06 March, 2009

ESQ semakin mendebarkan

Semakin ramai yang bercakap mengenai ESQ sehingga aku merasa teruja menunggu hari esok. Hari ini Sdr. Rohaizah (Ketua unit Sumber Manusia ITNM) memanggil semua staf yang terlibat dengan kursus ini esok dan memberikan gambaran ringkas bagaimana kursus itu akan berlangsung dan berharap semua yang ditaja oleh ITNM itu dapat mengikuti sepenuhnya kursus itu. Rupanya ada 4 orang lagi selain Sdr. Avevah. Mereka ialah Sdr. Noraniza, Sdr. Firdouse, Sdr. Nasharudin dan Sdr. Noraisyah.

Esok hari Jumaat perkara yang membimbangkan aku ialah bagaimana nak pergi sembahyang Jumaat di situ. Aku tak biasa sangat kawasan di situ. Sdr. Rohaizah macam faham sahaja dan memberitahu bas akan disediakan. Alhamdulillah.

Petangnya pula teman lama Sdr. Nor Azira dari rapidkl menelefon dan bertanya bagaimana aku boleh terpilih ke sana. Banyak juga soalannya seperti tidak percaya aku diluluskan oleh ITNM untuk menghadirinya. Mungkin kos kursus itu bukan murah. Dia pernah menghadirinya kerana pada mulanya menggantikan tempat bosnya yang tidak dapat menghadirinya. Tetapi selepas itu beliau membiayai sendiri untuk kursus lanjutan yang diadakan kerana sangat tertarik dengan kursus itu.
Terima kasihlah kepada En. Khair kerana meluluskan aku dan kawan-kawan untuk hadir ke situ dan En. Megat kerana membenarkan aku hadir. Rupa-rupanya dalam kumpulan ini ada yang memohon dan ada yang diarahkan selain ada juga permohonannya yang tidak diluluskan.

2 comments:

Anuar Manshor said...

Rasa-rasanya layakkah saya menyertainya?

Enche's said...

Sesiapapun layak cubalah mohon baik sekali untuk mengenali diri sendiri. Jika kenal diri sendiri barulah kita akan mengenali Penciptanya.