Dari mata hati dan perasaan - lahirlah tafsiran dan pernyataan. Jadilah cerita untuk pengisian masa dan jiwa yang dahaga.
05 October, 2012
04 October, 2012
Anak Mat Lela Gila - Di pasaran Sekarang!
Begini ceritanya...
Anak Mat Lela Gila adalah karya Ishak Haji Muhammad yang diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung? suka membersihkan laman masjid tetapi tidak pernah menjengah ke dalamnya. Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.
Siapa Mat Lela? Siapa watak utamanya. Mat Lela ialah orang yang mendapat anak secara tidak sengaja. Anak itu terpaksa ditinggalkan oleh ibunya untuk mengelakkan fitnah masyarakat. Bulat diberi nama budak itu ia membesar bersama Mat Lela yang dianggap gila oleh tetangganya kerana kelakuannya yang aneh. Tetapi Bulat telah dicuri dari rumah Mat Lela dan ia membesar pula dalam jagaan ibu bapanya yang baru.
Hidup bulat terus dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nak tahu...carilah buku ini di ITBM atau di pasaran.
03 October, 2012
Yang Aneh itu Kekadang Menarik
Benarkah macam tu? Jika berlaku pada tumbuhan mahupun haiwan akan jadi perhatianlah ia. Lihat dedaun ini sepatutnya ia berwarna hijau tetapi Allah dah tentukan ia berwarna kuning. Maka jadilah ia seperti bunga di hujung ranting. Kau orang fikir ia menarik atau tak?
02 October, 2012
The Precious Gift - Tuhfat al-Nafis (ITBM)
Kalau nak bertepuk kuat-kuat.
28 September, 2012
Hari yang mencemaskan anak mak.- Bahagian 1
23 September, 2012
Shila Amzah Juara Asian Wave 2012
Tontonlah detik-detik perjalanan kejayaan Shila dalam Asian Wave 2012. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada penyanyi baru yang lain.
14 September, 2012
Indahnya Pantun
Buat anda jangan jemu untuk berpantun. Jumpa lagi. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari saya. :)
12 September 2012
31 May, 2012
Tolong Jangan Marah Saya!
24 April, 2012
Sesi Autograf novel Puteri 9 Sepuluh
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan bermula dari 27 April hingga 6 Mei 2012. Sempena itu kelahiran novel Puteri 9 Sepuluh terbitan Pelanginovel Sdn. Bhd akan dimeriahkan lagi dengan sesi autograf penulis.
Jangan lupa untuk temui saya di Gerai Pelangi no: 3147 3156 (Tun Razak Hall 3)
Ahad, 29 April – 3 hingga 4.00 petang
Sabtu, 5 Mei - 3 hingga 4 petang
Jumpa anda di sana!
21 April, 2012
Novel - Puteri 9 Sepuluh di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012)
17 April, 2012
Senyum – Fail Unit Trust.
Hari ini aku begitu teruja nak ke klinik. Pelik bunyinya. Selalu orang malas nak pergi klinik atau ke klinik kerana tidak sihat. Sebenarnya 3 hari lepas aku sudahpun ke klinik untuk membuat ujian darah. Ia adalah pemeriksaan berkala setahun sekali untuk melihat kadar glukos, kolestrol, keadaan buah pinggang dan lain-lain dalam badan ku okey ataupun tidak. Sudah 3 tahun aku melakukannya. Dan selama itu aku menyimpan rekod ujian darah itu dalam satu fail . Sebelum ini aku lupa untuk bawa ketika berjumpa doktor bagi menjelaskan keputusan ujian darahku.
Kali ini berbeza aku berjaya mendapatkan folder yang mengandungi ujian darahku selama 2 tahun itu. Pasti cara doktor menjelaskan kepadaku kali ini berbeza kerana aku menyimpan data terdahulu. Aku mula membawa fail itu setiap hari ke pejabat dan bersedia bila-bila masa sahaja kalau pihak klinik mengarahkan aku ke klinik.
Hari yang dinantikan tiba jua. Tiba di perkarangan klinik sebelum keluar kereta aku membelek-belek fail yang telah aku sediakan beberapa hari lalu. Mengapa cuma data 2010 sahaja. Di mana data-data yang lain. Aduhhh aku terbawa fail yang salah…Fail Unit Trust..arghhhhhhh!




