24 November, 2010

Pertemuan Kedua AD 84-88

20 November 2010. Tarikh penyembuh kerinduan terhadap sahabat-sahabatku. Dua puluh dua tahun dahulu setelah kita selesai mengejar apa yang kita dambakan, apa yang kedua orang tua kita mahu sempurnakan terhadap hidup kita dan apa yang di suruh oleh rasul kita menuntutnya sehingga ke negara China; kita berpisah dengan perasaan yang amat sedih kerana kita tidak pernah menjangkakan suatu masa yang akan datang kita bisa bertemu kembali dengan kuasa siber yang tercipta seperti hari ini.
Teman melihat wajah-wajahmu di hari itu seakan-akan menguatkan kembali semangatku untuk terus hidup kerana hari-hari yang semakin mendatang ini begitu besar cabarannya dan kita sering diingat dengan kematian.

Sukar sekali dikawal perasaan ketika itu aku memeluk seorang demi seorang sahabat lama. Airmata tertumpah di sana sini dan perasaan sebak menguasai hampir setiap orang. Sejak terpisah sekian lama ada yang masih kekal dihubungi berjumpa bertegur sapa, ada yang terdaya hanya mendengar suara di telefon dan pesanan ringkas, ada yang menyapa di laman sosial dan emel dan ada yang hilang tiada terkesan lagi entahkan ada dan entahkan tiada.

Besar sekali rahmatmu Ya Allah di hari itu memberikan kami rezeki berkumpul menyambung kembali silaturahim yang terputus sekian lama. Meskipun ada yang terpaksa melalui jerih payah mengharungi perjalanan jauh beratus kilometer dan melupakan kepenatan yang ditanggung badan hanya atas nama persahabatan.

Sahabat, sesungguhnya amat mahal nilai silaturahim itu yang kita dapat rasai pada hari itu dan hari itu jualah kita berjaya menjulangnya bersama ketika hayat kita masih ada. Tidak banyak waktu yang berbaki lagi rasanya kerana kita sendiri telah menyaksikan sendiri pemergian dari kalangan yang kita cintai dan sayangi. Kekosongan jelas terasa dalam keriuhan yang ada.

Sahabat di saat kita melangkah pergi pada petang itu dan begitu teruja untuk pertemuan akan datang, siapakah yang tahu di antara kita nanti ada yang tidak lagi berpeluang untuk bersama-sama pada masa yang akan datang! Marilah kita menadah tangan memohon supaya diberi lagi peluang seperti itu oleh Pencipta kita.

2 comments:

roslaini saad said...

Salam ..Che Lah..
Kebelakangan ni, asyik orang buat reunion je..sebelum puasa dulu, suami saya buat reunion dengan kawan-kawan satu asrama....dekat 30 tahun juga baru jumpa..
Baru-baru ni AD83 buat reunion kat Taiping..saya tumpang sekaki...
dan terbaru AD84...Malah ex student sekolah saya pun ada yang buat reunion...tapi perasan tak...ada yang tak kisah pun tentang reunion ni...dia dengan dunia dia je...
Malah pengalaman suami saya bila mengatur reunion...ada yang marah-marah bila dia sms....tak faham sungguhh ada juga orang sebegini.....

Anonymous said...

salam chelah...
cuba cari dlm facebook rasanya ada insyaallah....