu hanya memerlukan ia menyanggupi permintaan itu.
“Tetapi kali ni awak kena kerja bermula jam 10.00 malam kerana kerja-kerja pemasangan gerai akan bermula jam itu juga.” Tambah Mior lagi. Jefri mengerut dahinya. Dia tahu kalau begitu keadaannya dia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya. Tak mengapalah sekali sekala kata hatinya, bukan selalu keadaan begitu memerlukan dia berkorban. Demi kemajuan syarikatnya juga. Kalau syarikat maju tempiasnya dia juga yang dapat.
Tetapi jarang sekali dia kena kerja selewat begitu. Tentu dia akan mengantuk untuk masuk kerja esok hari fikir Jefri. Tiba-tiba Jefri mengeleng-geleng kepalanya, belum mula kerja sudah fikir macam-macam. Jefri tak mahu fikir pasal itu dahulu biarlah dia lalui pasal cabaran kerja itu dahulu. Lebih baik dia fikir apa yang perlu dia sediakan dan apa yang perlu dia buat awal pagi itu.
Waktu yang dinantikan itupun tiba. Jefri bersama beberapa lagi orang kawannya bertolak dari pejabatnya ke destinasi yang di kehendaki lebih kurang 40 kilometer jauhnya. Setelah sampai di pusat membeli-belah yang baru sahaja menutup operasinya hari itu dia terpaksa menunggu pekerja-pekerja memasang gerai dan setelah itu barulah dia dan rakan-rakannya dapat memulakan kerja-kerjanya pula.
Malam itu penuh cabaran bagi Jefri dan rakan-rakannya. Setelah empat jam berlalu kerja-kerja Jefri dan rakan-rakannya pun selesai. Mereka berkemas dan pulang ke rumah masing-masing. Sebahagiannya ada yang terpaksa pula bertugas di situ esok pagi. Ada menteri yang akan datang merasmikannya. Jam empat pagi Jefri sampai di rumah, terpaksa pula membersihkan diri dan selepas itu barulah dia boleh melelapkan mata.
Jam enam pagi bunyi jam mengejutkan Jefri dari lenanya. Jefri terasa amat berat sekali untuk bangun dari tidurnya. Dia terasa terhuyung hayang. Jefri menguatkan diri untuk bersolat selepas itu dia menyambung semula tidurnya. Dia ingin masuk lewat kerja hari ini. Mungkin majikannya menghargai apa yang dibuatnya semalam dan boleh melepaskan kelewatannya itu sebagai kes yang istimewa.
Jam Sembilan pagi Jefri sedar dari tidurnya dan dia menghantar mesej kepada teman sepejabatnya mengatakan dia akan masuk lewat hari itu kerana dia ingin mendapatkan rehat secukupnya. Tiada guna dia ke pejabat kalau dia asyik sangap dan curi-curi tidur pula di pejabat.
Tengah hari itu Jefri sampai di pejabat. Sebelum memulakan kerjanya dia menghubungi Bahagian Perjawatan untuk bertanyakan status kelewatannya.
“Awak dah lewat lebih dari dua jam awak kena ambil cuti kecemasan.” Kata pegawai di Bahagian Perjawatan.
“Tapi saya kerja hingga larut pagi semalam, tak larat lagi nak bangun pagi untuk bekerja. Tak boleh dikira pelepasan ke? Saya bukan nak tuntut kerja lebih masa itu” Kata Jefri tidak berpuas hati.
“Kenapa tak tuntut?” Tanya suara dalam telefon itu. Jefri terdiam. Dia tidak faham dengan pengorbanan yang telah dibuatnya semalam. Rupanya tiada tolak ansur boleh diberikan dan akhirnya dia disuruh ambil cuti kecemasan kerana pengorbanan kerja itu. Jefri sungguh-sungguh menyesal hari itu. Mungkin ada lebih baik dia ke klinik sahaja pagi itu dan mengambil cuti sakit bukan ke pejabat untuk meneruskan kerja-kerjanya yang belum beres!
Mungkin pegawai itu membandingkan rakan-rakan yang lain dapat hadir bekerja pada pagi itu. Mengapa Jefri lokek sangat. Tetapi yang lain-lain itu ada tugas penting yang perlu dibereskan pagi itu. Tiada siapa yang dapat menggantikannya atau merekapun sama merasa tidak berdaya tetapi takut untuk bersuara? Atau mereka ingin menunjukkan contoh yang terbaik walaupun keadaan kesihatannya itu sendiri bisa memudaratkan nyawa ketika hadir untuk bekerja?
Sekarang baru Jefri mengerti erti bekerja mengikut apa yang terkandung dalam syarat-syarat perkhidmatan dan ikhlas dalam bekerja yang dilaung-laungkan selama ini sebenarnya tiada ia cuma satu seruan sahaja. Keikhlasan dan pengorbanan itu tidak boleh dibalas dengan penghargaan atau suatu keistimewaan dan sesuatu yang terpisah. Jefri tidak berhak menuntut keikhlasannya apa lagi diberi keistimewaan apa-apa. Dia harus melalui hitam putih yang sudah tersurat!
1 comment:
mungkin jef akan jadi wira, jika jef dapatkan MC, sebab bekerja sampai sakit... walaupun mungkin MC (bole bincang)... Mior pun bonggok dah tahu itu bukan lagi kerja jef... kenapa suruh sepatutnya mior upah orang aje... bukannya pakai duit dia...
baik /buruk/jahat/tipu... tak ada sempadan yang jelas... ada masanya baik, tetapi kemudiannya jahat hanya waktu yang memisahkan. Kepuasan pada saya hanya tanya hati sendiri, walaupun airmata menitis tanpa disedari....
Post a Comment