18 February, 2009

Senyum - Akulah Jurugambar Yang Gagal

Menatap gambar ini membuatkan aku akan sentiasa tersenyum. Masakan tidak ia mengingatkan aku kepada peristiwa di suatu majlis pelancaran buku. Seperti biasa saat pengacara majlis dan VIP berbicara tiada siapa yang ambil peduli. Hadirin seperti tenang termasuk jurugambar dan pemberita.

Anda seolah-olah tidak mengetahui orang di sebelah anda itu adalah wartawan ataupun jurugambar sehingga saat perasmian atau pelancaran mereka secara tiba-tiba akan memenuhi ruang hadapan untuk merakamkan aksi VIP dan perasmian tersebut. Jika anda bukan betul-betul dalam bidang kewartawanan anda akan gagal merakamkan saat-saat yang dinantikan itu.

Begitu jugalah dengan aku yang leka sehingga diumumkan saat iaitu aku sudah terlewat kerana ruang hadapan sudah dipenuhi dengan jurugambar. Yang sudah biasa akan mengangkat setinggi-tinggi kamera di kejauhan untuk merakamkannya.

Lalu aku pun mencuba juga cara demikian. Tapi ia sungguh melucukan apabila bukan subjek yang dikehendaki dirakamkan tetapi gambar kepala jurugambar yang aku rakamkan. Dan yang lebih lucu ialah uban sang jurugambar itu dapat dirakamkan dengan jelas!

3 comments:

mie3425 said...

Usahlah dirisau makna kegagalan, kerana pengalaman yang akan mematangkan anda.

Denanz ... said...

untung la jurugambar tu. ada jugak org nak ambik gambar uban dia.
boleh jual gambar tu kat dia.

Anonymous said...

Betul Mie kita tidak akan pijak duri di jalan yang sama.