30 November, 2010

Kheruddin Suleiman - Di Mana Kau!

Jarang berkesempatan untuk pulang ke negeri tanah tumpahnya darahku (rakyat hidup, bersatu dan maju…em lirik lagu kebangsaan la pulak!). Kali ini aku berpeluang untuk pulang kerana menghantarkan bondaku ke sini setelah lebih kurang 5 bulan berada denganku di Kuala Lumpur.

Tidak banyak masa aku di Kota Bharu. Cuma 4 hari sahaja. Entah mengapa ketika menjejakkan kaki di negeriku kali ini aku tergerak untuk menjejaki rakan karib sewaktu di sekolah menengah. Kheruddin. Yang aku tahu di tinggal di sebuah bangunan berhampiran Gelanggang Seni Kota Bharu. Dahulu swaktu pulang dari sekolah aku sering melewati rumahnya dan kala petang aku mengunjungi di situ.

Masa berlalu kami berpisah. Aku ke ITM sementara dia ke UUM. Sudah jarang bertemu selepas itu kerana waktu itu cuti semesta Universiti tidak sama. Kalau jumpa pun sewaktu cuti hari raya. Selepas tamat belajar masing-masing mencari haluan hidup sendiri. Aku terlantar di Kuala Lumpur dan Kheruddin entah ke mana. Tetapi aku tetap simpan keakraban persahabatan kami di sudut hatiku.

Semalam aku kuatkan hati untuk ke rumah keluarganya di situ. Aku lihat di hadapan rumahnya ada beberapa pasang selipar dewasa dan kanak-kanak. Aku sangkakan itu adalah selipar dia dan anak-anaknya. Beberapa kali pintu itu aku ketuk tidak juga di buka. Aku sabar menunggu akhirnya seorang wanita menjengahkan kepalanya di tingkap dan menyoalku. Kaget aku nak menerangkan apa yang aku hendak sebenarnya. Lalu aku aturkan satu persatu hasrat di hatiku dan meluahkan kepadanya.

Wanita itu tersenyum katanya emak kawanku telah dua tahun meninggal begitu juga dengan suaminya. Tergaman aku mendengarnya. Begitu lama aku membiarkan teman itu sehingga perkembangan keluarganya tidak aku ketahui. Aku terbayangkan wajah bapanya yang selalu serius ketika aku berjumpa dengannya dan wajah ibunya yang sangat peramah dan sentiasa senyum melayani aku jikalau aku berkunjung ke rumahnya. Kini aku tidak lagi akan berpeluang menatap wajah-wajah yang telah pergi itu.

Aku meneruskan lagi soalan dengan bertanyakan kalau-kalau wanita itu tahu ke mana pergi anak-anak mereka. Tetapi wanita itu mengeleng-ngelengkan kepalanya. Aku sangat kecewa. Katanya kawan aku itu bekerja di Kuala Lumpur dan adik perempuannya menjadi guru dan masih tinggal di Kelantan namun maklumat lengkap mengenainya dia tidak tahu.

Teman di usia kita yang semakin merangkak menuju ke sempadan emas ini aku masih mengharapkan agar kita dapat bertemu. Telah ramai teman-teman telah pergi ketika aku tidak menjangkakan perkara ini akan tiba seawal itu. Andainya kau membaca ruangan ini sudilah kau menghubungi aku.

4 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam,

Mungkinkah ini rakan tuan yang tuan sedang cari?

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=114027461955167&set=a.114027095288537.13139.100000437415258

Lokasi foto di KB menurut captionnya.Akaun FBnya di atas nama Kherudin Sulaiman.

Saya harap maklumat ini dapat membantu.

Anonymous said...

salam che lah...
simpati dan terharu mendgr keluhan mu, cubalah selongkar kat fb mana tau ada rezki akan berjumpa dia di sana...

Sueozana said...

Salam JA..

How' ur trip to KB? Mesti best dpt balik ssekali..smentara ibu msih ada..

Erm, cmana nk jmpakawan2 lama...unless dpt hubungi alumni SMIP, ada ke ..??

Unknown said...

Dr. Bubbles..Terima kasih. Memang itu fotonya. Saya sudah add..memang saya sudah membuat carian melalui FB sebelum ini tetapi tidak dapat..terima kasih sekali lagi..Tuhan sahaja yang akan membalas budi baikmu