07 March, 2009

Aku tidak bisa mengelaknya!

Bagaimana jika Allah tidak mengizinkan maka begitu kita harus menerimanya dengan reda dan pasrahlah. Kursus ESQ selama 3 hari menyediakan sarapan, kudapan, makan tengahari dan kudapan lagi dengan pelbagai juadah yang aku tidak bisa untuk mengelaknya sebagai langkah diet mengawal gula dan kolestral dalam darahku.

Aku harus makan untuk hidup di situ selama 3 hari dan mana mungkin aku membawa bekal ke situ nanti terasa seperti si Tenggang membawa bekal pula. Atau dengan kata lain meminjam pemahaman dari kursus ESQ itu sendiri aku memberi nilai yang negatif mengenai makanan di situ. Ia akan menghasilkan tenaga dan momentum kepada orang lain yang melihat dan akan memberi tindak balas dan akhirnya aku sendiri yang terkena kembali dari tindakan sendiri. Aduh kok kamu faham apa yang aku katakan?

Sesungguhnya makanan di sini enak-enak tapi bukan kerana keenakannya aku terpaksa melanggar disiplin diet itu tetapi sebagai menghormati perasaan orang lain yang melihat asal saja dia tidak membawa mudarat yang lebih besar. Bagaimanapun selagi terdaya aku memilih makanan yang aku kira menyihatkan di situ akan aku lakukan jua. Selebihnya aku pasrah pada Ilahi!

1 comment:

rokiah said...

che lah, jangan tipu diri sendiri ya... tak tahan godaan rupanya !