31 December, 2008

Buku terlaris terbitan ITNM dan terus di cetak ulang


Jika anda ingin mengetahui buku-buku terlaris terbitan ITNM dan terus di cetak ulang, post ini akan memberitahu anda tentang buku yang terus mendapat sambutan itu. Ianya merupakan dua siri iaitu Siri Pembangunan Profesion Perguruan dan Siri Kepemimpinan & Pengurusan Sekolah.

Siri Pembangunan Profesion Perguruan mula dicetak pada tahun 2004 kemudian 2006, 2007 dan 2008. Di antara judul dibawah siri ini ialah:

Inilah Sekolah Idaman Pelajar
Pembelajaran Aktif:101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek
Pengajaran Pakar
Teknik Mendorong Pelajar Belajar…tanpa membunuh semangat mereka.
Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah
Multimedia Di Dalam Darjah
Pendidikan Moden Jepun


Manakala Siri Kepemimpinan & Pengurusan Sekolah mula diterbitkan pada tahun 1999 seterusnya diulang cetak 2004, 2006 dan 2007. Di bawah adalah judul dalam siri ini.

Belajar Secara Berkesan Di Sekolah
Mengurus Sumber Di Sekolah
Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah
Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah
Merancang Kemajuan Sekolah
Strategi Memasarkan Sekolah
Mengajar Secara Efektif
Mengurus Kualiti Di Sekolah
Mengembangkan Profesionalisme di Sekolah

Untuk lebih lanjut atau pesanan anda boleh menelefon ITNM di talian 03-41497210.

29 December, 2008

Kanvas Kehidupan- Di Maki Orang Putih

Waktu tempatan di sini melewati jam 10.15 malam. Suasana malam yang bermula di sini begitu sunyi. Di Albany Hiway, aku bersama teman menyelusuri jalannya untuk menghirup udara malam yang dingin. Seperti terdapat alat penghawa dingin di mana-mana. Aktiviti perniagaan sudah 70 peratus terhenti. Sunyi sekali. Hanya kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang.
Aku berselisih dengan pemuda mabuk yang bernyanyi entah apa biji butirnya. Hati berdebar ketika dia hampir-hampir dengan aku. Tetiba aku sebuah kereta kulihat ada 3 warga Australia menjerit memaki kepada aku dan teman. Kami berpandangan. Dia fikirkan aku orang hitam. Begitu hinanya orang hitam di sisi mereka? Mungkin bukan semua.

28 December, 2008

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430

Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430H. Semoga semua amalan kita pada tahun yang akan tiba bertambah baik dan diterima oleh Allah s.w.t. Jadikanlah musibah yang menimpa atau kegagalan pada tahun ini sebagai pemangkin kepada kita untuk mencapai sesuatu yang lebih sempurna pada masa akan datang. Dan kejayaan yang dicapai pada tahun ini sebagai permulaan kepada kecemerlangan yang akan digapai pada hari esok

Salam dari kejauhan.

Enche

Meninjau bandar Perth dari King's Park


Pusing-pusing akhirnya aku tiba di King's Park. Bandar Perth dapat dilihat dari atas bukit King's Park. King's Park adalah satu-satunya bukit yang ada di bandar Perth. Sungguh nyaman di sini kerana suasana kehijauannya. Tamannya sangat menenangkan hati. Terdapat pokok 'gum tree' ditanam di sini. Gum Tree adalah dari jenis pokok yang berkualiti dan tahan lama. Sewaktu mula-mula sampai aku sangat 'ghalik'(asyik) memerhatikan tiang-tiang letrik di sepanjang jalan yang menggunakan tiang dari pokok dalam keadaan asli (tidak dimesin). Pokoknya lurus dan tinggi.

Walau bagaimanapun kata teman sekarang pokok itu tidak lagi digunakan kerana mereka sedar jika seluruh bandar Perth menggunakan bahan itu maka berapa banyak pokok Gum akan ditebang! Kerana itu material biasa di tempat kita digunakan untuk tiang-tiang letrik dan tiang lampu.

Di sini (King's Park) juga terdapat Memorial Park bagi memperingati perajurit Australia yang terkorban di medan perang dalam perang dunia pertama dan kedua. Kerajaan Australia telah menjadikan tempat ini sebagai medan memperingati perjuangan askar mereka. Terdapat api yang dinyalakan di kawasan medan yang tidak pernah padam. Dan di sekelilingnya ada dinding separa bulatan yang mencatatkan nama-nama negara termasuk Malay State (merujuk kepada Malaysia waktu itu) di mana askar-askar mereka dihantar oleh kerajaan Australia.

Setiap pejuang yang terkorban telah dihadiahkan sebuah pokok dan ia di tanam oleh ahli keluarga yang terkorban. Pada pokok tersebut di tulis nama dan tarikh mereka meninggal. Terdapat lebih dari 60 ribu pokok ditanam di sini dan ia menjadi hutan simpan di bandar Perth. Perasaan sayu melihat pokok itu seolah-olah ia adalah bayangan kepada mereka yang telah pergi.

Berjalan di pinggir tempat ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah bandar Perth menjelang matahari terbenam. Sungguh cantik. Sebuah sungai besar tidak kelihatan yang terletak antara bandar dan tempat aku berada. Jika kelihatan pasti ianya menjadi lebih menarik.


Nama perajurit pada pokok yang ditanam.
Teman baik yang menjadi host-Ahmad Norly.
Terima Kasih Daun keladi kerana sudi melayani karenah kami.
Di Sebuah medan di Memorial Park , Tercatat nama-nama negara di mana perajurit Australia dihantar sewaktu perang dunia pertama dan kedua. Sebelahnya adalah perajurit dari Malay State!
Pemandangan menjelang senja di King's Park. Waktu 8.30 petang.Memorial Park. Di bawah memorial Park ini tercatat semua nama-nama mereka yang terkorban.

Kongsi Emel-Lawak

Lawak 1
SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD
ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Lawak 2
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia4 tahun bersiar2. Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper orang tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yang nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Lawak 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 5
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Lawak 6
Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang. Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh!
Polis : #@%

Lawak 7
Dalam kebun ada bermacam buah, tiba2 kebun tu terbakar; semua buah2an musnah kecuali 2 buah je yang terselamat.. buah ape ek?
1. buah cempedak = diluar pagar
2. buah keranji = didalam perahu, dah dibawa belayar... jangan marah haaaa....

Terima Kasih Shukri Shukor

27 December, 2008

Perjalanan

Percaya tak kalau saya katakan di sini sepanjang perjalanan di lebuh raya di sini saya tak pernah jumpa tol. Nak juga tengok bagaimana sistem tol di sini tapi tinggal angan-angan sahaja. Jalan raya memang sibuk tetapi tidak sesak. Saiz lebuh raya dua lane di sini lebih kecil dari di Malaysia tetapi perjalanannya lancar. Dan saya tidak pernah jumpa kemalangan setelah hampir seminggu di sini. Mereka juga tidak gemar membunyikan hon jika anda terlambat.

Saya pernah menoleh beberapa kali apabila melintasi stesen minyak yang mempamerkan harga minyak tidak sampai $1!

26 December, 2008

Aku dan kebuncitanku. Aduh

Setiap langkah di sini mesti nak dirakamkan memorinya. Dan apabila setiap kali melihat memori itu aku rasa pemandangan itu lebih menarik dari diriku yang sudah bertambah buncit! Aduh. Maka selepas sedar akan maju maranya perutku aku terasa malu sendiri dan keadaan itu tidak harus berterusan. Untuk pose yang berikutnya maka akupun terpaksa menarik nafas dalam-dalam dan menjerit kepada teman.

"Cepatlah ambil gambar dah penat ni.."(menahan nafas). Dan teman beberapa kali pernah juga mengenakan aku dengan berkata.
"Okey tahan, tahan. Belum. belum. Tahan..tahan."
Apa lagi aku sudah rasa macam nak pitam. Setelah 'didera' barulah gambarku diambil. Sampai teman selalu berkata aku dah macam Santa Clause! Cuma pakaikan baju merah sahaja.

Entah mengapa sejak tiba di sini aku dilihat teman kuat makan. Mungkin kerana cuaca dingin di sini, membuatkan aku ingin terus-terusan makan agar badan aku terus hangat.

Sejenak di London Court-Perth




London Court begitulah nama tempat yang sesuai untuk mereka yang bernama pelancong seperti aku. Daratlah aku. Kata teman tempat ni ramai dikunjungi pelancong dan memang benar hari ketiga di Perth aku sampai di sini. Kalau nak diibaratkan di Kuala Lumpur mungkin Jalan Tunku Abdul Rahman sesuai untuk diberi gambaran sebagai perbandingan. Tetapi di Perth kebersihan bandarnya lebih menyerlah. Itulah perbedaan sivik rakyat di tempat kita dengan penduduk pelbagai bangsa juga di sini.


Aku sempat singgah di sebuah kedai yang dinamakan Australian Shop menjual pelbagai cenderamata. Seorang gadis yang ramah mulutnya berbual dengan setiap pelanggan. Bertanyakan dari mana asal dan pelbagai soalan yang membuatkan anda terasa sangat dialu-alukan. Sebelum beredar dia sempat bertanyakan adakah aku berbahasa Melayu. Tentu sahaja jawabku ya. Lantas dia berkata "Selamat Datang". Terperanjat alang kepalang diriku dengan ucapan itu. Lalu bertanya kepadanya pernah datang ke Malaysia. dia berkata "Yes, Two times di Sabah" dan dia menambah akan datang lagi tahun depan. Tiket sudah ditempah.



Hari ini sempat ke Pantai Mandurah. 71 km dari tempat kediaman teman di Victoria Park.Kami bertolak dengan empat buah kereta semuanya orang Malaysia. Acaranya untuk menangkap ketam. Pantai 'sunyi' dari bangsa Mat Saleh kerana mereka sibuk bersama keluarga untuk makan tengah hari pada Hari Krismas. Walau bagaimanapun ada juga beberapa kumpulan Mat Saleh yang terlepas di sini dan ada di antaranya berpakaian Mary Clause. Memang lah pelik tetapi mungkin ia biasa bagi masyarakat di sini berpakaian sebegitu.

Kami 'parking' di bawah pokok yang di atasnya ada sekumpulan burung Kakaktua yang sedia untuk 'melepas' di atas tikar yang kami bentang. Dua kali berpindah dua kali juga dia mengikut kami. dan kali ketiga kumpulan Kakaktua sudah tidak berdaya lagi mengejar kami. Misi menangkap ketam dimulakan dan akhirnya hanya dua ekor ketam berjaya ditangkap dalam pusiangan pertama. Sebenarnya jumlah tangkapan lebih dari itu tetapi pihak berkuasa di sini begitu mengambil berat mengawal agar ketam dewasa sahaja ditangkap maka ketam-ketam kecil yang tidak mencapai ukuran terpaksa dilepaskan.

Pusingan kedua beberapa ekor lagi berjaya ditangkap. Kata teman masanya tidak sesuai sebab itu jumlah ketam berkurangan. Walau apapun pengalaman 'melihat' mereka menangkap (sebenarnya menangguk) sangat luar biasa. Keadaan pantai sangat cetek tetapi berbatu-batu memerlukan mereka memakai kasut kerana bimbang terpijak ketam atau disengat binatang berbisa.

25 December, 2008

Selamat Hari Krismas

Suasana di sini (Victoria Park) menjelang malam sunyi dan dingin sekali. Siangnya kelihatan ramai di antara mereka mengambil kesempatan membuat persiapan membeli belah untuk saat-saat yang terakhir. Kerana itu di sana sini kelihatan mereka yang ditemui membawa barang bersama dengan kertas pembungkus hadiah. Pasaraya banyak membuat tawaran potongan istimewa sama keadaannya menjelang Hari Raya di Malaysia.

Teman memberitahu suasana sibuk membeli belah pada tahun ini tidak sehebat tahun-tahun sebelumnya, mungkin kerana suasana ekonomi yang semakin suram. Pada sebelah petang dan malam kenderaan sudah jarang berada di jalan raya kerana kebanyakan mereka sudah 'pulang ke kampung' untuk bersama keluarga-mereka harus makan tengah hari bersama hari ini.

Buat pertama kali juga aku bersama teman menjejakkan kaki ke dalam sebuah gereja St George' Cathedral untuk melihat persiapan mereka untuk menerima kehadiran tetamu di pagi Krismas. Setiap penjuru sudah siap dengan jambangan bunga segar seolah-olah upacara 'agama' mereka akan bermula beberapa minit lagi.

Akhir kata aku mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian walau di mana sahaja mereka berada.

24 December, 2008

Selamat Pengantin baru - Mawi Ekin

Selamat pengantin baru kepada penyanyi fenomena Mawi dan juga Ekin yang telah selamat diijabkabulkan pada hari sabtu lepas. Kesibukan pada hari itu menyebabkan aku tidak sempat untuk melayangkan post berkaitan. Walau apapun semoga kedua mempelai akan berbahagia sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Janganlah apa yang berlaku kepada kebanyakan pasangan artis kebelakangan ini menimpa rumahtangga mereka. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Saya sangat menghormati penyanyi Hetty Koes Endang, Ziana Zain, Amy Mastura dan banyak lagi yang berjaya menyimpan rahsia rumahtangga mereka hingga kekal bahagia.
Contohilah pasangan Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan- Mahyun Ismail, Allahyarham Seniman Ahmad Daud-Saadiah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama) yang kekal hingga ke akhir hayat rumah tangga mereka.

23 December, 2008

Salam dari Victoria Park-Perth

Apa khabar semua,
Assalamualaikum.

Mungkin Blog ini akan sunyi seketika kerana ketika ini aku berada di Perth menziarahi teman lama yang belajar dan bekerja di sini. Tiba di Australia, Perth jam 6.15 am waktu Malaysia dan 7.15 waktu di sini. Jam 5.15 am hari sudah cerah! Dan jam 8.30 malam di sini masih terang kerana matahari kian tenggelam. Dan kelihatan dari pesawat bumi Australia berkotak-kotak seperti bendang atau ladang yang diusahakan seluas-luasnya di sini.
Suhunya 27 C. Panas tapi dingin. Itulah seringkas mungkin yang dapat dicatatkan di sini. Jika berkesempatan aku akan menjengah lagi di sini. Yang pasti aku ingin melihat bagaimana Krismas dirayakan di tempat yang majoritinya penganut agama itu sendiri.
Wassalam.

20 December, 2008

*Puisi- Buat Teman Yang Sedang Berduka


Teman walau selalu aku mengejimu dalam gurauan
walau selalu aku meremehkanmu dalam kata
semua kadang-kadang untuk kita sama-sama berfikir
di luar dari dimensi biasa
kerana pengucapan dalam gurauan lebih besar ilusinya

Teman yang selalu aku berkongsi rasa
suka dan duka, realiti atau cita-cita
hadirmu banyak memberi rasa
dan kekuatan pada jiwa

Teman ketika tuhan 'hadir'
memberi ujian besar dalam hidup
janganlah mudah berputus asa
dia menyayangimu kerana itu ujian ada
agar kita yang peka tidak leka

Teman, sama kita toleh kebelakang
bersama melihat jejak yang lalu
warna apa di dalamnya
mungkin di situ ada jawapan
kepada rahsia-alam murka

Enche's
20 Disember 2008

Majlis Penutup Kursus Bahasa Inggeris TLDM di Restoran Nelayan



Malam tadi menghadiri Majlis Penutup Kursus Bahasa Inggeris bagi Pegawai Tentera Laut D'raja(TLDM) Malaysia di Restoran Nelayan. Seramai 45 orang peserta diraikan dalam majlis itu. Rata-rata mereka nampak seronok dengan majlis tersebut. Kursus sambilan itu bermula pada September 2008 dan tamat pada Disember 2008 setiap Sabtu di Wisma ITNM.

Hidangan steamboat menjadi menu utama. Hingga dah tak terlarat nak makan lagi. Di Majlis itu Ketua Unit Kursus. Sdr. Noraniza menyampai sijil kepada wakil peserta. Sambil berpesan agar peserta terus mengamalkan apa yang dipelajari. Mereka bersalaman sebelum pulang.
Suasana mungkin lebih meriah jika Pengarah Urusan ITNM hadir sama. Namun ketidakhadiran Pengarah Urusan memang dijangkakan kerana isteri beliau baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Assunta PJ. Kami semua mendoakan agar isteri beliau Puan Maizon lekas sembuh.



Sempat juga melayan karaoke sebelum majlis berakhir.

19 December, 2008

Jawatan kosong di ITNM

Kepada sesiapa yang masih tercari-cari peluang pekerjaan apa kata rebutlah peluang untuk bekerja di ITNM.

Jawatan yang ditawarkan ialah:

Editor Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris
Pegawai Komunikasi Korporat
Pegawai Pemasaran
Penterjemah Bahasa Mandarin
Staf Sambilan
Kerani Unit Penerbitan
Kerani di Unit Teknikal Maklumat

Sila hantar resume dan butir-butir diri anda ke hr@itnm.com.my
atau menelefon ke talian 03-41497210.

Gerak hati bonda


Salam Bonda apa khabar. Biar bonda tak mungkin dapat membaca blog anaknda ini tapi anaknda tetap merasakan bonda mempunyai gerakhati yang kuat bahawa anaknda tetap mengingati bonda. Pagi tadi sempat menelefon bonda kerana rindu dan rasa bersalah. Mendengar nada bonda sakit anaknda merasa sangat susah hati. Lemah sekali bunyinya. Bonda kata baru sahaja lepas muntah dan kepalanya pening. Esah (penjaga bonda) ada diluar dan bonda keseorangan di dalam bilik air. Bonda kata Abang Li dah tahu bonda tak sihat.

Cerita pasal gerak hati bonda yang sangat kuat. Suatu pagi ketika aku bersama adinda Akram, Zita dan anak-anak mahu bertolak pulang ke KL. Sedih sangat sangat nak meninggalkan bonda. Pagi itu ada seseorang meninggalkan satu beg buah limau di pagar rumah bonda. Bonda tak tahu siapapun yang letak tapi bonda ambil limau dan bahagi-bahagikan limau itu kepada kami yang ada. Aku tanya pada bonda siapa yang beri. Aku susah nak makan kalau tak tahu siapa yang beri begitu juga iparku adinda Khalilah. Kami pandang sama sendiri dan seperti bertanya mengapa bonda begitu berani nak makan makanan yang tak tahu siapa yang bagi. Bonda dengan yakin berkata lagi

"Anak beranak kita yang beri tu kejap lagi dia telefon lah dan beritahu."

Memang benar tak sampai setengah jam aku dapat sms dari adinda Sal mengatakan dia yang gantung limau pada pagar rumah bonda.

"Maaf tak sempat nak beritahu sebab nak cepat."
Aku kehairanan bagaimana bonda boleh rasa itu semua. Naluri Ibu.

Gambar diambil ketika bonda di hadapan pasar raya Kamdar Jalan Tunku Abdul Rahman bersama burung merpati Kuala Lumpur. Semoga Bonda lekas sembuh.

18 December, 2008

Kongsi Emel - Pahala Yang Tidak Nampak Tapi Berterusan

Assalamualaikum, Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir! ilmu untuk diri sendiri & saudara muslim
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do ' a. Pada setiap bacaan do ' a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do ' a.
7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarahkan) .
8. Tempatkan water cooler di tempat umum.
9. Tanam pohon pokok . Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain.

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.Insyallah. Ya Allah Perkenankan Permohonan kami dengan berkat amalan kami yang PALING IKHLAS. Amin !!!!!

Terima Kasih Norman Nafiah

Zini aku dah tahu


Mungkin saya tidak perlu untuk menulis panjang di sini. Dahulu saya pernah mengucap tahniah kerana penghijrahannya. Selepas itu percubaan saya untuk mendapatkan gambar terbaharu gagal kerana dia cuba menonjolkan imej pemalu (menutup muka). Hati saya berkata selama mana dia berjaya untuk mengelak. Akhirnya takkan lah sepanjang masa dia nak muncul dengan menutup muka kan. Gambar di atas adalah apa yang ingin saya siarkan dahulu dan kedua Apa maksud saya di sebalik tajuk itu. Untuk mengetahui apa yang saya dah tahu dan anda juga perlu tahu cuma klik sahaja di gambar itu. Itulah yang menjadi rahsia dia selama ini. Bongkar tapi tak terjah!

Beliau merupakan Ketua Unit Komunikasi Korporat ITNM.

17 December, 2008

Jom Baca Buku- Negara Samseng


Negara Samseng
Rogue State
"Negara Samseng ialah sebuah buku pertuduhan yang patut diikat pada seketul batu dan dilemparkan ke muka mereka yang berada di Washington." INDEPENDENT ON SUNDAY "Kritikan yang jelas menepati sasarannya tentang kejahatan dasar campur tangan global AS, antidot yang istimewa kepada pembohongan dan propaganda para pegawai kerajaan."- MICHEAL PARENTI, pengarang buku To Kill a nation:the Attack on Yugoslavia. "Blum membuktikan bagaimana dasar AS, di bawah panji-panji kebebasan dan hak asasi manusia, menjurus perbuatan jenayah kejam, bagaimana 'kuasa demi kedamaian' dunia bertindak dengan amat ganas. Pembuka mata kepada penuntut dasar keselamatan negara."- SAUL LANDAU, Felo Institut bagi Kajian Dasar, Washington DC

Negara Samseng
Rogue State

William Blum
Karya Terjemahan: Institut Terjemahan Negara Malaysia
ISBN: 978 983 068 224 2
Tahun: 2007
Jumlah Halaman: 353
Harga: RM50.00
Dapatkan naskhah anda dan hubungi ITNM di talian 03 41497210.

15 December, 2008

Harga Minyak turun dan Bush di baling Kasut di Baghdad

Harga minyak turun lagi. Ini adalah penurunannya kali yang keberapa entah dah tak larat nak kira. Baguslah pujian harus diberi kepada kerajaan Malaysia atas tindakan itu berdasarkan pasaran harga minyak global. Harga minyak RON97 dan RON92 menjadikan ia RM1.80 dan RM1.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Semoga penurunan ini akan diikuti penurunan lain-lain harga barang yang naik dahulu.

Juga satu lagi berita mengejutkan daku di TV3 tadi ialah George W. Bush dibaling dengan kasut dalam majlis di mana beliau sedang berucap di Baghdad oleh warga Iraq yang kehilangan saudaranya ketika perang dahulu. Dalam budaya Iraq ia adalah lambang penghinaan kepada seseorang sama seperti yang dilakukan rakyat Iraq ketika patung Saddam dirobohkan dahulu. Ops. Begitulah nasib Bush apabila sudah tiada kuasa lagi.

14 December, 2008

Hari Raya Aidiladha 2008

Lembu ini menanti saat sakaratulmaut. Kulihat dia terkencing beberapa kali...kasihan dia

10 Zulhijjah bersamaan 8 Disember 2008 adalah Hari Raya Aidiladha. Sudah lama rasanya tak berhari raya di kampung halaman. Memang sudah tak ada rezeki.Namun tahun ini dan tahun lepas aku berkesempatan untuk pulang itulah sejak 7 tahun tidak dapat pulang. Kali ini berkesempatan pula untuk menyertai korban di Masjid Telipot. Sebuah masjid tidak jauh dari rumahku di jajahan Kota Bharu.

Beberapa minggu sebelum menjelang Aidiladha adindaku Sal telah menelefon menanyakan jika aku ingin Korban. Katanya lembu seekor itu nak diambil dan nak pelawa adik beradik menyertainya. Alhamdulillah hasrat tercapai. Ia di buat atas nama Haji Razali Abdul Rahim! Begitulah nama yang disebut pihak urusetia dengan menggunakan pembesar suara. Em.. cepat naik haji dengan korban seekor lembu sahaja. Mudah-mudahan.

Pada hari raya pertama sahaja ada 16 ekor lembu yang telah tumbang di sembelih dalam ibadah korban itu. Apa yang menarik ialah pasukan-pasukan yang bersedia untuk melapah lembu selepas ia di sembelih. Semuanya dengan semangat gotong royong. Kalau tak silap satu pasukan ada 5 orang.
Setelah mendapat bahagian masing-masing aku cuba membahagi daging itu kepada saudara maraku. Rupanya satu bahagian itu taklah sebanyak manapun mungkin tahun hadapan kena korban seekor lembu. Kalau seekor lembu pun tak cukup aku kena cari Dinasour pula. Baru dapat agih satu kampung.


Indahnya Pantun -Lagi Berbalas Pantun

Salam sejahtera lama sungguh tidak bersua di sini. Tentu ramai yang mencarinya. Bahannya memang ada tetapi hendak diperhalusi untuk disiarkan. Harap kepada peminat pantun gembira dengan beberapa pantun pilihan yang dipetik dari acara berbalas pantun yang pernah saya sertai dahulu.

Anak Baba mengail Gelama,
Jauh mendayung ke tanjung Sentosa;
Sungguh hiba menanti purnama,
Kenapa pula tuan terasa.

Ikan kerapu ikan Gelama,
Jangan berangan hendak dituba;
Si burung pungguk menunggu purnama,
Apa pula kaitan hamba.

Di mana letak bulan purnama,
Bila sebak hatiku sunyi;
Di mana sebak bunyi irama,
Bila ombak sendu menyanyi.

Kutip cendawan tumbuh merata,
Simpan di para beralas guni;
Pandai tuan bermain kata,
Jiwa yang lara memang berseni.

Masak cili siikan Merah,
Hasil jerih mengail di kali;
Buku resepi dikumpul sudah,
Mengapa masih ghairah membeli.

Kalau tuan membeli cili,
Cili merah enak di masak;
Memang hamba ghairah membeli,
Perutku besar tak larat nak masak.

Rama-rama di pinggir kali,
Menghisap madu si bunga Cina;
Luka lama berdarah kembali,
Luka baru parutnya di mana.

Orang lama namanya Tok Kenali,
Mengajar agama di pinggir kota;
Luka lama berdarah kembali,
Luka baru tak nampak di mata.

Hari lebaran pergi ke pekan,
Membawa lemang beserta kuih;
Harap tuan dapat jelaskan,
Apa dia Malaysia boleh.

Hijau berkilat si daun sireh,
Jarang orang jumpa di kota;
Boleh Malaysia semua boleh,
Itulah maksud di sebalik kata.

Cantik petola tumbuh memanjat,
Sarat menjalar di pohon saga;
Itikku bela mati terperanjat,
melihat ular kepalanya naga.

Jika tuan menjemur bantal,
Letak dan jemur di tempat tinggi;
Jika tuan suka berkhayal,
Di alam mimpi semua jadi.

13 December, 2008

Senyum - Matimati Tamaokasi

Seorang teman menghantar SMS kepadaku. SMS yang benar-benar buat aku tertawa sendirian dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. SMS itu berbunyi seperti begini.

Japanese 110 years old lady (holding record for oldest lady alive) when interviewed disclosed she was a virgin. Her name: Matimati Tamaokasi.

12 December, 2008

*Puisi - Puisi untuk Sidungu

kau yang dungu
kerana kau masih hijau
kau yang memaksa aku memanggilmu dungu
kerana kurang ajarmu terhadapku

kau menegurku bukan dengan salammu
kau benar-benar mahu aku mengajarmu
jadi sepertimu-kurang ajar
tapi aku berotak dan caraku tidak sama denganmu

kau tidak lalui apa yang telah aku lalui
jika kau menggunakan otak kosongmu berbicara
tapi aku menggunakan pengalaman ku
menuntun diri di jalan-jalan onak di sini
yang kau tidak nampak
dan itulah kalimahku

kata-kataku adalah acuan
kata-kataku adalah kehidupan lara
kata-kataku adalah sempadan
tetapi kata-kataku juga adalah doa
dari hikayat yang akan berakhir
suatu masa nanti
sudah tentu kau bingung untuk fahami ini
walau otakmu segenggam sama sepertiku
tapi beza pada warnanya

kau cuma menempek warna emas di badanmu
yang cantiknya cuma di luar
kau cuma protege yang buruk
buruk sekali pada pandanganku
dan mereka
walau kau kelihatan bergemerlapan
aku tidak pernah kagum dengan kerlipan itu
dan aku tidak pernah lihat ia sebagai suatu anugerah
atau rahmat untuk kami

entah apa ada dalam kotak fikirmu yang sempit itu
aku tidak kagum dengan pangkatmu si dungu
pergi mampus pergi jahanam
hari ini aku telah pijak hormatku kepadamu
di lantai itu
aku akan pijak ia hari-hari
hingga aku mengangkatnya kembali
bila rasa itu telah hilang di sini
di hati
dan kuberikan kepadamu kembali
untuk kau junjung harga dirimu
semula
yang sudah lunyai dan koyak itu

Enche's
12 Disember 2008

Itulah Aku, Uji Rashid dan Kenangan

Lama betul aku menyimpan post ini. Post ini di tulis Julai lalu. Tak sampai hati nak siarkan. Ntah nape. Pengalaman aku di pentas dan kesempatan bergambar dengan penyanyi pojaan hatiku. Siapa lagi kalau bukan Uji Rashid yang datang bersama anaknya Cico ke ITNM pada Malam sebutir Bintang dalam Kenangan dulu.

Aku sudah seringkali melihat kelibatnya di luar selain di kaca tv dan dulu di layar perak. Ketika itu di pementasan teater di Panggung Eksperimen Kompleks Budaya Negara (KBN) sekarang ASWARA dan sekarang KBN berubah menjadi Panggung Negara yang terletak di sebelah Tasik Titiwangsa. Dahulu pun aku sempat bergambar dengannya.

Aku sudah melupakan episod gambar itu kerana sekarang sudah ada kamera digital. Aku menjadi seronok bila nampak kelibat Uji Rashid . Aku suka suara dia masa Cico belum wujud lagi. Suaranya lemak merdu memang tak ada penyanyi dulu atau sekarang yang kategori suara macam dia. Cuma dia kadang-kadang bila nyanyi live agak terkucil sedikit.

Ketika awal kemunculannya dia duet dengan D.J.Dave lagu yang aku suka dia dengan Dave ialah rintihan rasa yang dipopularkan kini oleh Nurul dan Ajai kemudian solo lepas itu dengan Hail Amir. Masa dengan Hail Amir banyak lagu yang aku suka - tak terkira diantaranya Hujan, Sikit kasi banyak Mintak, Gelora, Menunggu nasi minyak dan banyak lagi.

Apapun bentuk nyanyian berduet atau solo ke aku tetap suka suara dia. Entahlah dalam diriku ini dah banyak melekat lagu-lagu bila nampak Uji Rashid dalam hatiku terus menyanyikan lagu dia...

Untuk Dia yang Tersayang

Hari minggu yang lalu
Dia berkunjung ke rumah ku
Telah lama tak jumpa
Kini dapat bertemu semula
Aku rasa gembira
Dia datang membawa berita
Lamaran akan tiba
Ku nantikan
Untuk dia yang tersayang
Ku berikan kasih mesra
Ikatan pertunangan …..

Begitulah hidupnya nyanyian Uji Rashid dalam diriku. Dia tu popular macam Siti Nurhaliza sekarang. Lalu ketika Malam Mengenang sebutir Bintang Julai lalu, rakan-rakan sibuk mengambil gambar bersama Uji Rashid aku pun menumpang sekaki. Sambil aku bisikkan kepadanya



“Kak Uji saya ni peminat lama Kak Uji ni..pose bagus-bagus ya” Kak uji tergelak besar rupanya lihatlah foto tu. Bila aku lihat gambar itu baru aku tahu kata-kata aku mencuit hati si Uji Rashid.

Sesudah itu aku memberi peluang kepada peminat-peminatnya yang lain pula bergambar. Kalau nak ikutkan banyak saja yang aku nak tanya kepadanya. Terbaharu dapat lihat Uji menyanyi bersama Cico anak tunggalnya di Hotel Federal di Malam Kenangan Usman Awang- 29 November 2008.

Rakan duet Uji Rashid iaitu Hail Amir aku selalu nampak di kawasan jalan Rejang dan Wangsa Maju.dan saat yang paling bermakna aku jumpa Hail amir ialah tiga tahun yang lalu (tahun 2005) ketika itu Hail jadi juri pertandingan nyanyian Karnival Keluarga 2005- Taman Setapak Jaya di Setapak Jaya dan aku menjadi Juara (Nyanyi lagu Salam Terakhir-Sudirman). Tapi masa tu tak terlintas lak nak bergambar dengan dia. Dia cuma salam dan mengucap tahniah kepadaku ketika menyampaikan hadiah kepadaku.

Di bawah adalah foto-foto kenangan masa aku ghairah masuk pertandingan. Imbas kembali kenanganku sewaktu menang dulu...bestnya masa tu Karnival Keluarga 2005 Setapak Jaya. Aku masuk pertandingan kerana dorongan kawan-kawan. Dalam pada itu ada juga kawan-kawan yang tidak suka. Biasalah kita tak boleh nak please semua orang. Asal tak ganggu hidup mereka sudah.
Sewaktu pertandingan berlangsung dalam beberapa peringkat rupa-rupanya aku menjadi perhatian makcik-makcik yang hadir. Setiap kali habis menyanyi MakCik menjerit memanggil aku. Acis, Acis! Itulah kali pertama nama gelaran aku telah bertukar. Hingga masa rehearsal ketika turun dari pentas salah seorang dari mereka telah memanggil aku dan meminta aku menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman pada malam final kerana katanya suaraku mirip penyanyi pujaan mereka. Aku memenuhi permintaan mereka dan hasilnya tidak mengecewakan ku. Terima kasih Makcik-Makcik! Itu adalah secebis kenangan dari banyak lagi kenanagan lain.



Gambar 1: Pertandingan di Wangsa Maju. Gambar 2 menunggu keputusan saat aku menjadi juara.Di Sebelahku bapa kepada penyanyi Ezlyn tempat ke-3 dan kananku Sakinah pemenang tempat ke-2




Gambar 3: Aku dijemput oleh teman penghibur (Jimmy)menyanyi di Pentas PD. Gambar 4: Ditemani kawan-kawan



Gambar 5: Sesi Rehearsal sebelum malam pertandingan. Gambar 6: Final 'Salam Terakhir'



Gambar 7: Di pejabat memang tak lepas peluang. Gambar 8: Pertandingan di Galaxy Ampang.

Senyum-Badanku kurus

Temanku yang sorang ini badannya semangat ya alam. Nak buat macam mana sudah suratan badan. Yang kelakar dan tak boleh tahan bila dia suka menyanyi. Menyanyi lagu yang bukan-bukan ba.

Badanku kurus bukannya kurang makan...

Sesuai ke?

Keadaan ini sama apabila seorang lelaki menyanyi lagu Shima

..Ku wanita dengan air mata..

Atau wanita menyanyi lagu lelaki

Ajari aku 'tuk jadi pria terhebat
mungkin terlalu lama aku tlah bersembunyi
menatap matahari pun aku tak mampu
udara malam ku terlalu menusuk dada ku
di persembunyian aku menari
di persembunyian aku

Kanvas Kehidupan - Emak Rindu

Aku terima panggilan telefon. Dari teman. Yang jaga Mak dia. Dia mahu mencurah rasa. Aku tahu dia perlukan seseorang untuk bercerita. Aku dengar dia cerita. Bukan cerita pasal aku. Bukan cerita pasal dia. Tapi pasal seorang wanita.

Sorang ibu. Ibu teman. Ibu teman ramai anak. Tapi dia rasa sunyi bila tua. Suaminya beberapa tahun meninggal. Dia tinggal dengan anak-anak sekarang. Sekejap sana sekejap sini. Jadi macam burung. Teringat bonda aku. Cerita benda sama. Agaknya semua ibu sama. Ibu teman kata rindu pada anak-anak. Hujung minggu mengapa tiada yang jengah.

Sekarang bukan macam dulu. Telefon bimbit bawa ke mana-mana. Mengapa susah untuk telefon kalau tak boleh jumpa? Bukan lama tapi sekejap. Bukan mahal tapi murah. Bukan berjam tapi seminit. Susahkah? Ibu rindu anak-anak.

Katanya lagi orang tua bila tua jadi Quran buruk. Aku dengar teman bercerita suara dia sebak. Aku tahu dia menangis. Mata aku panas. Pandangan aku kabur. Aku pandang keliling tak nak kasi airmata keluar dan jatuh. Tapi jiwa aku rapuh. Aku bukan robot. Aku nangis. Aku cakap kat dia sabar sahaja. Dengar sahaja apa Ibu cakap.

Itu cerita teman bukan diri sendiri. Suara hati ibu dia. tapi suara ibu sama semua. Naluri ibu sama untuk semua. Jadi teman-teman yang ada ibu telefonlah ibu sekerap mungkin. Tak lama pun tak apa. Sementara ibu masih ada. Kalau ibu sudah pergi semua tidak berguna lagi.

11 December, 2008

Kongsi Emel - Khasiat Peluk Isteri

Apa bunyi senikata lagu Diana Ross? ... heh heh heh ... "Whenever you touch me... I become a hero..." Sejak kecil dulu aku tak pernah faham maksud senikata lagu tu... main nyanyi ikut sedap mulut saja....hik hik hik... Agaknya ini la kot maknanya... hik hik hik...

Khasiat Peluk Isteri (Bagi yang dah kahwin...yang tak kahwin gi cepat2 la kahwin)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Terima Kasih adindaku Affan. Maman bagaimana? Kereta masih rosak lagi ya!

Buku Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia Dilancarkan










Seawal pagi aku bangun hari ini seperti hendak pergi menoreh. Aku difahamkan kena berada di Lobi Parlimen pada jam 7.00 pagi. Tetapi aku rasa amat mustahil kerana badan ini sangat lesu. Malam tadi baru tiba dari Kelantan kerana menjengah bonda dan beraya. 10 jam berada dalam kereta amatlah membosankan nasib baik ada Yad, Damia dan Ajwad yang kenik2 pergi mari dalam kereta tu. Adalah juga permainan dalam perjalanan.


Walaupun demikian aku gagahkan juga untuk sepagi mungkin dan nasibku amat baik kerana berjaya tiba antara yang terawal dan menyiapkan apa yang patut di Booth ITNM

Menghampiri Jam 9.00 pagi majlis yang dinantikan pun bermula.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tiba dan selepas beberapa ucapan beliau melancarkan buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bertajuk ``Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia'' di lobi Parlimen. Turut hadir sama pada majlis itu ialah Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia .

Buku tersebut yang diterbitkan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris, memaparkan 26 perjanjian lama dari 1791 sehingga ke saat Akta Perlembagaan Malaysia (Pindaan Singapura) pada 1965.

Buku tersebut merupakan sebuah naskhah yang pertama kali diterbitkan di Malaysia dan yang keempat seumpamanya di dunia.

Sila klik di sini untuk mendapatkan sinopsisnya


Bila di Parlimen etika berpakaian pun mestilah tertib. Terutamanya bagi lelaki. Yang dah biasa dengan suit, bertali leher itu sudah perkara biasa. Bagi yang belum maka terperasan lah segaknya bagai putera raja. Lihat sahaja gambarnya di bawah nanti. Seronok tengok buku ini laris dibeli selepas dilancarkan.



Aku termangu ketika ditegur kawan sekolej dahulu di situ yang sudah lama tidak kutemui. Dia masih boleh mengecam aku yang katanya masih belum berubah walaupun 20 tahun berlalu! Minggu lepas aku terserempak dengan kawan sekolej juga tetapi di pejabat. Kawan itu juga menegurku dengan yakin tapi aku tidak dapat mengenaliku kerana wajahnya sangat, sangat, sangat jauh berbeza. Ampunkan aku kawan!

Selamat bertemu kembali

Lama tidak mengemaskini blog ini rasanya seperti sudah bersawang rupanya. Sehingga ada rakan-rakan yang merasa hairan. Ye lah di kampung agak sibuk sedikit. Walaupun ada kemudahan tetapi waktu pula singkat. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat kecuali di sini khasnya di Bukit Antarabangsa. Ada di antara teman yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh. Takziah kepada yang ditimpa musibah harap banyak bersabar Allah menguji kita jika Dia sayangkan kita itulah di antara tanda-tandanya.

Ada teman yang juga tinggal di situ khabarnya mahu berpindah kerana merasakan keadaan tidak selamat itu tidak sepatutnya wujud dalam keadaan begini. Semasa kejadian itu aku dalam perjalanan pulang ke KB aku menerima tak kurang dari 10 SMS dan juga panggilan telefon dari teman dan saudara mara bertanyakan sama ada selamat ataupun tidak. Terima kasih teman2 dan saudara mara. Alhamdulillah aku masih bernyawa. Kejadian itu agak jauh juga dari rumah ku. Janganlah risau.

Ada juga teman yang tidak tahu apa-apa mengenai kejadian itu kerana baru pulang dari Indonesia. Dia sangka aku bergurau. Tetapi selepas melihat berita di TV baharulah dia percaya. Agaknya aku ni seperti gembala kambing yang menipu orang kampung dengan serigala! Jadi anda janganlah selalu menjadi gembala kambing itu sama seperti aku. Kerana lama-lama bukan orang kampung sahaja tidak akan percaya, kambing pun tak nak percaya lagi kat aku. Katakan tak nak kepada kambing!

07 December, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat menyambut Hari Raya korban kepada semua umat Islam di planet bumi. Saat ini aku telahpun berada di Kelantan. Sambil beraya menziarahi bonda yang entahkan sihat hari ini.

Bagi yang ditinggalkan ayahnda bonda kerana menunaikan rukun Islam ke-5. Harap banyak bersabar. Doakan mereka selamat pergi dan kembali. Dan yang penting doakan mereka dapat menyempurnakan ibadah itu.

Yang berkorban lembu dan kambing selamat melapah haiwan tersebut dan hayatilah amalan korban dengan penuh keinsafan. Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah s.w.t

Semoga kita dapat berjumpa semula selepas Hari Raya Korban. Salam hormat untuk semua pembaca yang dikasihi.

06 December, 2008

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa


Gambar sebelah krew TV3 bersama Puspawati Ramlu tiba untuk membuat liputan

Seawal jam 7 pagi aku telah menerima panggilan telefon dari rakan sekerja (Avevah) mengatakan ada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ataupun di Ukay Perdana. diapun tidak pasti. Mungkin dia sengaja tidak pasti kerana dia yang tinggal di Bukit Antarabangsa jadi kerisauan itu biarlah menjalar kepada penghuni Ukay Perdana pula (Heh.. jangan marah).

Maka akulah pula kena usahakan sendiri di mana kejadian itu berlaku. Jam 8.30 pagi rakan ku pula menelefon mengatakan nasibnya agak baik kerana dia tinggal di Sinaran Ukay. Dia telah bertolak pulang ke kampung semalam. Jika tidak diapun akan terperangkap di dalam kejadian tanah runtuh itu.

Aku sempat meninjau ke tempat kejadian itu walaupun aku sebenarnya harus bersiap sedia menyiapkan diri untuk pulang ke kampung bersama adindaku dari Bangi. Tetapi memikirkan berita ini lebih sensasi dan menarik perhatian aku luangkan juga masa.

Jalan masuk kiri dan kanan termasuk di perkarangan rumah Dato' Siti Nurhaliza telah penuh. Kejadian tanah runtuh yang di laporkan di TV3 memberitahu melibatkan kawasan Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama. Difahamkan 10,000 penduduk terperangkap kerana ia melibatkan laluan utama ke situ. Ia juga melibatkan 2 kematian.

Menurut penduduk di situ sebanyak 7 buah rumah yang terlibat. Sewaktu dilokasi kelihatan anggota Bomba, Polis, Ambulan, Pasukan sukarelawan, Pasukan Pertahanan awam berada di situ. Kenderaan berat seperti jenangkut dan jentolak yang hendak masuk ke situ mengalami kesukaran kerana keadaan jalan yang sempit. Orang ramai juga dihalang dari memasuki kawasan kejadian. Aku lihat beberapa kelompok mungkin penduduk di kawasan itu membentangkan surat khabar dan duduk menunggu dengan penuh sabar mungkin untuk masuk ke situ.

Di harapkan mereka yang berada di situ dapat melakukan kerja-kerja menyelamat dengan jayanya agar keperitan dan penderitaan mangsa dapat diselesaikan secepat mungkin menjelang Aidiladha.

05 December, 2008

Puisi-Di Sebuah Kedai Kopi Moden




Aku sendirian malam ini
dengan rasa kenyang dan layu
tetapi masih mahu melayani gerak hati
di sini di kedai kopi moden
menghirup teh yang pekat lagi manis
di kaki lima permisnya

hati terdetik seperti
terasa ingin aku lakarkan sesuatu

pada ruang yang kosong di fikiran ini
namun terasa mati akalku
kerana bunyi bingit suara petir seorang lelaki
yang pakai bluetooth ditelinganya

mungkin dia baharu jumpa gigi biru itu di bulan
bercakap bagai tiada orang lain
sehingga biji butirnya jelas aku dengar
mahu apa dia berbicara macam speaker orang jual buah
di pasar malam Cina


Cukuplah,
turunkan tona suara itu
mana adabmu di khalayak
kau sedang menelanjangi dirimu
dengan suaramu yang tidak sekolah
yang tercicir dari kelas hidupmu
cuba lihat rakan semejamu
seorang diri melayan komputer riba
kulihat dia tekun sekali menunggumu habis berbicara
seakan dia tidak sabar mahu berkata sesuatu
yang membuatkan dia kemari berjumpamu
kulihat pekertinya sangat besar
yang lebih besar dari badanmu
mengalir ketenangan itu disekelilingnya
pelajarilah kesopanan itu darinya
kurasa dia pasti tidak lokek mengajarmu

Di sebelah mejamu
ada dua insan yang berbicara
yang hampir tidak kedengaran suaranya
tidak kah kau merasa malu
atau kau sememangnya merasa bangga
dengar suara petir nerakamu!

Enche's
Ogos 2008

04 December, 2008

Kongsi Emel - Bila Isteri Dah Tak Cantik

Para suami yang berkemampuan patut peruntukan duit untuk para isteri pergi SPA paling murah pun untuk perawatan badan dan muka about RM150 p/s ....errr...insyAllah bila saya dah bukak tempat SPA nanti boleh bagi diskaun untuk kengkawan!


Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri... Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah... Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seora ng eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya. Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fesyen yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik. Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorang isteri itu sebagai tanggungjawab anda untuk memperbaikinya.... InsyaAllah....... hargai laaa isteri anda..

Terima Kasih Nor Azira Ishak

Jom Baca Buku - Perdagangan Elektronik



Perdagangan Elektronik
electronic-commerce


Berdasarkan kajian kes terhadap beberapa syarikat seperti Marshall Industries, FedEx, Industry.Net, Amazon.com, Citius Belgium dan TradeZone, buku ini mengetengahkan isu penting yang dihadapi pengurus masa kini ketika melangkah memasuki dunia perniagaan baru. Sambil meninjau peluang serta risiko yang ada, buku ini memberikan contoh bagaimana syarikat inovatif membangunkan kelebihan daya saingnya dengan menjalankan perniagaan menerusi internet. Selain itu, ia juga menunjukkan bagaimana syarikat boleh mengatur perniagaannya dengan mengkategorikan pelbagai alat dan model perniagaan perdagangan untuk mengembangkan strategi pemasaran internet. Turut dipaparkan adalah beberapa senario yang menyingkap masa depan perdagangan elektronik antara syarikat dengan syarikat.

Perdagangan Elektronik
electronic-commerce


Paul Timmers
ISBN: 978-983 068 201 3
Tahun Terbit : 2007
Jumlah halaman : 348 Muka Surat
Harga : RM50.00

Hubungi ITNM 03-41497210 untuk mendapatkan naskah anda.



03 December, 2008

Kanvas Kehidupan- Antara Hak dan Simpati

Aku memandu menghampiri palang pintu tempat letak kereta. Berdiri seorang budak lelaki. Ku ingat pekerja pasar raya itu. Terus dia mengambil tiketku. Kemudian dia berlari memberikan tiket kepada kakaknya. Aku tercengang. Palang pintu ternganga. Aku terkial-kial menekan lagi butang untuk mengambil tiket. Tapi tiket tak mahu keluar lagi. Kereta belakang membunyikan hon. Hatiku berkata'ah sibuk la kau'

Aku keluar mengejar budak lelaki itu. Aku mahu tiket itu. Budak lelaki itu menunjukkan arah seorang wanita lain yang telah ambil tiket dia. Jadi seperti dia mahu aku juga buat begitu. Tapi aku tak suka menyusahkan orang yang tiada kena mengena. Aku minta tiket itu. Akhirnya wanita yang ambil tiket budak lelaki itu memberikan semula kepadaku.

Aku minta dia laporkan kecurian tiket itu pada info kaunter. Kalau aku nak laporkan sudah tentu aku tahu pencurinya. Tentu wanita itu tidak mahu. Sebelum itu aku dan wanita itu pergi ke tempat palang pintu itu. Dia tekan punat. Tapi tiket tak nak keluar. Mungkin kena ada pemberat. Aku berdiri di tempat kereta sepatutnya berada. Aku belum cukup berat. Aku lompat-lompat. Palang tak mahu terbuka. Tiket tak mahu keluar!

Apa Khabar--Abdul Razak Ismail


Hampir terlupa kiriman emel teman lama di dalam kotak emel. Al maklum sahajalah makin nak ke penghujung makin singkat pula waktu bekerja rasanya. Kepada kawan-kawan yang msaih mengingati Ajak ni disiarkan cerita terbaru dia.



Nama: Abdul Razak Ismail

Apa khabar?
Alhamdulillah, baik

Tempat sekarang
ISIS Malaysia

Bagaimana kehidupan sekarang?
Alhamdulillah, bagus.

Mula kerja dan tinggalkan ITNM tahun berapa?
Sejak ITNM ditubuhkan dan tinggalkan ITNM masa itnm sedang berpindah ke bangunan sekarang.

Saya nak tanya pengalaman bekerja di ITNM. Boleh cerita sedikit?
Bagus kerja di ITNM, semangat teamwork tu kuat la....

Ada pandangan anda secara peribadi bekerja ITNM dan bezanya dengan kerja sekarang?
Biasa je.....

Dulu siapa Pengarah Urusan.
Dr Ahmad Zaki & Datuk Mahpor Baba

Masih ada menghubungi staf ITNM yang lain?
(siapa dia-kalau ada?)
Ada, che lah & jet li dan

Sudah berapa orang anak?
3 org.

Apa ucapan atau pesanan kepada warga ITNM lama dan baru?
Semoga berjaya

Jika ada yang nak menghubungi boleh beri alamat emel?
ajax@isis.org.my

Siapa yang anda teringin nak jumpa?
Kawan-kawan lama la.....

Terima Kasih
Sama-sama