15 December, 2008

Harga Minyak turun dan Bush di baling Kasut di Baghdad

Harga minyak turun lagi. Ini adalah penurunannya kali yang keberapa entah dah tak larat nak kira. Baguslah pujian harus diberi kepada kerajaan Malaysia atas tindakan itu berdasarkan pasaran harga minyak global. Harga minyak RON97 dan RON92 menjadikan ia RM1.80 dan RM1.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Semoga penurunan ini akan diikuti penurunan lain-lain harga barang yang naik dahulu.

Juga satu lagi berita mengejutkan daku di TV3 tadi ialah George W. Bush dibaling dengan kasut dalam majlis di mana beliau sedang berucap di Baghdad oleh warga Iraq yang kehilangan saudaranya ketika perang dahulu. Dalam budaya Iraq ia adalah lambang penghinaan kepada seseorang sama seperti yang dilakukan rakyat Iraq ketika patung Saddam dirobohkan dahulu. Ops. Begitulah nasib Bush apabila sudah tiada kuasa lagi.

1 comment:

PakciQue said...

Kalau kau rasa kau mampu melempar kasut ke arah Bush dengan lebih baik. Apa kata kalau kau cuba permainan ini. Permainan yang diberi nama "Sock and Awe" ni dibangunkan berdasarkan insiden tersebut.

Cubalah kalau berani.