29 June, 2009

Perginya Seorang Lagenda Pop-Mikaeel (Michael Jackson)


Akhir minggu lalu dunia dikejutkan dengan pemergian Mikaeel atau Michael Jackson. Setelah mencipta kemasyhuran dalam dunia hiburan dan sukar diganti. Popularitinya bertahan selama beberapa dekad dan akan kekal dalam ingatan peminat-peminat hiburan.

Mikaeel banyak membawa transformasi dalam dunia hiburan baik dari segi rentak muzik dan tarian. Kebolehannya bukan sahaja menyanyi malah mencipta lagu dan tarian sehingga menjadi ikutan pada masa kemasyhurannya.

Keunikannya bukan sekadar dalam profesionnya malah meliputi peribadinya juga apabila beliau memilih melakukan banyak pembedahan pada fizikalnya termasuk menukarkan warna kulitnya dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan kosmetik. Lanjutan dari itu Mikaeel sedikit demi sedikit mengalami kemerosotan kesihatan ditambah dengan kecederaan yang dialami sewaktu persediaan mengadakan persembahan konsertnya.

Kehidupan Mikaeel sebagai seorang penghibur bukanlah menyenangkan hati pembaca seperti saya apabila mengetahui Allahyarham tidak putus-putus dilanda kontroversi dan selalu naik turun mahkamah kerana pelbagai dakwaan terhadapnya.

Berita Mikaeel memeluk Islam akhir tahun lalu bukanlah satu kejutan kerana sebelum itu sudah ada khabar angin mengatakan beliau telah memeluk Islam mengikut jejak abangnya Jermaine Jackson.

Mungkin ada ramai yang terkilan seperti saya apabila pemergian Mikaeel terlalu awal setelah memeluk Islam kerana saya juga ingin melihat Mikaeel menghasilkan satu transformasi dalam lagunya berdasarkan anutan terbaharunya sebagaimana yang dilakukan oleh Yusuf Islam (Cat Steven).

Namun Allah lebih menyayangi dan mengetahui segala-galanya. Al Fatihah untuk Mikaeel
Di sana sini orang sibuk menanyakan bagaimana Mikaeel akan dikebumikan. Bagi saya jelas dia seorang muslim tentu sahaja dia akan dikebumikan secara muslim walaupun menjadi perhatian jutaan peminatnya di hari itu. Kerana itulah abangnya Jermaine Jackson yang membuat pengumuman itu dan bukan abangnya yang lain.

Puisi-Bala apa untuk kita

bala apa untuk kita-manusia
tidak pernah mata wang Bush itu merudum
bergolek mengajak kita berguling sama
dan kita menggelupur

diserang bisa serangga kapitalis

bala apa untuk kita-manusia
seperti digoreng bahang mentari
berhari-hari garing
kita bakal berbulan begini
di tanah gambut longlai berasap
dan menyesakkan rongga yang derhaka

bala apa untuk kita-manusia
selepas satu, satu yang datang
ketika kita masih belum reda
melenyapkan gundah dan risau
setiap hari selsema babi menyapa
semakin ramai dari kita yang terpinga
dan bingung seraya memakai topeng


bala itu sememangnya untuk kitakah
yang sedar dan sujud kepadaNya
yang lupa dan terlupa
sebab kita kejadian yang alpa
membilang dosa yang lebih dari pahala

yang halal berduri
yang haram wangi
kitapun memejamkan mata
dan mata hatipun turut padam
kerana kita tidak pernah menggunakannya

Enche
Jun 2009

25 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian

Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat KematianIblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.."Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut."Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

Saranan menggunakan semula istilah selsema babi

Baru usik-usik mengenai istilah H1N1 yang digunapakai sekarang yang kurang mesra dan melupakan punca datangnya penyakit itu dalam post diblog ini beberapa hari lepas tiba-tiba hari ini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menyarankan pengguna istilah Selsema Babi digunakan kerana ia lebih mudah disebut dan perkataan babi bukan khinzir kerana masyarakat di negara ini lebih mengenali babi daripada khinzir. Katanya penggunaan selsema babi juga jika digunapakai impaknya lebih besar. Lagipun negara barat sendiripun menggunakan istilah Swine Flu.

Sehingga hari ini dalam Harian Metro melaporkan sebanyak empat buah sekolah ditutup untuk mengelakkan dari wabak itu terus merebak. Dan di sebuah sekolah di Wangsa Maju di Seksyen 2 di tutup satu kelas selama seminggu. Begitu penyakit itu semakin menghampiri kita dan ia akan terus merebak jika kesedaran mengenainya tidak diuar-uarkan.

Saya membaca berita diakhbar dan merasa sangat kecewa dengan tindakan ibubapa yang dikenakan kuarantin kerana disyak terlibat dengan wabak itu masih membenarkan anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas agama!

Sementara itu UiTM pula adalah institusi pengajian yang pertama menghalang pelajar-pelajar dan kakitangannya ke luar negara. Universiti Malaya juga dikatakan telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan wabak itu jika ada.

Pekerja yang disyaki dijangkiti virus selsema babi pula berhak menerima gaji harian penuh jika mereka diberikan cuti sakit oleh doktor, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan terdapat majikan yang memberikan cuti tanpa gaji walaupun mereka diberi cuti sakit oleh doktor.

Sepuluh perkara yang perlu dilakukan ketika menjalani kuarantin di rumah.

1. Hendaklah berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan dan mesti
berasingan dari ahli keluarga lain yang sihat.
2. Semasa berada dalam tempoh kuarantin, anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, sekolah, tuisyen, majlis makan malam, kenduri, membeli belah atau mana-mana tempat awam.
3. Dapatkan bantuan daripada saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
4. Kurangkan pertemuan dengan rakan dan saudara mara serta elakkan dari hadir di tempat awam.
5. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat mana-mana saudara mara atau rakan mengunjungi dan memasuki rumah anda.
6. Gunakan penutup muka sepanjang masa jika mengalami batuk dan demam.
7. Amalkan kebersihan diri seperti menutup mulut semasa batuk atau bersin. Cuci tangan selepas menyentuh, hidung, mulut atau mata dan pastikan pengudaraan dalam rumah baik.
8. Pantau kes-kes demam dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
9. Hubungi segera pegawai kesihatan daerah berdekatan sekiranya mengalami demam dan simptom berkaitan.
10. Mengikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari media massa seperti radio, televisyen, akhbar dan lain-lain.

Hari ini saya telah membeli topeng muka sebagai persediaan jika terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan berhadapan dengan kawasan yang dijangkiti. Wah 5 topeng muka pun harganya sudah mencecah RM29.90!

24 June, 2009

Menjejak Soliloquy IV

Saat mempersembahkan Soliloquy telahpun tiba selasa 2 Jun. Dato' minta aku datang ke rumah jam 10.00 pagi di Taman United, Jalan Bla bla bla. Debaran yang aku rasakan menjelang penyerahan itu adalah debaran yang sangat panjang harus dilalui. Suka, bosan dan debar bercampur-campur.

Untuk apa didebarkanpun aku tak tahu. Itulah manusia kadang-kadang sukar memahami apa yang terjadi pada dirinya sendiri. Tetapi mereka selalu menyatakan hanya mereka yang faham tentang diri mereka. Itu tersenyum tertawakan diri sendiri!

Prosedur keluar harus dipatuhi. Aku terpaksa mengisi borang keluar dan di situ terpaksa mengadap bos dahulu. Sebelum terperangkap di jalanan aku terperangkap di biliknya dahulu kerana ada beberapa pertanyaan yang harus dijawab berkaitan tugas yang tiada kaitanpun di saat-saat getir dan aku kehilangan 15 minit di situ.

Perjalanan terasa amat panjang. Ada-ada sahaja kelemahan teknikal di sepanjang perjalanan itu. Membontoti bas, mengikut pemandu yang membawa kenderaan seperti tiada tujuannya di jalan raya dan akhirnya aku terperangkap dalam kekalutan derasnya pembangunan di Kuala Lumpur.
Mindaku merakamkan pelan Jalan Kelang Lama pada tahun 1980-1990an bukan tahun pelan Jalan Kelang Lama di zaman Milineium. Aku ketinggalan 10 tahun ke belakang kerana kotak fikiranku tidak merakamkan perubahan terkini di situ. Aku mundar-mandir mencari arah untuk masuk ke Jalan Kelang Lama di Brickfield.

Ah alangkah bodohnya aku. Tetapi pencarian selama hampir 20 minit itu berjaya juga dan aku menghantar SMS kepada Dato' mengatakan aku mungkin lewat sampai kerana masih di jalanan. Dato' membalas di setia menunggu. Aku lega.

Kekalutan datang lagi bila Jalan Kelang Lama betul-betul sudah berubah dari masa silamnya. Kiri kanan jalannya amat berbeza sekali. Cuma bentuk, kelok jalannya sahaja yang masih ada sedikit. Tiba-tiba seperti ada satu kuasa yang memusingkan stereng keretaku ke kiri dan aku tiba di suatu tempat yang dinamakan Taman Desa! Apa ini? Kata hatiku. Begitulah kita kadang-kadang ada pada waktu-waktunya kita akan di dorong oleh perasaan atau kuasa yang mengarahkan kita secara tiba-tiba.

Oh seperti biasa dengan tempat ini suatu waktu dahulu. Aku pernah sampai di sini melalui BBT (Biro Buku Teks) ketika membantu mereka membuat pemeriksaan premis untuk penerbit-penerbit yang ingin mendapatkan kontrak mencetak buku teks. Tapi aku tak lagi bersama BBT selepas itu selepas beberapa hal yang sangat sulit kunyatakan di sini.

Kelihatan seorang jaga di luar sebuah premis yang tertulis Berita Publishing. Mungkin aku boleh tanya pada dia. Bila aku dekati rupanya dia seorang Myanmar atau mungkin Bangla. Ah kacau. Dia sendiri pasti tidak tahu di mana dia berada. Bagaimana pula kalau aku mahu meminta panduan darinya?

Lebih baik aku mendapatkan rakyat tempatan sendiri tentu mereka lebih tahu. Seorang wanita India meladeni pertanyaanku jelas penerangannya tetapi dia sendiripun tak pasti apa yang aku mahu. Tapi nasibku baik seorang lelaki menyapaku di situ. "Che Lah apa khabar nak ke mana?"
Aku Menoleh...

23 June, 2009

Influenza A H1N1

Tidak sengaja nak beli surat khabar hari ini. Melangkah ke kaunter Esso pandangan mata aku bagai ditarik-tarik dengan tajuk akhbar Kosmo-Sekolah kedua ditutup-Lapan lagi mangsa baru-Jumlah kes meningkat kepada 58. Wabak Makin Buruk. Begitulah kehendakNya dengan virus yang sehingga kini belum ditemui penawarnya dan membimbangkan seluruh dunia.

Sehingga semalam kadar kes di Malaysia masih rendah di rantau ini tetapi ia akan merebak secepat kilat jika tidak di kawal. Jangkitan H1N1 kini telah memasuk fasa penyebaran domestik melalui jangkitan setelah fasa pertama jangkitan dari luar negeri gagal dielakkan.

Rasanya pada peringkat ini kerajaan harus lebih agresif mengadakan kempen dan kesedaran kepada rakyat. Contohnya mengedarkan bahaya dan betapa mudahnya H1N1 berjangkit serta kaedah menghindarkannya. Penerangan seperti brosur atau mini poster tidak perlu yang dicetak dengan sempurna kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi, apatah lagi keadaan ekonomi sekarang. Memadai dengan cetakan fotokopi. Asalkan maklumatnya sampai.

Kita bakal menghadapi keadaan yang lebih runcing lagi apabila lebih banyak sekolah ditutup. Anda boleh memahami apa itu Influenza A H1N1 dengan banyak sekali penemuan saya yang ditulis dalam bahasa Indonesia ini dan juga di blog ini. Mengapa kita harus menukarkan penggunaan istilah penyakit ini kepada yang lebih saintifik dengan nama yang lebih sukar. Dan kesukaran itu lebih senang untuk kita melupakan dari mana asal usulnya penyakit itu. Bukankah lebih mudah kita panggil ia sebagai selsema Babi sahaja? Dan kita sememangnya lebih suka kepada perkara-perkara yang melupakan asal usul kita. Bila dah ada orang bising barulah kita terngadah.
Jengahlah juga blog rakan saya tentang ini. Jefbuj.

Menuju Sri Pena II



Inilah bilik kami

Apabila jam menunjukkan pukul 9.50 pagi bas yang dinaiki pun menjengah Sri Pena di Port Dickson. Entah mengapa hari itu tiada sesiapapun dari Sri Pena yang menyambut kedatangan kami kecuali kain rentangnya. Ija dan syidah nampak seperti tuan rumah di situ menyambut kami.

Aku meninjau-ninjau kawasan sekeliling kata mereka dari rombongan pertama kena masuk kubur. Itulah tarikan utama aku nak ke Kem Motivasi itu. Sebelum ini aku cuma mendengar dari seorang ustazah sewaktu ceramah Hibah tentang pengalaman seorang peserta yang masuk kubur dan mendengar suara orang tuanya yang meninggal lebih dahsyat lagi ada seorang pegawai tinggi yang dibelit ular sepanjang 20 minit dalam kegelapan itu.

Aku sengaja tidak memberitahu rakan-rakan sehingga sesi itu selesai kerana bimbang mereka bertambah takut. Tiada apa-apa pun di sebelah Sri Pena itu kecuali hutan yang tidak begitu tebal. Mungkin mereka akan lakukan semuanya itu di kawasan lain.

Di lobi Sri Pena terdapat meja kecil yang telah tersedia kunci bilik. Bosan menunggu lama Min (Jasmin) mengambil salah satu dari kuncinya dan kunci itu jugalah menyebabkan aku sebilik dengan Mi (Shuami) dan Dan (Zaidan).

Setelah mendapat arahan bahawa syarahan akan dimulakan tidak lama lagi semua peserta masuk bilik untuk berehat dan menyegarkan badan. Aku mengheret beg beroda. Berat pula beg itu macam pergi tak nak kembali lagi pula.

Sebentar lagi kami akan minum pagi di lobi dan kuliah/syarahan di tingkat satu sementara surau di tingkat dua. Minum ala kadar aku terus ke tingkat satu dan menunggu, terus menunggu dan menunggu. Seorang yang memperkenalkan dirinya Mohd Zawawi Yusoh adalah Ustaz yang akan membimbing kami selama 3 hari bersama Ustaz Fauzi dan pembantunya.

Sabar menunggu syarahan belum juga dimulakan gara-gara menanti rakan yang datang sendirian tetapi belum tiba. Angin juga rasanya dengan kelewatan itu tetapi setelah mereka tiba dan menjelaskan kelewatan itu aku sedar aku dapat menerimanya dan kuliahpun dimulakan.







Hilang punca

22 June, 2009

Kanvas Kehidupan - Hutang

Jijah memang kepoh. Jijah juga yang mencadangkan Temah meminjam dari Kiah sebab Jijah kata dia tak ada duit. Sebenarnya kalau orang tengok Jijah orang tak kata Jijah tak ada duit sebab pakaian Jijah, kereta Jijah dan cakap besar Jijah memang macam orang kaya. Yang pelik bila orang nak pinjam duit Jijah halakan pada Kiah. Jijah kata Kiah banyak duit.

Padahal Kiah itu macam biasa-biasa sahaja. Entah betul ataupun tidak siapapun tak tahu sebab Kiah memang tak suka nunjuk-nunjuk atau Kiah yang kedekut pada diri sendiri. Kiah tak tahu Temah datang padanya sebab Jijah yang suruh. Temah dah pinjam dari Kiah sebab Kiah kasihan lihat muka seposen Temah yang datang kepadanya.

Hari ini dah dua tahun Temah meminjam dan dia tak ingat-ingat nak bayar balik pada Kiah. Temah pun memang suka melaram. Dia pun nak ikut Jijah juga. Kiah memang nampak orang kelilingnya macam banyak duit termasuk orang-orang yang berhutang dengannya tapi Kiah bukan jenis orang yang datang tuntut hutang.

Kiah kuat dengan pegangan agama walaupun mulutnya kadang-kala pedas. Kata Kiah orang Islam wajib tolong saudaranya yang susah. Tetapi bukanlah tanggungjawab si pemiutang pergi menuntut hutang pula. Sebab pemiutang tidak akan pernah tahu keadaan kewangan penghutangnya.

Hari itu Jijah rasa dengki bila dengar Temah ada banyak duit sebab dapat rezeki terpijak. Temah bilang dia nak beli barang kemas. Jijah jadi dengki. Dia pergi tanya pada Kiah sama ada Temah dah bayar hutang Kiah. Kiah Terperanjat sebab dari mana Jijah tahu Temah berhutang dengannya. Sah-sahlah Jijah yang suruh Temah berhutang dengannya suatu waktu dahulu.

Petang itu tembelang Jijah pecah. Jijah malu dan minta maaf pada Kiah. Jijah kasihan pada Kiah. Kasihan atau dengki pada Temah sebenarnya? Jijah suruh Kiah pergi tuntut hutang pada Temah. Tapi Kiah tidak mahu. Kiah cakap itu bukan dirinya pergi menagih hutang.Tapi Kiah tetap sabar dan ingin lihat sahaja sama ada Temah akan datang dan bayar hutang kepadanya. Tinggallah Jijah dalam keadaan serba salah!

Menuju Sri Pena I


Penantian sesuatu yang membosankan tetapi masih ada yang
seronok dan boleh tersenyum dalam penantian itu

Pagi 18 Jun sebahagian warga ITNM berkumpul di perkarangan Wisma ITNM. Sebuah bas telahpun bersedia menunggu di awal pagi itu. Sebahagian yang ada sudah menunggu dengan membawa beg besar, mungkin pakaian untuk tinggal 3 hari.

Yang berkeluarga terpaksalah tinggalkan keluarga dan aku terpaksa meninggalkan bonda yang sudah uzur benar keadaannya dan itu adalah satu pengorbanan kepada kewajiban yang telah diamanahkan.

Sewaktu memberitahu bonda yang sudah kurang pendengarannya dan aku terpaksa bisikkan keperluan itu beberapa kali kepadanya. Dia memandang berat kepadaku seperti tidak mahu aku meninggalkannya. Akhirnya bonda bersetuju untuk ke rumah adik di Seremban. Walaupun keperluannya cuma untuk 3 hari tetapi bonda tahu dia terpaksa berada di sana untuk seminggu kerana tidak bisa bagiku ke sana di hari bekerja. Bonda bisik kepadaku jangan lupa jemputnya bila tamat kem itu nanti dan aku mengangguk sambil mencium pipi dan dahinya.

Jam 8.00 pagi tiba-tiba kulihat semua bergegas menaiki bas. Man dah panggil rupanya patutlah semuanya meluru ke dalam perut bas! Aku cuma mengalas perutku dengan cekodok pisang dan karipap Kak Sal sahaja. Perjalanan sedikit membosankan kerana perjalanan ke Port Dickson bukanlah asing bagi aku. Barangkali pejam matapun aku masih boleh melihat keadaan sekelilingnya.Man menghitung-hitung mereka yang ada dan aku meladeni fikiranku sendirian.

Sesuatu yang seronok dalam bas itu bila aku dapat melihat wajah-wajah teman-teman sepejabat wanita yang dinaikkan taraf untuk kem itu. Manis-manis sebelumnya dan bertambah manis lagi kali ini. Mereka akan manis untuk 3 hari yang akan datang.

Hadiah & Selamat Pengantin Baru



11 Jun aku dapat hadiah lagi. Untuk hari jadi. Ia yang keduaku untuk tahun itu. Kali ini dari ITNM tempat aku bekerja. Terima kasih kerana tak lupa menghadiahkan staf bila mereka bertambah 'dewasa'. Kalau nak tahu apa hadiahnya itulah hadiahnya. Sebatang pen Parker.

Sekali lagi terima kasih banyak-banyak atau orang yang kuat jati dirinya akan selalu mengaitkan terima kasih dengan daun keladi-kalau boleh berilah lagi. Dalam dunia Melayu penghargaan untuk menyatakan sanjungan dan perasaan terima kasih menyebabkan lahirnya banyak pantun-pantun ucapan terima kasih yang indah dan di warisi zaman berzaman. Seperti dibawah

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Sekalung budi seuntai bahasa,
pusaka warisan budaya bangsa.

Anak haruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Ada padi adalah beras,
Bertanak nasi periuk tembaga;
Ada budi adalah balas,
Orang berbudi kita berbahasa.

Selamat Pengantin Baru
Tahniah juga pada Khairul yang lahir pada bulan yang sama (2 Jun) cuma awal 2 hari sahaja dariku. Selamat Pengantin baru juga kepadanya dan kepada bekas staf Mohd Hidayat yang melangsung perkahwinan pada awal Jun yang lalu. Maaflah kerana tak dapat hadir. Bonda hamba ada di sini dan selalu tidak sihat untuk ditinggal-tinggalkan. Walau bagaimanapun saya mengiringkan doa buat kedua pasangan agar bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin

Aku cuma senyum sewaktu menerima hadiah itu kerana Encik Mohd Khair bertanya yang ke berapa? Aku menjawab yang ke 24! sebenarnya ada campur-campur lagi. Dicampur nombor yang ada muncul diawal post ini dan dicampur lagi satu dekad.

18 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ - Facebook


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi-Amerika
dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?


Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Kanvas Kehidupan- Jerat Tidak pernah lupakan Pelanduk

Aini baru sahaja meletakkan ganggang telefonnya. Tapi sejak meletakkan telefon itu dia termenung sahaja. Konsentrasinya terhadap kerjanya tadi telah terganggu. Malah hilang langsung. Dia terkulat-kulat di stesen kerjanya tidak tahu apa yang dia nak buat.

Fikirannya melayang teringatkan suara kenalan lamanya tadi di telefon, Mastura. Lebih sepuluh tahun dia tidak sepejabat dengan Mastura. Rezekinya di tempat kerja barunya sekarang. Suami Mastura - Zul baru sahaja bekerja di tempatnya. Sejak itu Mastura sering menelefon untuk bercakap dengan suaminya Zul.

Ada sesuatu yang terbuku di hati Aini dengan Mastura. Beberapa tahun lalu Mastura pernah menelefon ke pejabat Aini hendak bercakap dengan ketua Aini. Malangnya ketua Aini tiada dan Ainilah yang menjawab bagi pihak ketuanya. Aini memang tahu permasalahan yang diperkatakan oleh Mastura sebab itu dia berani menjawab masalah yang dikemukakan Mastura.

Sayangnya Mastura bukan bertujuan baik dia menelefon semata-mata untuk menyalahkan syarikat tempat Aini bekerja. Apabila Aini cuba menerangkan kedudukan masalahnya Mastura tidak mahu mendengarnya dan dia terus meletakkan telefonnya. Aini menjadi sangat-sangat tidak berpuas hati dan terbuku di hatinya terhadap teman lama yang bertindak melulu begitu.

Imbuhan kepada kesabarannya yang cuba menerangkan masalah sebenar kepada sahabatnya hanya berbalas dengan sakit hati. Itulah yang di simpan oleh Aini dan dia tidak akan dapat melupakan sampai bila-bila.

Sebab itulah apabila berbual dengan Mastura tadi nadanya tidak lagi begitu mesra sebagaimana dahulu walaupun dia tahu dan kenal benar dengan suara Mastura. Dia cuma melayan seadanya sahaja. Pernah Zul datang kepadanya dan bertanya sama ada Aini cam dengan suara Mastura. Aini mengangguk tanda dia kenal. Dan pernah Zul berbisik kepadanya katanya "Jika Aini tahu itu suara Mastura pasti nadanya tidak seperti itu." Aini cuma tersenyum kelat membuatkan Zul bertambah hairan!

Begitulah ceritanya apabila kita melukakan hati sesorang kita pasti tidak akan mengingatinya tetapi orang yang pernah terguris dek perbuatan kita tidak akan pernah lupa dengan apa yang kita buat meskipun dia telah memaafkannya seperti kata pepatah " Jerat tidak pernah lupakan pelanduk meskipun pelanduk selalu lupakan jerat!

17 June, 2009

Kem Motivasi-Selamat berkursus Warga ITNM

Menaiki rakit yang kedalamannya 100 kaki bersama ahli kumpulan gambar koleksi 1996


Selepas penat dengan kerja berkumpulan kami mandi manda di dalam tasik.
Saat post ini tersiar aku dan kawan-kawan seramai 35 orang akan menjalani kursus yang dinamakan Kem Motivasi di Port Dickson, Negeri Sembilan sehingga 20 Jun 2009. Aku terpilih untuk kumpulan yang kedua.

Apa yang terbayang di minda ialah ceramah, makan, aktiviti riadah dan aktiviti dalam kursus yang berkaitan tugas. Kali pertama ITNM menganjurkan kursus ialah pada tahun 1994 semasa Pengarah Urusan pertama Prof Madya Dr. Mohd Zaki. Juga dibahagikan dua kumpulan. Kumpulan aku berkursus di Bayu Beach Resort, Port Dickson dan kumpulan kedua di Bukit Tinggi.

Kali kedua lebih 1996 semasa Pengarah Urusan kedua Datuk Mahpor Baba. Kali ini di Kem Bina Semangat Ampang Pecah (14-16 September 1996). Satu kenangan yang tidak boleh dilupakan kerana banyak aktiviti luar yang dirancang. Permainan dan gerak kerjanya jelas menunjukkan betapa perlunya perancangan bersama dan dan pelaksanaann juga secara bersama. Kerja sebagai satu pasukan.

Permainan yang paling mencabar ialah membina sebuah rakit dari empat biji tong, kayu dan tali dan sesudah membina rakit itu kami di suruh pula menguji dengan menaiki rakit itu. Penuh sarat ahli kumpulan menaiki rakit kecil itu. Ternyata idea bersama dan kami tahu dimana kekuatan dan kelemahan rakit itu. Rakit kami tidak pecah dan berjaya sampai ke darat semula.

Tidak semua kumpulan berjaya. Ada yang pecah rakitnya kerana idea yang tidak bagus (bersatu) dan asyik nak bertekak sahaja sewaktu pembinaannya. Itulah realiti dalam sebuah kumpulan dan masyarakat. Jika tidak bersatu akan hancurlah kita jadinya. Ada rakit yang pecah ketika di tengah tasik yang kedalamannya 100 kaki!
Itulah selingkar kisah lama. Kepada kumpulan pertama yang telah pulang selamat kembali bertugas dengan semangat dan jiwa yang baru. Jaga pejabat baik-baik sepeninggalan kami. Haha.

Jom Baca Buku- The Dam (Empangan)

THE DAM
Empangan

After ten years abroad, J returns home to find his village has undergone cultural and social change. Development has come to the village with the new dam; a highway is being planned and a capitalist economy has engulfed the villagers. The negative effects of development and the unethical, grasping administrators do not escape the worldly J, who sides with the marginalised villagers against unscrupulous development.



The Dam
Empangan

Publisher: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Author: Zakaria Ali
Year of Publication: 2009
ISBN: 978-983-068-351-5
No of Pages: 110
Price: RM25.00

Kindly call ITNM at this number 03 4149 7210 to get your order now or visit MPH bookstore (Alamanda dan Mid Valley).

16 June, 2009

Kepada Semua Warga Emas dan Ahli Keluarga Warga Emas

Sekadar menyampaikan risalah yang saya perolehi di sebuah surau di Ukay Perdana. Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat melancarkan beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Program yang dinamakan MESRA USIA EMAS dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat) tanpa mengira jantina, kaum, agama, pendapatan, kedudukan dan fahaman politik. Pendaftaran skim adalah percuma. Warga emas yang layak mendaftar adalah yang berumur 60 tahun dan ke atas. DAN

Sama ada
1.Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; Atau
2. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DAN
3. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.

Manfaat dari program ini Kerajaan Negeri Selangor akan menyumbang RM2,500 kepada Penama Warga Emas yang telah didaftarkan. RM1,000 akan diberikan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian. Baki RM1,500 akan diberikan dalam tempoh 60 hari seterusnya. Segala sumbangan ini akan disalurkan oleh ADUN sendiri melalui Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang.

Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum 30 Jun 2009. Anda Hanya perlu membawa salinan kad pengenalan bagi ahli, penjaga dan penama.
Mohon maaf penyiaran kandungan risalah ini bukan bermaksud menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti tetapi sekadar menyampaikan maklumat sahaja. Wang yang hendak disalurkan itu adalah juga wang rakyat. Siapa dan bagaimana rakyat mendapatnya semula adalah persoalan kedua. Rebutlah peluang yang telah ditawarkan itu.

15 June, 2009

Di Malam The Frankincense-Mana Setangginya dilancarkan



Gambar atas: Pengerusi ITNM dan SN Prof. Muhammad Haji Salleh, Pn Jurina dan Pn Siti Rafiah. Gambar 2 kiri: Pelakon yang menjayakan persembahan teater Mana Setangginya. Gambar 3 kanan: SN Dato' Noordin Hassan sewaktu pelancaran Mana Setangginya.

Pelancaran Buku The Frankincense karya Dato' Noordin Hassan telah disempurnakan oleh Dato' Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di pentas teater Panggung Sari, Istana Budaya.

Dengan gimik pelancaran yang sederhana buku itu dilancarkan oleh Dato' Saifuddin Abdullah yang kerap memberi sokongan kepada pelancaran buku dan program anjuran ITNM. Sebelum itu Encik Mohd Khair Ngadiron dalam ucapan awal menyifatkan Dato' Noordin mempunyai semangat seorang pejuang yang menang setelah sepuluh tahun teater Mana Setangginya kembali semula ke Istana Budaya.

Terjemahan The Frankincense merupakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 di mana ITNM akan menterjemahkan seratus judul karya sastera ke bahasa asing untuk di ketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Apa yang membanggakan ialah naskhah Mana Setangginya ini dapat diterjemahkan dalam waktu tidak sampai sebulan setelah mengetahui naskhah Mana Setangginya akan dipentaskan. Ucapan tahniah disampaikan kepada dua penterjemahnya Sdr. Mohd Bahadun dan Sdr. Malim Ghozali Pk. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada penaja tiket iaitu Attin Press dan 3F Resources untuk jemputan.

Yang Berhormat Dato' Saifuddin dalam ucapannya pula berkata bukan mudah mencari aktivis yang tahan lama untuk berkarya dan lebih sukar lagi mencari pemikir seperti Dato' Noordin Hassan. Ia adalah langkah yang tepat apabila ITNM menterjemah dan membawanya ke persada antarabangsa.

Proses penterjemahan berlaku dengak agak menarik apabila dalam masa tidak sampai sebulan buku dapat diterbitkan. Dato' Saifuddin menyeru semangat dan kecekapan tiga pihak ini ( ITNM, IB dan Dato' Nordin) dapat dicontohi oleh ahli-ahli politik yang lain.

Pementasan Mana setangginya selepas itu ditonton oleh Sasterawan Negara lain yang hadir seperti Prof. Muhammad Haji Salleh dan sebahagian pemenang S.E.A Write Award yang lain seperti Dato' Baha zain, Dato' Anwar Ridhwan, Dato' Kemala, Dr. Zurina Hassan, Sdr. Zakaria Ariffin, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain penulis.

13 June, 2009

Puisi- Khabar Apa Mimpi Itu?



khabar apa mimpi itu
menyapa ibu
ketika subuh mula menyingkap tirainya
membuat ibu sedar
dalam gumpalan gundah
tercungap-cungap datang kepadaku
menjadi pencerita lara yang kalut
di pagi dinginku yang sibuk
aku dibangkit resah mendengar lagunya
sebelum tafakurnya di sejadah

arwah makcik dan kanak-kanak misteri
banjir dan air deras
tandas dan lorong selamat
menyulam menjadi mimpi ngeri
ibu mengurut dadanya
bercerita dalam gelora
akupun dicakar resah
menerawang tafsiran kelam
tanpa menemui titik noktah
mencari maksud
terhadap mimpi mainan tidurnya!

pergilah ibu
pada istirahatmu yang terhenti
biarku pangku kepalamu
dan kutiupkan lagu damai
dari kalimahNya
agar terpadam memori itu
dan kau tidak lagi

dibayangi cerita cemas itu
yang mungkin dikarang
si lembaga penghuni neraka!

Kalamullah bantalmu
tiada zat yang lain
dari Pencipta Alam Semesta
tiada diizinkan terjadi untuk kejadian itu
dan kita diberi pilihan untuk semuanya
mohonlah keampunan atas kealpaan
dalam sujud kala kau menyeru namaNya
sebelum lenamu tadi

Enche
Jun 2009

Kanvas Kehidupan - Aku Sudah Pulih

Tepat jam 1.43 petang telefonku berdering. Seorang wanita pembantu Klinik menelefonku. Baru semalam aku mengunjungi klinik itu dan kata doktor semalam, dalam dua atau tiga hari lagi mereka akan menghubungiku semula setelah keputusan ujian darahku mereka perolehi dari makmal yang mereka hantar. Tetapi dua tiga hari itu dah jadi sehari sahaja. Memang mereka cekap.

Pembantu itu meminta aku meminta aku datang ke klinik esok (ahad) sebelum jam tiga petang tetapi kerana aku ada hal terpaksa menghantar bonda ke Seremban lantaran aku akan menghadiri kem motivasi jadi aku cepatkan temu janji itu kepada hari ini juga. Tidak sabar untuk melihat keputusannya.

Di bilik rawatan Dr. Rafida meneliti catatan laporan darahku dari makmal yang baru diperolehinya. Aku memehatikan sahaja riak wajahnya. Tampak dia tenang sahaja. Dialah juga yang memeriksa aku dan menasihati aku menjalani rawatan tiga bulan dahulu setelah aku tahap kesihatanku merosot.

Setelah dia menerangkan satu persatu disebalik catatan itu aku menarik nafas lega. Semua keputusannya positif. Kolestral dalam badanku telah menurun dengan baik sekali iaitu 4.0 dan paras gula dalam darah juga menurun dari 6.3 ke 5.3. Bacaan tiga minggu sebelum ini lebih baik iaitu 4.7. Tetapi apapun keputusan terbaharu itu masih baik juga.

Aku faham mengapa ianya terjadi begitu. Pertama kerana pemakanan. Sejak ibu ada di rumah aku terpaksa memakan makanan yang ibu hulurkan kepadaku bimbang dia berkecil hati atau aku sengaja menemankannya makan supaya dia berselera makan. Dan yang kedua sehari sebelum menjalani ujian darah aku mengikuti kursus dan sepanjang kursus yang aku ikuti itu makanan yang disediakannya ya Allah..manis-manis semuanya dan tidak banyak yang dapat aku elakkan.

Aku dinasihati supaya mengekalkan diet seperti itu dan pengambilan Lipitor tidak lagi perlu bagi aku. Dan aku juga diingatkan supaya kerap menjalani ujian darah. Iaitu sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Mulai sekarang aku sudah boleh untuk senyum sepanjang masa. :)

Kanvas Kehidupan - Kecut Perut Mereka

Kiah dah lama tak buat rawatan muka. Kiah terperasan wajahnya makin banyak dikunjungi kedut. Keringnya pun sudah melarat-larat. Tapi itu cuma perasaan Kiah sahaja. Kawan-kawannya tidak pernah komen apapun. Atau mereka sedar tapi sengaja biarkan agar Kiah kelihatan hodoh dan semakin hodoh.

Lalu Kiah bercadang-cadang mengunjungi teman lamanya yang mempunyai salun rambut dan membuat rawatan muka dan juga make up. Petang itu Kiah melenggang maut berjalan masuk ke dalam salun tiba-tiba dia terhenti di pintu kedai dan cuba menolak pintu yang baru dipasang alat keselamatan. Terkial-kial dia menolak pintu sementara kawannya dari dalam memberikan isyarat yang diapun tidak faham. Beberapa saat pintu itupun terbuka dan Kiah masuk.

Kiah sedikit angin dan merasa hairan mengapa susah nak masuk ke salun hari itu. Tak seperti hari-hari biasa. Lalu JJ tuan punya salun yang unik itupun mula buka mulut bercerita pokpek pokpek. Dua minggu lepas kedai itu kedai itu kena rompak dengan seorang perompak. Astagfirullahaladzim. Meremang bulu ketiak Kiah. "Eh cepat, cepat kunci pintu" jerit Kiah.

Ha, baru Kiah tahu takut. JJ kata habis semua wang tunai, barang kemas, telefon bimbit telah di sapu dek perompak Melayu remaja yang malas nak kerja itu. Semuanya berjumlah RM60,000. Aduh. Bukan barang JJ sahaja yang kena sapu itu tetapi barang-barang pembantu kedainya yang tiga orang itu juga termasuk sama.

Kasihan JJ bercerita dengan nada hiruk biruk. Airmatannya pun dah tak mahu nak keluar lagi. JJ menampak dah lah kena rompak dia kena terajang sampai pengsan. Kejam laknat betul si perompak itu katanya. "Macam mana boleh berlaku?" tanya Kiah pelik.

Kata JJ petang itu entah macam mana sekitar kawasan kedai sunyi sepi. Tiba-tiba datang seorang remaja bertopi keledar dan terus masuk dalam salunnya. Mukanya bertutup dan terus menghunuskan sebilah parang memaksa mereka menyerahkan apa yang ada. Itulah cara paling senang nak dapat harta. Rampas sahaja hak orang lain yang sudah bersengkang mata cari duit.

JJ dan pembantu kedai pula meluahkan hidup seperti dah tak selamat lagi dah kat bumi Malaya ni. Samseng dan macam klimaks dah. Sana sini orang merompak. Baru-baru ini kedai kawannya di Taman Melawati kena rompak. Dia dah beri peringatan tapi jadi juga. Alah perompak sekarang ni dah berilmu. Sebelum buat kerja-kerja terkutuk tu dia dah study dahulu.

Sambil cerita sambil muka Kiah kena tenyeh dengan tepung gomak oleh pembantu JJ. Akhirnya rawatan itu siap dan Kiah yang dah perasan dirinya lawapun keluar dari salun sambil berkata. " Sabarlah ya semua itu dugaan Tuhan.". Kepada yang membaca cerita ini berhati-hatilah beringat sebelum kena. Pasanglah alat keselamatan di kedai anda. Cegah sebelum kena. Jangan melopong gigit jari padahal sebelum itu dah ada kawan yang mengingatkannya.

12 June, 2009

Jom Baca Buku- The Frankincense

The Frankincense
Mana Setangginya

"The Frankincense" is one of the titles in a collection of four plays by National Laureate Datuk Noordin Hassan. The three other plays are "Touched by the Moon," "Umi's Shawl" and 'Tonight, the Turties Cry." These four plays carry a variety of themes that touch on man's relationship with God, with other human beings and his patience in facing the tests of God. Noordin Hassan spreads the word of God subtly, he comments and throws forth social criticisms for us to reflect together and ponder about our existence and responsibility for our society, community and country. Noordin writes modern drama, but the fruit of his writing are not unconnected to the roots of Malay culture. This is clear not only in the background, songs, from of utterances and plot, but more importantly from the aspect of intellectualism which summarises the world of thought, philosophy, belief and faith of the Muslim and Malay community.

The Frankincense
Mana Setangginya

Publisher: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Author: Noordin Hassan
Year of Publication: 2009
ISBN: 789-983-068-441-3
No of Pages: 195
Price: 25.00

Kindly call ITNM at this number 03 4149 7210 to get your order now or visit MPH bookstore (Alamanda dan Mid Valley).

Pelancaran buku
Buku Sasterawan Negara Dato' Noordin Hassan versi terjemahan bahasa Inggeris ini akan dilancarkan oleh Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia pada 14 Jun 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena pementasan teater Mana Setangginya yang bermula dari 13-21 Jun 2009.

Dari Komuniti Alumni ESQ-Peringkat Jilatan Api Neraka

Daripada Samurah bin Jundub r.a. bahawasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Di antara ahli neraka itu ada yang dijilat oleh api neraka sampai pada kedua tumitnya, di antara mereka ada yang dijilat oleh api sampai kedua lututnya, ada juga yang sampai ke empat ikat pinggangnya dan ada pula yang sampai di tulang lehernya."

(Riwayat Muslim)

11 June, 2009

Pemenang Peraduan Beli Buku ITNM & Menang Hadiah Bernilai RM100,000

Hadiah Utama
Sebuah Perodua MyVi
Jamaludin binn Aloi

Hadiah Pertama (RM10,000)
Amiruddin bin Md Ali Hanafiah

Hadiah Kedua (RM5,000)
Ghong Kwok Leong
Ahmad Najib bin Mohamad

Hadiah Ketiga (RM1,000)
Nur Aishah bt Ahmad Shahrim
Aspalila bt Abd Majid
Siti nurul Ain bt Abd Hamid
Bakri bin Ejang
Jamayah bt Zakaria
Basri Shaff b Jamaluddin
Siti Hairolmiza bt Zainal
Muhammad Azli Shufri
Muhammad Salleh Rahamad
Ainul Mardziah Shahidan
Yusdi b Ismail
Mohd Zullghafari b Saparmin
Mohd Fadli b Hassan
Zukarfli b Mohamad
Saiful Bazli b Abdul Ghani

10 June, 2009

Genap Setahun Sehari

Usia Blogku
Diam tak diam usia blog ini pun mencapai usia setahun dan agak malang juga pada ketika ia genap setahun saya tidak menyedarinya. Bila dah terlepas barulah sedar apa yang tak kena. Tak apalah janji aku tak pernah lupa kewujudan blog yang sudah dikunjungi oleh 23,900 orang sehingga hari ini dan aku tidak pernah menyangka ia akan dikunjungi begitu ramai orang setiap hari.

Kalau ibarat rumah letih aku menyapu rumah setiap setiap kali orang datang. Sekali dibuka tidak boleh ditutup lagi. Dan apalah nasib blog ini kalau disyaratkan supaya didaftarkan. Mungkin aku akan mengikut jejak bos PTS Kak Non yang bertukar Domain luar negara! Ah semuanya mungkin. Nak kata tidak patriotik pun tak apalah, bukan itu alasannya.



Inilah gambar kereta yang menjadi rebutan itu dan di hadapannya itu bukanlah Jamaludin Aloi. Kalau korang nak tahu cuba pergi ITNM dan tanya orang kat sana siapa yang macam orang tak betul depan kereta tu.

Jamaludin Aloi

Mengambil kesempatan ini aku nak ucap tahniah kepada Sdr. Jamaludin Aloi yang telah memenangi kereta Myvi dalam peraduan Beli Buku ITNM dan menangi hadiah bernilai RM100,000 yang julung kali diadakan oleh ITNM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 April yang lepas.

Sebuah Myvi idaman semua tajaan Perodua telah menjadi miliknya. Wah nampaknya keputusan itu benar-benar sulit sehingga saya sendiri sebagai staf ITNM pun tidak mengetahuinya. Tup tup tahu pun melalui berita TV3 baru sebentar tadi.

Ramai juga kawan-kawan bertanya sebelum ni hadiah tu betul-betul ke atau gimik nak buat jualan je. Aku menjawab yakin ada. Tak baik tipu-tipu. Cuma bersabar ajelah kalau ada rezeki kau orang adalah. Dan hari ini adalah jawapannya.


Pasar Malam Ukay Perdana
Cerita pasar malam pun nak heboh ke? Hehe. Memang lah sebab dengan adanya pasar malam Ukay Perdana dah jadi tempat kediaman yang hidup dan semakin lengkap. Dah lapan tahun aku tunggu bila nak dibuat pasar malam ni. Dahulu Bazaar Ramadan pernah buat di tapak pasar malam tadi semusim sahaja ia dipindahkan ke tempat lain kerana tiada sambutan.

Tetapi hari ini dah masuk minggu ke empat dan wajah Pasar Malam semakin berseri. Minggu pertama tiada orang jual ikan. Aku sempat dengar seorang wanita merungut tak ada jual ikan. Minggu kedua dah ada. VCD haram pun ada. Minggu ketiga makin bertambah, kawan-kawan dan jiran pun sibuk berniaga di situ. Dan hari ini dah ada orang jual daging dan kereta mainan pula. Mungkin minggu depan ada orang jual Myvi pula.

Yang dinantikan sekarang ni bila pula bank-bank nak buka cawangan di sini.


Gambar ni tak payahlah ada penerangan sebab dialah Azman

Tahniah Azman
Hampir sebulan lepas terjumpa Man kat Carrefour beli barang persediaan nak pergi umrah. Alahai beruntungnya badan baru bertukar tempat kerja dapat pula pergi umrah bersama keluarga. Man dah makin bulat sekarang. Tunggu sikit masa lagi boleh lah panggil Man Bulan!

09 June, 2009

Seminar Pemikiran SN Arena Wati DBP

Hangat berseminar!
Kalau bercakap mengenai seminar rasanya siapa yang pernah berseminar dah tahu keadaannya. Ia adalah klise dan standard tetapi hari ini seminar yang saya ikuti mungkin berbeda sedikit kerana ada adegan panas.

Seperti yang kita maklum Allahyarham Arena Wati berasal dari Makasar-bugis. Dalam sesi yang berlangsung hari ini maka rombongan dari Makasar seramai 16 orang telah datang kerana kecintaan mereka terhadap Pak Arena termasuk Prof Dr. Nurhayati dari Universiti Makasar yang memang rapat dengan Allahyarham. Beliau memang pernah secara langung berdampingan dengan allahyarham ketika arwah ke sana bagi mendapatkan fakta-fakta untuk penulisannya.

Hari ini dalam sesi soal jawab maka bangunlah seorang peserta dari sana dan bercakap mengenai falsafah orang Makasar iaitu ujung lidah, ujung pena dan ujung kemaluan dan mengaitkan falsafah itu telah digunakan oleh Arena Wati dan berjaya menjadikan seorang yang sukses.

Tidak disangka-sangka selepas beberapa ketika bangun pula anak Arena Wati yang tersinggung dengan falsafah itu (falsafah yang ketiga itu) lalu menuntut peserta itu memohon maaf kepada ibu Halimah balu Allahyarham yang juga hadir hari ini. Suasana di balai seminar hening dan kaku melihat kejadian lantaran perbezaan budaya. Begitu juga saya yang simpati kepada keduanya lebih-lebih lagi peserta itu yang terpaksa melutut dan memohon maaf kepada ibu Halimah. Belum pun tamat sesi pada pagi itu saya tidak nampak lagi kelibat peserta itu.

Maka begitulah keadaannya apabila miscommunicatian kata Prof Dr. Nurhayati (dari Makasar juga) yang memohon maaf bagi pihak. Pepatah Melayu ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Saya sendiri orang kelantan menyedari ada perkataan-perkataan dialek kelantan yang jika dituturkan akan memberikan kesan negatif kepada pendengar dari negeri lain.

Sebagai contoh saya mengatakan patat puyuk bermakna pantat periuk-ia merujuk kepada dasar periuk dan bukan sesuatu yang mencarut. Nasib saya baik kerana budaya saya hampir dengan dengan budaya di tempat saya bekerja sekarang. Saya dengan cepat dapat menyesuaikan atau mengelakkan perkataan itu jika saya fikir ia memalukan orang mendengarnya. Tetapi amat malang bagi peserta tadi tidak dapat mengelaknya dan telah menimbulkan kemarahan waris Allahyarham.

Saya melihat ibu Halimah sangat pintar dan berhemah kerana mengambil kesempatan selepas kejadian itu bangun dan menasihati yang ada ketika itu supaya tidak mudah mengikut nafsu amarah yang ada kerana perbezaan budaya dan falsafah. Perkahwinannya adalah perkahwinan dua negara, dua budaya. Dan perkahwinan itu merupakan jambatan persahabatan Tanah Melayu dan Indonesia supaya dua negara dapat berhubungan bukan sahaja melalui sastera. Beliau tidak mahu hanya kerana sedikit pertelingkahan akan menjejaskan hubungan yang sedia ada.

Saya
tersenyum melihat Suriani ketakutan kerana beliau paling hampir dengan kejadian itu. Lain kali duduk jauh sikit dari microphone! Nasib baik tak ada adegan belasah-belasah.

Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Cina

Semalam di Balai Tun Syed Nasir, DBP telah diadakan Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Cina. Maka berduyun-duyunlah orang Cina dan orang Melayu berada di dalam satu majlis. Perasaan muhibah sangat terasa walau tak kenal toleh kiri toleh kanan asyik senyum sahaja Melayu dan Cina.

Sayang sekali pada waktu pagi sesi pembentangan kertas kerja Balai yang cantik dan penuh dengan kesenian Melayu itu cuma separuh sahaja dipenuhi. Itulah keluhan orang Cina yang hadir dan meminta pihak penganjur memberikan perhatian terhadap perkara itu. Dan timbullah cadangan agar dijemput juga para pelajar. Betul juga kata mereka. Seminar itupun percuma. Bila lagi nak tengok orang-orang Cina datang menyokong program seumpama itu.

Pembentangan kertas kerja sangat menarik sekali oleh ahli panel yang memang ada kaitan dengan bahasa Melayu dan sangat fasih berbahasa Melayu. Maka ditimbulkan juga isu PPSMI rupanya masyarakat Cina juga jadi bingung dengan pelaksanaannya kerana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina subjek Matematik dan Sains diajarkan dalam bahasa Melayu. Mereka jadi lintang pukang dengan dasar yang berbolak balik itu dan mencadangkan agar ditukar ke bahasa Melayu sahaja. Itu luahan ikhlas masyarakat Cina.

Turut diluahkan dalam Seminar itu kebimbangan generasi akan datang, anak-anak Malaysia yang akan datang apabila pergi ke kedai tidak dapat membilang dalam bahasa Melayu terpaksa cakap orang putih. Dan tidak dapat menerangkan fenomena alam yang berlaku dalam bahasa Melayu kerana subjek sains yang diajarkan kepada mereka adalah dalam bahasa Inggeris. Sedarkan kita atau kita memang sengaja inginkan keadaan itu berlaku.

Tambah mereka lagi belajar bahasa Inggeris tidak akan sempurna hanya melalui pembelajaran subjek matematik dan sains. Hendak belajar bahasa Inggeris biarlah belajar bahasa itu secara khusus.

Satu hal yang menarik ialah apabila soal bahasa Melayu cuba dipolitikkan. Seorang peserta tidak bersetuju dengan pandangan ahli pena untuk mengatakan bahasa kebangsaan itu sebenarnya bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia. Saya juga bingung pada awalnya melihat tirai pandang belakang (backdrop) tertulis perkataan bahasa kebangsaan. Dahulu bahasa Melayu, selepas itu bahasa Malaysia sekarang bahasa kebangsaan kemudian mahu dibalikkan ke bahasa Melayu. Puan Rogayah Hamid Ketua bahagian Kesusasteraan Tradisional DBP tahun lepas pernah meluahkan tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa Malaysia.

Yang menjawab semalam ialah orang cina juga Encik Goh Hin San (Presiden Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif-PERSPEKTIF). Katanya selepas merdeka memang telah termaktub di dalam perlembagaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1959 bahasa Melayu di tukar kepada bahasa Malaysia bagi memulihkan keadaan ketika itu kerana sentimen bangsa yang sangat sensitif ketika itu.

Penggunaan Bahasa Melayu adalah tepat kerana nama bahasa tidak akan berubah mengikut tempat ia digunakan. Beliau memberi contoh bahasa Inggeris di Australia tetap dinamakan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan nama bahasa Melayu di Singapura dan Brunei ia tetap disebut sebagai bahasa Melayu cuma di Indonesia kerana mungkin bertujuan politik untuk menyatupadukan bangsanya yang mempunyai pelabagai bahasa tetapi bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi tetapi dipanggil bahasa Indonesia supaya ia tidak nampak mewakili bangsa Melayu di sana.

Bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca yang digunakan di kepulauan Melayu atau nusantara. Ia pada asalnya adalah bahasa lisan yang menjadi bahasa perdagangan ketika itu. Tetapi bahasa Inggeris kini mengambilalih kepentingan bahasa Melayu setelah banyak pengaruh Inggeris. Sekarang kita lihat orang di kepulauan Melayu sendiri yang tidak ingin melihat bahasa Melayu teguh sebagai bahasa yang perkasa. Mereka lebih senang bertutur dan menulis dalam bahasa penjajah yang telah menjajah minda mereka selama-lamanya.

08 June, 2009

Menjejak Soliloquy III

Memang betul cuma satu stesen aku pun tiba di Stesen Hang Tuah. Sudah tiga kali aku tiba di stesen itu untuk ke DBP. Ada setengah jam sebelum jam 4.30 petang aku berjalan hampir berlari menyusuri tepi jalan dan kawasan penempatan Flat Samping.



Tidak banyak berubah kawasan flat itu sebagaimana dahulu. Aku pernah minum petang bersama teman-teman sekerja dan berjalan menuju ke Masjid Penjara yang mereka panggil melalui Flat Samping itu. Tidak pasti masih ada lagikah masjid itu. Dua tahun lepas aku sempat juga bersama teman Din namanya meninjau ke kawasan perniagaan di situ. Sangat berbeza dari sepuluh tahun dahulu. Banyak kedai borong di situ rupanya dan aku sempat membeli sepasang baju melayu di situ dengan harga yang sangat murah. Berbaloi.


Perjalanan aku pada petang itu tidak akan merentasi kawasan perniagaan itu aku akan menyeberang jalan bersebelahan kawasan masjid yang kata kawanku dibina oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Dan dalam surat khabar lepas ada melaporkan beliau adalah antara 40 orang yang terkaya di Asia.


Lima belas minit dari situ aku akhirnya tiba di DBP tempat yang dikata orang Soliloquy suka bermain. Terus aku menuju ke tingkat empat di mana Pusat Dokumentasi berada. Sebelum datang ke situ aku telah meminta Mie (Suhaimi) memberikan aku panduan. Memang mudah jadinya.


Pintu Pusat Dokumentasi dikuak aku melihat seorang petugas menyambung kedatanganku dengan pandangan matanya. Aku mencari kelibat seorang lagi Azhar Mat Joror kata Mie dia bertugas di situ. Azhar itu adalah teman sepejabat di Reka Bentuk sewaktu aku bertugas di DBP dahulu. Kalau betul dia ada memang mudah lagi kerjaku. Tetapi malang sekali bayang Azhar memang tak ada. Aku terpaksa melalui prosedur biasa untuk membuat pinjaman.


Terus aku tanya adakah Soliloquy di situ. Dia (petugas itu) yang aku ingat-ingat lupa wajahnya kerana banyak berubah terus membuat carian melalui data di komputer. Terus dia memberikan aku nombor rujukannya. 899.233 Suh.


Setelah membuka akaun sebagai Rakan Dewan aku terus ke ruang bawah mencari Soliloquy. Tepat jam 4.30 aku mendapat Soliloquy. Sebuah antologi cerpen karya Suhaimi Haji Muhammad mengandungi 14 buah cerpen. Berpeluh aku. Nah kau dalam genggamanku sekarang Soliloquy.


Inilah wajah Soliloquy yang diterbitkan pada tahun 1976 diterbitkan oleh penerbitan Fargoes.

07 June, 2009

Dari Komuniti Alumni ESQ- 20 sen dan harga sebuah iman..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imamtetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkantentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut inginturun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandubas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampirmenjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

04 June, 2009

Terima Kasih teman-teman ucapan itew..

Paling awal mendapat ucapan selamat hari jadi dari Atie sehari sebelum. Dah uzur benar dah rasa badan bila kaki kerap kejang-kejang (kalau kajang-kajang boleh juga makan sate), kepala sering pening dan matapun dah kabur.

Zai paling awal mengucapkannya melalui SMS diikuti adinda akram, adinda sal, adik zed, umay, jefbuj, rozi, rahayu. Yang menelefon adinda saba, rizal, vevah dan ojai dan yang mengucapkannya di hadapanku yana, adlin, kak asiah dan ramai lagi kalau aku lupa menyebutnya. Al maklumlah aku kurang makan kismis. Kalau makanpun dah tak jalan rasanya!

Ada sesiapa tak yang sama tarikh lahirnya denganku? Nak bagi hadiah! Hehehe. Dahulu masa kat sekolah ada sorang kawan yang memang sama usia dan harinya mungkin lain jam saja lahir. Nama dia jaafar, di manalah agaknya kawan tu.

Masa dahulu tahun 70an lah korang mungkin tak ingat kerana tak kena batang hidung sendiri. Aku tak pernah dapat ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan sekelas di hari jadiku kerana tiba hari jadi sahaja cuti satu malaya. Tarikhnya sama dengan sambutan hari jadi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tetapi sekarang di panggil Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. (Gelaran Maha Mulia digugurkan dan dipersetujui oleh para ulama kerana Maha itu hanya untuk yang Esa sahaja.)

Tetapi lama-lama aku jadi bangga pula kerana hari jadi sama dengan Yang DiPertuan Agong. Tetapi setelah itu sambutan hari jadi Agong telah diubah ke sabtu minggu pertama dalam bulan Jun bagi memudahkan seluruh rakyat menikmat cuti hujung minggu lebih panjang (ketika itu hari sabtu masih hari bekerja).

Walau apapun sebenarnya hari jadi itu tetap sama dengan hari-hari lain cuma kalau berbeza pun dapat makan kek percuma sahaja dan dapat hadiah! Hehehe.

Jom Baca Buku- A Pilgrimage to The Orient

A Pilgrimage to The Orient
Ziarah ke Timur



This book presents a critical consideration of literary theory and methodology developed within Western modern and postmodern cultures, but imposed on Oriental literatures. It strongly argues for the application of Oriental theories and methodologies, for the appreciation of Oriental literatures. There is as yet no other book that discusses issues in the context of current developments within literature and related disciplines with such clarity and comprehensiveness. This book contributes significantly towards the development of an appropriate discipline of literary knowledge, and a national orpus with its own identity.

A Pilgrimage to The Orient
Ziarah ke Timur

Publisher: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Author: Md Salleh Yaapar
Year of Publication: 2009
ISBN: 789-983-068-352-5
No of Pages: 194
Price: RM25.00

Kindly call ITNM at this number 03 4149 7210 to get your order now or visit MPH bookstore (Alamanda dan Mid Valley).

03 June, 2009

Puisi-Empat Jun 2009



empat jun datang lagi
ia datang setiap tahun
dan pergi seperti berlari
tanpa aku berdaya menahannya
seperti suatu detik indah dapat aku rasakan
meniti dalam hari yang dinamakan tanggal empat jun

empat jun ditunggu oleh sahabat-sahabat
untuk mengejutkan aku dengan kejutan-kejutan
yang kadang kala aku sudah bersedia
dan ada kala aku tidak menyedarinya
kala itu aku benar-benar
merasa dihargai kerana diingati
saat penting dalam hidupku

menerima ucapan bagai doa
dan kata-kata mulus yang datang melayang
dalam senandung sayang teman-teman
sering aku aminkan
dahulu pelbagai hadiah dapatan
dalam himpunan sederhana bilangan teman-teman
tapi kini tiada lagi kerana sudah muak atau segan
namun cukup menggembirakan kenangan silam

empat jun 2009 aku dengan bonda tercinta di sini
mungkin tiada makan-makan
lantaran bonda perlukan kedamaian
dalam usia yang merentang panjang
terkesima ketika belum tiba saatnya
tadi siang mendapat ucapan awal dari teman
tua aku sebelum waktunya
tapi itulah pra kedatangan
hari ulangtahunku

Enche
Jun 2009

Menjejak Soliloquy II

Entah mengapa fikiranku semakin kuat berfikir mengenai Soliloquy. Aku punya masa 2 hari bekerja sahaja untuk mendapatkan Soliloquy sebelum berjumpa Dato' Kemala. Semakin waktu menginjak semakin aku dibisikkan supaya secepat mungkin mencari Soliloquy!

Bimbang bisikan itu adalah benar aku akan ditimpa kesulitan jika lambat menemui Soliloquy pada petang Jumaat itu aku tanpa teragak-agak mengisi borang keluar untuk ke tempat yang di kata orang Soliloquy suka datang bermain-main-DBP.

Zedan menasihati aku supaya menggunakan hari Isnin minggu hadapan sahaja kerana hari itu ialah hari terakhir persekolahan. Biasanya jalan raya akan sesak dengan teruk. Pada mulanya aku bersetuju tetapi fikiran ku sering berbolak balik. Sesak pun aku peduli apa. LRT ada sekarang ni mengapa tak gunakan sahaja. Lepas solat Jumaat aku terus berkejar ke stesen LRT PUTRA di Setiawangsa. Bererti aku terpaksa berhenti di Stesen Masjid Jamek untuk menukar LRT STAR ke Stesen Hang Tuah. Dan aku agak 45 minit aku boleh sampai. Waktu ketika itu ialah jam 2.45 petang.

Perjalanan LRT PUTRA memang lancar. Aku bertukar LRT STAR. Yang ini aku kurang biasa sedikit dan harus berhati-hati kerana tren dari arah yang sama jika aku tersalah ambil aku akan sampai ke destinasi lain. Okey jelas tren itu ke Sri Petaling aku pasti akan sampai ke Stesen Hang Tuah. Aku pasti dia bukan tren ke Ampang. Aku berjalan pantas masuk ke dalam tren itu.

Tren meluncur laju. Aku mengambil tempat duduk yang paling hampir. Seorang nyonya memberikan tempat duduknya yang hangat kepadaku. Hairan juga aku mengapa dia harus beralih dari tempat duduknya. Dia memang berada di dalam tren itu ketika aku melangkah masuk. Oh baru aku faham dia ingin duduk di sebelah suaminya. Tadi tempat duduk di situ banyak yang kosong. Jadi tak terasa nak berhimpit-himpit atau melekat dengan suaminya.

Aku memerhatikan sahaja gelagat penumpang yang ada di dalamnya. Yang paling aku suka lihat ialah fesyen pakaian dan membaca fikiran setiap seorang dari mereka! Tiba-tiba aku terpandang di luar, tren itu sudah sampai ke Stesen Plaza Rakyat! Mengapa Plaza Rakyat? Kalau Plaza Rakyat bererti aku seperti menghala ke Ampang! Oh Tidak. Aku mungkin silap tren. Tren itu berhenti. Aku cepat-cepat meluru keluar. Biarlah aku turun di situ sahaja dan bertukar arah tren. Sial. Mengapa boleh berlaku seperti ini. Bukankah aku sudah pasti tadi?

Tren bergerak dan aku membiarkan sahaja ia berlalu. Lalu aku melihat pada papan petunjuk di situ menunjukkan tren yang baru bergerak itu memang ke Sri Petaling dan cuma satu stesen sahaja aku akan sampai ke Stesen Hang Tuah. Ah memang sial. Mengapa, mengapa lagi aku harus mengalami nasib itu hari itu. Aku memang sudah menaiki tren yang betul tadi. Tren berikut akan ke ampang aku terpaksa menunggu tren kedua selepas ini. Tak apalah aku memujuk hatiku sendiri.

Aku memandang ke kiri dan kanan Stesen Plaza Rakyat. Sekumpulan remaja lelaki sekolah menengah Cina 7 orang semuanya rancak berbual dalam bahasa Cina. Entah apa yang dibualkan aku tak faham walaupun selalu mendengarnya! Biarlah aku melihat gelagatnya sahaja sebagai mengisi waktu aku yang malang petang itu. Salah seorang dari mereka sedang minum air tin. Setelah habis ku lihat dia menendang tin itu seperti menendang bola. Dari seorang ke seorang.

Selepas itu tin itu dibalingnya ke atas bumbung LRT pula. Berdenting bunyinya dan selepas itu kedengaran tin itu bergolek-golek. Mereka ketawa beramai-ramai. Hatiku terbakar melihat mereka yang tidak mempunyai sivik itu. Mahu kutegur sahaja mereka tapi teringatkan mereka berkumpulan dan berbagai-bagai kejadian samseng di sekolah yang dilaporkan kebelakangan ini aku batalkan sahaja. Nanti ke tempat yang dituju tak sampai, sampai ke hospital pula.

Nah itu tren ke Sri Petaling telah tiba. Aku bersama remaja Cina itu sama-sama masuk ke dalam tren itu dan meneruskan perjalanan yang terhenti tadi.