31 January, 2009

Dari Suara Yang Datang

31 Januari 2009



Jika ia datang
aku tidak pernah menghalang
suara-suara itu hadir di mana mana
dan aku tidak pernah meminta
ia datang dan berkata nista
suara itu bukan dari akalku

suara itu hadir
kala aku ingin bersendirian
dan kudengar
seperti ada kebenaran dalam gugusannya
lalu ku tampi
mengasing intan dan permata
kuuntai ia menjadi kalungan berharga
dalam pelbagai warna dan rasa

dan bila masa yang tiba
kuhamparkan ia pada media
besar ilusinya seperti cahaya
menjentik alpa yang lena
yang resah terus menggelabah

yang curiga disempadan
terus menduga
pada cinta yang sukar ditelah
pada perasaan yang sukar dibedah

terkeliru dengan makna yang bersirat
termangu dengan kata yang tak terucap

suara-suara yang kudengar
kau bukan sahaja melagu nyanyian yang keras
kau juga menyembah rasa yang bergelora
melunakkan jiwa yang kering
dalam nota yang lembut
tapi yang kedengaran
dan gemar diambil orang
warna-warna hitam dan ungu!

suara oh suara
untaian ini menjadi kalungan
yang sangat bermakna
dan menjadi sejarah buatku
dan kamu bila aku telah pergi
ia adalah penyambung bicara
yang tiada noktahnya


Enche
23 januari 2009

Teringin pada kenangan suatu waktu dahulu

30 Januari 2009
Sesekali aku terfikir alangkah baiknya juga jikalau aku meletakkan hasil kerja seni tampak yang telah aku tinggalkan sekian lama dahulu. Lama sungguh sudah aku tinggalkan berus dan cat warna sedangkan dahulu itulah kegemaranku. Jika hendak dikira tahun ia mungkin sudah melebihi 15 tahun semenjak aku meninggalkan DBP.

Di alam remajaku dan di sekolah, akulah Sang Juara dengan berus dan warna dan pernah beberapa kali aku memenangi pertandingan lukisan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kemanisan kemenangan itu menjadi memori yang tidak pernah aku lupakan. Sehingga aku pernah menjadi guru kepada rakan-rakan, kakak dan abangku sendiri yang ingin mengambil peperiksaan di dalam subjek itu.

Minggu itu entah kenapa naluriku seperti memaksa aku melakukan kegemaran yang telah lama aku tinggalkan. Seperti ingin memberitahuku bahawa aku telah melupakan suatu anugerah yang telah diberikan kepadaku. Aku mengikut kata hati keluar pada pagi itu dan singgah di kedai yang menjual alat-alat lukisan di Taman Melawati.

Setelah berjaya membeli apa yang dihajati aku tersenyum puas melihat barangan itu walau aku belum pun memulakan langkah menghasilkan catan. Teruja, suspen dan gerun pun ada untuk melihat hasil pertama setelah lama bertapa! Nanti kita lihat apa hasilnya.

29 January, 2009

Kongsi Emel- Perlukan Respon Anda!

29 Januari 2009

Salam sejahtera. Pernahkah anda membaca artikel Bila Isteri Dah tak Cantik dalam ruangan ini suatu ketika dahulu? Kisah Malang seorang isteri apabila semakin kurang menjaga penampilan diri dan akhirnya bercerai. Emel itu dipanjangkan kepada saya melalui seorang teman. Tidak sangka pula ada suri rumah yang lain ditimpa nasib yang sama telah menghantar emel ke peti emel saya
wwwenche@gmail.com meluahkan perasaannya. Saya amat bersimpati kepada pengirim yang menamakan dirinya sebagai Phoenix The Bird of Fire sahaja. Bacalah keluhannya dan jika anda mempunyai pendapat untuk dikongsi bersama Phoenix The Bird of Fire silalah hantar ke emel saya dan kita kongsi bersama.


Salam semua.

Saya baru je terbaca artikel tentang bila isteri dah tak cantik,rasa nak menangis sebab saya rasa sekarang saya sedang melalui detik yg sama. Saudara-saudari sekalian tolonglah bagi pendapat masing-masing selepas baca apa yang saya tulis di sini.

Saya berusia 26 tahun,ibu kepada anak berusia 3 tahun,perkahwinan saya dgn suami saya ni nak masuk tahun keempat dah.Sebelum kawin saya ni boleh dikatakan menarik minat ramai lelaki walaupun badan saya yg agak berisi,berkulit gelap dan tinggi lampai.Saya berkahwin dgn suami saya atas dasar cinta sama cinta.Suami saya ni rendah sedikit dari saya, lebih cerah dari saya,dia putih saya hitam...senang cerita,kalau diikutkan suami saya ni x la termasuk dlm kategori hensem tapi sebab saya berkenan dgn cara dia sayangkan saya saya jatuh hati pada dia.Masa mula2 kenal saya malu gak nak jalan dengan dia,ye lah...saya ni hitam..tinggi..badan berisi,ada lemak kat pinggang,punggung besar,dia putih..rendah dari saya,tetapi x lama saya boleh terima suami saya tu sebab dia kata dia bukan pandang rupa paras saya,maknanya dia terima saya seadanya.


Dalam 7 bulan kami bercinta pernah sekali saya tanya perempuan bagaimana yg jadi idaman dia.Jawapannya begini,perempuan yg berkulit putih gebu,langsing tanpa ada lemak sana sini, kira body mcm model la,peha dgn punggung x besar.Itulah ciri2 perempuan idaman dia yg sama sekali berbeza dgn saya.Masa dgr jawapan dia tu saya hampir2 nak berpisah dgn dia,saya suruh dia cari yg mcm dia nak,tapi dia mati2an kata itu perempuan idaman je,yg dia cintakan hanyalah saya,jd saya x jadi berpisah dgn dia.Tak lama pastu kami kawin,dlm setahun dah ada anak,pas bersalin tubuh saya ni masih langsing tp lemak ade la skit kat pinggang tu,perut dah kempis.

Masuk tahun kedua kami pindah tinggal dgn ibu saya yg dah berusia, x larat dah nak buat kerja2 rumah ni,saya kesiankan ibu saya, jadi saya ajakla suami tgl dgn mak. Dah tgl dgn mak hari2 la saya kena masak sbb saya ni x kerja,suri rumah sepenuh masa je,dlm setahun je badan saya naik jadi 85 kg gara2 suka sgt makan nasi bertambah.Skrg ni perut saya ni buncit,geleber di sekeliling pinggang,saya sedar saya ni gemuk bila dah 3-4 org sedara mara tegur saya gemuk,bila saya tanya suami..dia tanya sapa yg kata saya gemuk? Katanya gemuk bererti saya bahagia dgn dia, senyum lebar la saya bila dgr suami kata camtu.
Pas kawin saya ni dah bertudung, x lagi pakai baju sendat2 bila keluar rumah dgn suami,kat umah saya bert-shirt dan kain batik, tidur pun camtu gak, xde nak pakai night dress sbb suami saya ni berpendapatan rendah,cukup2 makan,setakat makan minum nak bayar2 bil2 tu boleh la,kalau nak beli2 make up ngan duit suami tu mmg x merasa la.Duit yg mak saya bg saya kumpul2,dapat la saya beli make up ke,baju baru ke sekali sekala sbb saya ni bkn jenis yg suka make up tebal2,jadi make up saya tu boleh tahan sampai 2 tahun.

Sejak beberapa bulan kebelakang saya perasan suami saya macam xde nafsu pada saya,kalau dulu pas baru kawin,hari2 mau,sekarang seminggu sekali je,tu pun buat cepat2,asal dia klimaks dan saya klimaks dah la,nak belai2 takde.Pernah masa keluar dgn suami saya terpandang mata suami tengah tgk pompuan cantik lalu.Terdetik dlm hati saya suami saya masih tertarik pada pompuan yg pakai sendat2,kulit putih. Dah sebulan dua macam tu, saya ubah stail pulak. Duit yang saya simpan saya pergi beli night dress sehelai, nak dijadikan modal goda suami,bila pakai night dress tu nampak lagi spare tyre saya ni,bila jalan depan suami saya kempiskan perut x nak bagi dia nampak perut geleber saya ni.

Yang saya nampak,bila pakai night dress tu suami saya terangsang la dgn saya tapi saya tak tahu samada dia bersama saya betul2 atau dia bayangkan perempuan idaman dia.Tak cukup dgn tu saya layari web lucah nak tgk teknik2 hubungan intim agar saya dapat puaskan suami saya,bila mak takde saya pakai seksi di depan suami,sapu losyen seluruh badan,sental2 kulit badan bila mandi walaupun kulit saya x mungkin jadi putih.

Minggu lepas semasa terjaga dari tidur saya tertengok suami saya sedang surfing laman web lucah,dia x sedar saya dah bangun sbb saya pura2 tidur masa dia pandang ke belakang nak tgk saya terjaga ke tak.Rasa sakit hati gak dia buat camtu,saya rasa betul2 hina sgt diri saya ni,rasa diri saya ni dah hodoh sgt sampai suami saya takde selera dgn saya.
Skrg ni, ketika saya sedang menulis artikel ni saya baru je kesan suami saya dah download video pompuan mat saleh goyang2 punggung kat hp dia dari internet masa saya duk tgk tv tadi.Mana tak sakit hati saya ni,dia jugak yg kata dia x kisah rupa paras saya,dah dia tgk benda2 camtu buat apa? Buat modal nak rangsang nafsu sebab dah tak terangsang pada isteri? Bila terbaca artikel BILA ISTERI DAH TAK CANTIK lagi terbakar hati saya,saya x boleh mengadu pada sesiapa,jadi saya lepaskan perasaan saya kat sini.

Saya ni semulajadi mmg dah hitam,mmg jenis yg punggung,paha besar sebab mmg baka macam tu,bila x jaga badan lagi la besar jadinya,dah geram sgt org tegur saya gemuk,dah geram sgt suami takde selera pada saya.Jadi saya berazam,azam tahun baru saya kali ni nak kuruskan badan, biar jadi 63 kg mcm dulu,duit tak cukup nak beli produk pelangsingan, jadi nak tak nak saya kena paksa diri saya ni berdiet, bersenam semata-mata nak tambat hati suami saya.

Dari segi pakaian, saya x boleh ikut kehendak suami kalau dia suka yg pakai baju ketat2, seksi sebab saya tgl dgn mak saya, pakai baju atas punggung sikit pun mak saya marah, inikan nak pakai sendat2.Kalau nak seksi2 pun bila mak takde kat umah je dan bila di bilik tidur.Ada rasa geram dalam hati,ada rasa benci pada diri,kenapalah saya x putih mcm org lain? kenapalah punggung dan paha saya ni besar?

Masa suami gemuk, badan berbau x pernah pun saya tegur dia, malah bila dia nakkan saya, saya layan dia dgn baik walaupun badan dan mulut dia berbau, skrg bila saya gemuk dia buat tak berselera pada saya.

Jangan lupa hantarkan pendapat anda kepada saya.

Kursus di ITNM

29 Januari 2009

Sedikit info bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus penterjemahan di Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Emel ini diterima dari rakan sepejabat Sdr. Fauziah.


Saudara/Saudari,

Bersama-sama ini dikemukakan jadual kursus/bengkel anjuran ITNM sepanjang tahun 2009 untuk rujukan dan makluman.

a. Kursus Penterjemahan Am (Intensif)

Tarikh : 10 – 21 Februari, 6 – 18 April, 1 – 13 Jun, 20 Julai – 1 Ogos, 12 – 24 Oktober dan 7 – 19 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 10 hari (2 minggu)
Yuran : RM1,200.00

b. Kursus Penterjemahan Am (Sambilan)

Tarikh : 14 Februari – 25 April, 16 Mei – 25 Julai dan 3 Oktober – 19 Disember 2009
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 10 Minggu
Yuran : RM1,200.00

c. Bengkel Penyuntingan (Intensif)

Tarikh : 11 – 14 Mac 2009 dan 9 – 12 September 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 4 hari
Yuran : RM550.00

d. Bengkel Penyuntingan (Sambilan)

Tarikh :
4, 11, 18 & 25 April 2009 dan 4, 11, 18 & 25 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 4 minggu
Yuran : RM550.00

e. Bengkel Sari Kata (Sambilan)

Tarikh : 18 April – 23 Mei 2009 dan 14 November – 19 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 5 minggu
Yuran : RM650.00

f. Bengkel Perakaunan/Pengurusan/Ekonomi

Tarikh : 11 & 12 Mac 2009 dan 6 & 7 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 2 hari
Yuran : RM450.00

g. Bengkel Teknikal Sains & Teknologi (Intensif) Bengkel Teknikal Sains & Teknologi (Sambilan)

Tarikh : 16 & 17 Mac 2009 Tarikh : 20 & 27 Jun 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 2 hari Tempoh : 2 minggu
Yuran : RM450.00 Yuran : RM450.00

h. Penterjemahan B. Arab (Sambilan)

Tarikh : 17 Jan – 14 Feb 2009 dan 15 Ogos – 12 September 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempoh : 5 minggu
Yuran : RM800.00

Yuran Kursus

* Kursus Penterjemahan Am Intensif dan Sambilan – RM1,200 setiap peserta
* Lain-lain kursus adalah seperti dilampirkan

Pendaftaran

Bagi mana-mana kursus yang tersebut di atas, wang pendahuluan sebanyak RM200 hendaklah disertakan bersama-sama Borang Pendaftaran ini dan bakinya dibayar semasa menghadiri kursus. Bayaran secara bank-in, cek atau wang pos hendaklah dibuat atas nama Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Akaun untuk pembayaran adalah Maybank & nombor akaun adalah 512 204 217 381.

Bilangan peserta

Minimum – 10 orang
Maksimum – 20 orang

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-41497210 samb. 246 (Cik Nur Hanani), 255 (En. Mohd Sahrulizwan) dan 283 (En. Shukri).

Sekian, terima kasih.


“Pilihan Anda untuk Terjemahan Berkualiti”

FAUZIAH BINTI MAT RASHID
Unit Latihan & Kejurubahasaan

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E
Seksyen 10, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel/Faks : 03-4143 2964
03-4149 7210 sambungan 279

27 January, 2009

Kanvas Kehidupan- Mencari Sebatang Sungai

27 Januari 2009

Aku keluar dari kereta. Konon menuju ke kedai makan. Kerana perut betul-betul lapar. Tiba-tiba seorang Pak Cik berpakaian kemas membawa sebunjut pakaian mendekati aku.

Menukar rasa yang ada di dalam dada menjadi tidak keruan. Dia bertanya sungai berhampiran. Dalam loghat Indonesia. Betul-betul aku merasa seperti dalam cerita Melayu dahulu kala, orang berjalan berpandu sungai. Tetapi aku di atas bukit. Memang tiada sungai.

Aku mengeleng kepala tanda tiada sungai seperti yang dia maksudkan. Kalau adapun sungai yang berhampiran itu bukannya hampir. Ia jauh. jauh sangat nun di bawah sana. Kulihat kakinya. Memang nyata berpijak di bumi. Dan ada bayang. Dia bukan hantu di siang hari.

Tiba-tiba dia tanya aku dia di mana. Seperti ditinggalkan teman rupanya dia. Aku di suruh bawa ke sungai juga. Berapa tambang dia sanggup membayarnya. Wah idea jahat aku berlegar. Kalau kereta aku bisa membawanya ke Jakarta mahu sahaja aku bawa dia ke situ. Kasihan aku seperti mahu mempermainkannya pula. Aku menahan ketawa.

Lalu aku bersetuju membawanya ke sungai. Hasrat hendak mengenyangkan perut aku lupakan sahaja. Kasihan dan simpati pula aku kepadanya. Siapalah yang dicarinya.

Aku tiba di sebatang sungai berhampiran sebuah masjid. Aku turunkan dia di situ. Dia keluar terpinga-pinga. Aku tunjukkan dia sungai. Dia mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Dia mengeluarkan duit. Aku bilang simpan saja duit itu. Aku ikhlas menolongnya.

Dia seperti berpuashati dengan tempat itu. Aku kembali ke kereta. Dan ingin kembali ke kedai makan tadi. Aku sempat berpaling ke arahnya. Ku lihat Pak Cik itu berjalan menuju ke masjid bukan ke sungai tadi. Aku bingung.

Laman Santai

27 Januari 2009



Sekali sekala melepak dan melekat di Laman Santai memang menyeronokkan. Sudah dua kali berkesempatan ke sana. Kali pertama sempat melihat Uji Rashid, Hail Amir, Latif Ibrahim bersama kakaknya Sofia Ibrahim menyanyi dan kali ini Laman Santai mempunyai pentas yang agak menarik mungkin pentas pementasan sempena kutipan amal Palestine pada malam sebelumnya.

Meja dan kerusi kali ini lebih banyak dan hampir semua yang datang mempunyai tempat duduk. Persembahan kali ini dihiasi oleh penyanyi bekas kumpulan Brother Akbar, Zizan, Kumpulan Raihan, Adi Putra (pelakon drama juga), Band Istana Budaya- Istana Muzikal, Ratna dan lain-lain lagi.

Sebuah tabung amal disediakan untuk kutipan yang akan didermakan kepada penduduk Palestin dan sepanjang bersantai di situ pengunjung dapat menikmati hidangan seperti tauhu bakar, nasi lemak, rojak sate dan minuman dengan harga yang sangat menarik. Jika anda berkesempatan hadirlah Laman Santai sentiasa mengamit anda setiap hujung minggu.

26 January, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina



26 Januari 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina. Tahun ini ialah tahun lembu. Dipercayai sikap lembu yang tidak pernah berputus asa dalam mencapai sesuatu yang dihajatkan merupakan suatu sikap yang harus dicontohi. Kepada penterjemah yang pernah saya kenali Mrs. Yong Yoke Foong, Mrs. Anne, Ms. Wong Wen Chin, Ms. Jackie dan Ms. Ti dan kenalan-kenalan lain Mr. Andy, Mr. Alex, Ms. Michell, Ms. Shirley, Mr. Eric Selamat Tahun Baru Gong Xi Fa Chai. Semoga ingatan sesama kita bertambah kukuh.

25 January, 2009

Futsal Persahabatan DBP-ITNM




25 Januari 2009

23 Januari - Di Sport Planet Ampang telah berlangsung perlawanan persahabatan Futsal antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan ITNM. Sebelum ini juga perlawanan Badminton persahabatan juga telah berlangsung dengan kemenangan tidak sudi untuk ITNM.

Perlawanan semalam menyaksikan perlawanan yang tidak sengit kerana ITNM dibelasah teruk oleh pihak lawan (10-4). Walau apapun jangan berputusan asa masih ada 11 bulan lagi untuk menebus kekalahan itupun kalau korang masih ada hati nak jumpa mereka.

Kalah menang bukan perkara utama tetapi yang penting kita dapat jumpa. Bersukan untuk kesihatan dan yang di luar padang dapat jerit-jerit. Bukan senang nak jerit-jerit tanpa sebab kan? Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan.

Al Fatihah untuk Allahyarham Pak Arena Wati



Kita dikejutkan dengan berita pemergian Pak Arena Wati hari ini. Allahyarham dilaporkan meninggal pada jam 1.30 pagi dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas waktu Zohor.

Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arena Wati (lahir 30 Julai 1925) ialah Sasterawan Negara Malaysia tahun 1988.
Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II.

Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.

Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Baru dan Brunei. Dalam tempoh ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara tahun 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara dan akhirnya menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988. Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imiginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa.


Dipetik dari Wikipedia
Pemergian ini tidak menghalang usaha ITNM menerbitkan karya terjemahan beliau dalam projek 'Malaysian Literature Series' tidak lama lagi. Al Fatihah

24 January, 2009

Puisi- DiSapa Rindu

24 Januari 2009

aku disapa rindu
di bawah pohon senja
hati menjadi syahdu
pada sebuah nama
yang tiada di mata

aku disapa rindu
lantaran dosa meluah rasa
engkau yang enggan berpaling
mungkin tidak dapat menerima
rasa yang ada

aku mengusung rindu
bawa ke mana mana
engkau enggan bersuara
ketika pungguk rancak berbicara

aku mengarak rindu
hampir karam di sini
ketika kau sudah tidak mahu peduli
pada rasa yang tidak pernah berdusta

Enche
23 Januari 2009

23 January, 2009

Lawatan Pelajar-pelajar UIAM ke ITNM

23 Januari 2009



Seramai 72 pelajar dari Pusat Asasi Jurusan Belajar Bahasa Arab telah tiba ke ITNM dalam program Lawatan Sambil Belajar. Mereka telah di sambut dan diberi taklimat mengenai ITNM oleh Pengarah Urusan En. Mohd. Khair Ngadiron, Ketua Bahagian Terjemahan Puan Siti Rafiah, Ketua Unit Komunikasi Korporat Puan Zinitulniza dan Ketua Unit Kejurubahasaan Puan Noraniza, mengenai visi ITNM dan fungsi setiap bahagian dan unit di ITNM.

Rombongan pelajar itu turut ditemani dan diawasi oleh Ustaz Ma'al Ahmad Khalid penasihat persatuan Bahasa Arab dan Ustaz Che Abdul Majid bin Che Omar Principal Mahallah Abd. Rahman Auf.

Dalam ucapan Selamat Datang itu Encik Khair telah menyatakan Baghdad telah menjadi pusat penyebaran Ilmu Islam suatu waktu dahulu dan asas kepada penyebaran ilmu itu sebenarnya ialah terjemahan. Sambil menasihati pelajar-pelajar agar tidak mensia-siakan ilmu yang diperolehi mereka boleh menjadi penterjemah untuk menyumbang kepada perkembangan ilmu di tanah air.

Beliau juga berharap kehadiran pelajar-pelajar akan membuka mata untuk melihat bagaimana staf ITNM bekerja dan kerja-kerja terjemahan dilakukan dan penyebaran ilmu akan lebih baik lagi. Pelajar-pelajar juga digalakkan menjalani latihan praktikal untuk mendalami dan mengetahui mengenai terjemahan dan jangan terlalu memilih kerja sewaktu dalam latihan praktikal kerana banyak perkara dapat dipelajari dalam sesuatu pekerjaan.

Rombongan ini juga diraikan dengan jamuan makan tengah hari sebelum pelajar-pelajar lelakinya menunaikan solat Jumaat.

22 January, 2009

Kongsi Emel - Sejarah Ayat Qursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.' Sabda baginda lagi; 'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, ' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....' Allahu Akbar !

21 January, 2009

Yang Menarik Perhatian Semalam


Beberapa siri mesyaurat diadakan
dan gambar 2 siapa yang turun padang itu?


Memberikan yang terbaik itulah hasrat AJK


Pengacara Majlis Sdr. Daud sedang berbincang
dan gambar 2 tinjauan awal di kaunter oleh kumpulan
penyambut tetamu.


Kehadiran skuad pengesan bom PDRM

Beraksi dikaunter dan Syed Aiman Bersama peminat


Dan lagi bersama peminat

Menjayakan sebuah majlis pelancaran buku bukanlah mudah sebenarnya. Namun kepenatan itu berbaloi apabila majlis itu berakhir dengan jayanya. Jarang orang ingin mengambil tahu atau didedahkan dengan persiapan atau cerita di sebalik tabir. Melalui ruangan yang eksklusif ini saya ingin berkongsi visual dari mula persiapan hingga saat-saat akhirnya majlis itu hendak bermula.

Yang mencuri perhatian ketika Pelancaran Buku semalam ialah kehadiran seorang pelakon drama tanahair Syed Aiman. Maka 'berdoyon-doyon' mereka yang berminat dengannya ingin bergambar.

Kehadiran skuad pengesan bom juga menarik perhatian saya kerana itulah julung-julung kali penglibatan saya dengan majlis menyaksikan kehadiran pasukan pengesan bom. Almaklum sahajalah yang akan datang itu bukan calang-calang orang. Ianya bakal Perdana Menteri Malaysia.

Lebuh raya DUKE hati-hatilah jika memandu

Malang tidak berbau tetapi malang boleh dielak jika anda sentiasa berhati-hati. Apa yang ingin saya jelaskan kepada anda ialah mengenai malang yang baru sebentar tadi dilihat. Sebuah lebuh raya DUKE yang baru sahaja dibuka untuk laluan pengguna. Terdapat satu laluan yang merbahaya iaitu susur dari jalan setiawangsa menghala ke Taman Melawati dan Ampang.

Selekohnya sangat tajam. Jika anda memandu dengan kelajuan yang tinggi anda akan berhadapan dengan risiko kemalangan. Saya tidak nampakpun tanda kelajuan diletakkan disitu jadi pemanduan berdasarkan keselesaan pemandu. Ketika menghampiri selekoh saya lihat ada sekumpulan remaja berlegar-legar diselekoh itu dan memberi isyarat yang saya kurang faham.

Hati sudah terdetik mungkin saya telah masuk ke dalam perangkap perompak di lebuhraya. Namun sangkaan saya meleset. Remaja tadi adalah mereka yang mungkin tinggal di pangsapuri berhampiran. Dia cuba memberi isyarat perlahankan kenderaan kerana ada sebuah kenderaan yang telah terlentang dengan empat roda di atas.

Saya agak kenderaan itu baru sahaja kemalangan. Ada seorang pemuda berpakaian kameja sedang menelefon mungkin sedang meminta bantuan. Lorong itu sangat sempit sangat sukar untuk saya berhenti dan jika saya laju tadi mungkin nasib pemandu tadi akan menjadi seperti pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Pelancaran Buku Politik Baru


Petugas jualan dan buku laris dijual hingga ke titisan terakhir!

Semuanya sempurna seperti yang dirancangkan. Dan yang melekat dalam ingatan ialah apabila ianya sebuah majlis melibatkan individu penting, soal-soal yang paling remehpun akan diberi perhatian kerana bimbang ia akan dikritik dan mencacatkan majlis.

Debaran dan kerisauan bagi semua ahli jawatankuasa yang terlibat untuk majlis ini bermula ialah sejak mereka diamanahkan untuk terlibat dan diserahkan tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Bukan tak biasa terlibat dengan individu penting tetapi kali ini ia berlainan sedikit kerana individu itu ialah bakal Perdana Menteri Malaysia.

Dato' Seri Najib Tun Razak bukanlah nama asing bagi staf Institut Terjemahan Negara Malaysia kerana beliau pernah menjadi Pengerusi ITNM yang ke dua ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan (ketika itu 1995-1999). Beliau pernah beberapa kali hadir ke Institut untuk melancarkan buku.

Semalam kehadirannya ke Hotel Shangrila di Putrajaya untuk melancarkan buku Politik Baru oleh Dato' Saifuddin Abdullah membawa makna yang besar bagi mereka yang terlibat dengan politik.


Menurut Pengarah Urusan ITNM, En. Mohd Khair Ngadiron buku ini adalah untuk ahli-ahli politik yang ternama dan tidak ternama. Pembikinannya mengambil masa sebulan dan waktu menghasilkannya tidak hanya melibatkan waktu bekerja malah memerlukan pengorbanan kerana untuk berhubung dengan seseorang yang benar-benar terlibat dalam politik kelapangannya ialah selepas larut malam.

Buku ini merupakan buku keempat tulisan Saifuddin Abdullah dan yang pertama dalam dwi bahasa. Untuk mengetahui kandungan dan komen mengenai buku ini anda boleh klik di sini.

Dalam ucapan Dato Seri Najib menyatakan jarang sekali anggota kerajaan yang masih berkhidmat menulis buku. Beliau menyifatkan penulis ini didorong oleh gabungan jalinannya yang ada pada sendiri untuk menghasilkan buku ini. Beliau juga berharap semoga apa yang ada dan usaha ini berterusan.

Katanya lagi di Malaysia kerajaan sentiasa peka pada perubahan dan pembaharuan. Rakyat adalah penentu mutlak dan suara keramat kepada perubahan. Parti pemerintah perlu anjal dan perlu sentiasa anjal mengikut perubahan. Dasar sosial ekonomi dan perubahan pada teknologi maklumat telah merubah landskap politik negara secara komprehensif.

Ekses pada teknologi maklumat dan televisyen berbayar mendedahkan masyarakat pada maklumat yang lebih luas dan gabungan kedua-dua ini memberi dimensi baru pada evolusi pengundi. Menurut beliau lagi pemimpin yang baik bukan hanya mempu mentadbir tetapi sebaliknya berupaya melakukan perubahan pada masyarakat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ITNM di atas usaha berterusan menerbitkan buku-buku ilmiah dan intelektual untuk rakyat Malaysia. Sambil berharap usaha pendokumentasian bahan dan peristiwa, sejarah penggubalan dan dokumen perlembagaan Malaysia pula dapat diterbitkan selepas kejayaan ITNM menerbitakan buku Treaties pada tahun lepas.

Buku Politik baru turut dijual pada majlis berkenaan pada harga RM30.00 dengan potongan 20%. Bagaimanapun semua buku yang dibawa ke majlis tersebut semalam habis dijual. Kehadiran untuk majlis itu juga diluar jangkaan sehingga semua tempat duduk penuh dan ini memaksa sebahagian yang hadir berdiri dengan penuh sabar sehingga majlis tamat. Syabas ITNM.
Bagi yang tidak berkesempatan membeli anda boleh menelefon ke talian ITNM 03-41497210 dan membuat pesanan atau tempahan.

19 January, 2009

Penulis Buku Politik Baru

Siapa Saifuddin Abdullah?

Dato’ Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pengerusi Akademi Belia dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002). Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak).

Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

Beliau adalah bekas ahli perniagaan. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Pengarah Paduan Consulting, Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Guru dan Editor.

Sumber dari laman blog beliau.

Pada 20 Januari 2009 buku Politik baru tulisannya akan dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Shangrila Hotel Putrajaya. Sesuatu yang anda perlu tahu bahawa terjemahan buku ini adalah paling singkat yang pernah dilakukan oleh ITNM. Buku ini adalah dwi bahasa dan persembahannya sangat unik kerana mempunyai 2 muka hadapan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lihatlah sendiri.

17 January, 2009

Puisi- Hati berbunga di Victoria Park


asing sekali rona-rona di sini
dingin dan hangatnya
sesekali menyengat rasa
aman tetapi sepi dalam keriuhan
kau hadir dalam diam
mencuri rasa dalam tumpuan
rasa yang telah lama pergi

rasa yang masih ada tetapi tiada bertuan
setelah dia yang dahulu menghilang
menyubur kembali bebunga cinta
menyejuk lara di jiwa
yang jauh ku bawa ke sini
dia berbicara denganku tanpa kata

meski aku tidak dapat melupakan si bundar
namun masa tidak pernah berjanji untuk aku
bukan kerana aku memperkosa setia
bukan juga dosa yang menikam cinta
kerana kita tidak pernah berjanji
untuk kesepakatan yang digelar setia

rasa itu hadir di sini
ketika aku juga hadir di sini
melakar gelora dalam dada
buih-buih bening beraroma sayang

tak terbendung buakkannya
dalam lagu berdendang suka
aku berpesta sementara
makan makan dalam ilusi
berulit mimpi tidur di sisi
kenyataannya tidak pasti

terima kasih Sang Kudus sempurna
kau merubat jiwa yang lara
ketenanganku yang sementara

cukup ketara
aku gembira

Enche
13 Januari 2009
Kuala Lumpur

Nota Terakhir Dayat






Salam….

Sadly to inform, tomorrow is my last day after servicing 18 months at ITNM (since 2 July 2007.) In this mean time, I would like to ask forgiveness from everyone. I know forgiveness doesn’t change the past, but it does enlarge the future.

Friends,
I still can be contacted at

Email : hidayat_mnit@yahoo.com/hee_dayat84@yahoo.com
Phone : XXXXXX

Again, thousand apologize to everyone and enjoy this year with your family and friends.

With love,
HIDAYAT NORDIN -GTH-
Lot 2193, Sungai Nipah Darat
36200, Selekoh, Perak.

Begitulah akhirnya hidayat meninggalkan juga ITNM untuk mengejar cita-cita menjadi guru (yang tidak pernah dinyatakan sebelum ini-mungkin cita-cita itu hadir secara tiba-tiba, setelah hampir satu setengah tahun berkhidmat di ITNM.) Hidayat diraikan oleh unit penerbitan dan juga bahagian terjemahan pada hari-hari terakhir di ITNM pada 9 Januari 2009. Hadiah sebagai tanda ingatan telah disampaikan oleh ketua Unit dan ketua Bahagian.
Dalam jamuan yang sama bahagian terjemahan meraikan sambutan hari lahir 5 stafnya iaitu Sdr. Shikin, Sdr.Suziana, Sdr.Ti, Sdr.Wafi dan Sdr. Rahayu.

16 January, 2009

Cumi Ciki- Firdouse

Berkenalan lagi dengan Ciki ini untuk tahun baru ini.


Nama:
Mohamed Firdouse B Hamdan
Tarikh lahir: 1 April1985
Tempat Dilahirkan: HBKL
Pendidikan: S.P.M

Adik beradik? Anak ke berapa?
Anak ke 3 daripada 4 .adik-beradik


Makanan & Minuman kegemaran:

Pizza & fresh Oren

Suka warna apa?
:.: Merah, putih, biru

Suka buat apa waktu lapang?
Main playstation

Sekarang buat apa?
kerja

Seronok dengan kerja?
Not bad kate orang putih

Cita-cita anda sebenarnya?
..Bisnessman..penyanyi pun ade tp terbantut

Apa yang paling tak suka dan apa yang paling suka?
Paling tak suka jika ada masalah & paling suka bercuti

Apa yang belum dicapai dalam hidup?
...menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup didunia mahupun akhirat

Jika anda kaya apa yang anda ingin lakukan…
saya akan membuka perniagaan sendiri dan akan membantu insan2 yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup lebih afdal lagi amal jariah

Peristiwa lucu yang tak boleh anda lupakan.
seluar koyak sewaktu persekolahan

Prinsip hidup anda?
...Ikhlas dalam semua perkara

Artis yang paling digemari
…Maya Karin

Tokoh yang anda hormati/suka?
Nabi Muhammad S.A.W

Tempat yang ingin anda lawati/mengapa…
Mekah. kerana belum tentu seseorang itu berniat untuk ke sana walaupun berkemampuan

Boleh beri emel kalau ada orang nak berkenalan?
firdouse@itnm.com.my

Kongsi Emel-Cerita sebutir kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua dekat mesjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak dekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanyaselalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?". "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Di mana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temuimereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada di bawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas." Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi,

Forward-lah e-mail ini.Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan makanan yang masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

Terima Huda.

15 January, 2009

Senyum - Macam Anjing gila!

Seorang teman mengeluh dalam nada bergurau mengatakan dia teramat sibuk sekarang bekerja untuk mencapai sasaran persis anjing gila. Teman-teman lain hanya mendengar sahaja. Tidak berani untuk komen. Mungkin takut silap langkah nanti lain pula jadinya. Aku senyum dan selamba menyeru teman-teman lain

"Mari kita tangkap anjing gila itu dan kurung dia. Nanti anjing itu gigit kita, kita pula yang gila !"

Teman-teman lain tersengih dan gelak.

Seronok atau Panik?




Pagi semalam aku tidak dapat mengesan emosiku bagaimana, seronok, bingung, terperanjat atau panik? Semuanya kerana seawal jam 8.00 pagi ketika melangkah ke kereta aku dikejutkan dengan kelibat seekor kera yang berjalan turun dan melintas jalan dari blok hadapanku ke blok yang aku tinggal.

Selama tinggal di situ 7 tahun lalu aku tidak pernah melihat haiwan itu di mana-mana kecuali mendengar cerita ia banyak berkeliaran di kediaman temanku di Sri Melor. Kera-kera itu bukan sahaja berkeliaran malah pandai masuk ke dalam rumah mengambil makanan dan meninggalkan sisa yang bersepah di dalam rumah.

Cerita seekor kera berjalan melintas jalan dan sebelum itu sempat memanjat Pokok Tanjung memetik buahnya sebelum meneruskan perjalanannya ke blok hadapan telah mencuri perhatianku untuk terus melekat di dalam kereta beberapa ketika. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk berkongsi apa yang aku lihat.

Malang sekali tiada siapa di kiri dan kananku. Dari seekor kera aku melihat ada 5 ekor lagi yang berbaris-baris pagi itu menuju ketempat yang sama. Aku menjadi risau bagaimana kalau kera itu bertindak nakal memanjat dan masuk kedalam rumah jiranku yang kebetulan tingkapnya ternganga luas pagi itu.

Aku tahu ada seorang suri rumah bersama seorang anak kecil di dalam rumah itu. Si suami kulihat berjalan menuju ke keretanya yang berhampiran dengan keretaku. Lalu aku mengambil kesempatan melambainya dan terus menunjukkan ke arah kera-kera yang sedang berpesta dengan memanjat saluran air di bangunan Sri Kayangan.

Melihat keadaan itu Si suami terus menjerit-jerit memanggil Si isteri agar segera menutup tingkapnya. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda ketika sedang anda nyenyak menyambung tidur di pagi hari tetiba beberapa ekor kera memberi salam dan melompat-lompat di katil anda?

Jangan mudah panik kerana perbuatan tersebut hanya membuatkan haiwan tersebut merasa terancam. Haiwan apa sekalipun akan bertindak ganas dan melawan bagi mempertahankan dirinya dalam keadaan terdesak. Cubalah bertenang dan carilah sesuatu dan jadikan senjata. Buka pintu rumah atau tingkap yang lain dan halau perlahan-lahan.

13 January, 2009

Jom Baca Buku -Politik Baru (New Politic)

Seperti yang saya janjikan inilah wajah buku Politik Baru yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan- 20 Januari 2009. InsyaAllah oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Politik Baru/New Politic
Saifuddin Abdullah

Politik menjadi momok untuk mencari yang salah dan buruk dalam sistem bermasyarakat. Orang politik dilihat penyebab kepada semua masalah malah konsep berpolitik menjadi senama dengan hipokrasi, kepentingan diri, keangkuhan dan ketamakan. Apakah idealisme masih membara dalam sanubari ahli politik? Apakah benar politik itu kotor, berkepentingan dan pemainnya oportunis dan gila kuasa? Dalam dunia yang melihat kebenaran hanya dari perspektif kebendaan, kedudukan dan wang, banyak orang yang berpendapat politik dan sistem berpolitik sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Saifuddin Abdullah mewakili generasi baru pimpinan politik negara ini. Beliau menghujahkan bahawa politik sebenarnya harus kembali kepada landasan asal perjuangan. Terasnya ialah rakyat dan ukurannya ialah keupayaan pimpinan politik mewakili kepentingan rakyat. Beliau mengajak kepada anjakan paradigma dalam sistem nilai berpolitik. Beliau bercakap tentang idealisme, integriti dan governans baru. Beliau mengajak pembaca berfikir tentang masyarakat sivil.Dan yang lebih penting, mengembalikan kewarasan kepada sistem yang riuh, kecoh dan keliru.Moral ceritanya, lanskap politik semasa perlu dimurnikan semula.

Buku ini memancarkan suara baru yang harus dipandang serius. Saifuddin bercakap dalam bahasa yang jujur, berani dan bertanggungjawab.

DATUK JOHAN JAAFFAR
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu (M) Bhd.
Kolumnis Akhbar New Straits Times dan Berita Minggu.

Politik Baru/ New Politik
Penulis: Saifuddin Abdullah.
ISBN: 978-983-068-328-7
Tahun Terbitan: 2008
Halaman: 232 Muka Surat (secara keseluruhan)
Harga: RM30.00

Sila dapatkan pesanan anda dengan menelefon di talian hangat ITNM 03 41497210

12 January, 2009

Hobi Yang Mendatangkan Faedah

Tiada apa yang dapat menggembirakan anda jika hasil karya anda diangkat dan dikongsi bersama umum. Begitulah dengan diriku apabila pulang dari menonton persembahan Mak Yong tempoh hari tiba-tiba melihat sebuah sampul surat berisi sekeping cek bayaran royalti untuk sebuah puisiku yang pernah tersiar di sini tidak lama dahulu.

Keputusan untuk menghantar puisi itu setelah aku bertemu kawan lama yang bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebenarnya dari kunjungan ke DBP banyak ruang yang boleh aku terokai lagi tapi waktu adalah batasannya. Tambahan sekarang aku ada sesuatu yang harus diselesaikan.

Puisiku Istidraj disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera terbitan bulan Januari 2009. Jika begini keseronokan melihat hasil kerja tersiar maka maknanya hobi sebenarnya boleh mendatangkan hasil. Tidakkah anda merasakan begitu? Ia dipilih dari tiga puisi yang dihantar.
Selamat malam kerana aku terpaksa meninggalkan CC ini. Kebanyakan berita tidak mempunyai visual kerana thumbdriveku dijangkiti virus.Tunggu sahaja Streamyx pulih ya untuk paparan yang menarik. Sehingga jumpa lagi! Wassalam.

Ada Seperti Tiada atau Punya Tapi Nggak Bisa Digapai

Ada seperti tiada lebih baik tak ada kerana hati tak sakit. Ini dah bayar tapi habuk je dapat. Hari-hari balik rumah buka komputer dan buat sambungan streamyx dengan debaran tapi hampa. Telefon TM 100 janjinya line streamyx akan pulih dalam tempoh dua hari. Masuk hari keempat mereka tambah lagi dua hari.

Nanti dua hari nak jadi berapa hari lagi. Kalau dapat diskaun bayaran bil tu terubat lah juga hati ini. Alasannya masalah kabel rosak. Ada 28 jiran-jiranku yang mengalami nasib yang sama. Tapi takkan macam itu sahaja jawapannya. Bikin panas sahaja hati kalau nak diikutkan. Sekurang-kurangnya berilah sesuatu timbal balik agar situasi ini dirasakan adil.

Bagaimana dengan mereka yang benar-benar menjalankan perniagaan yang seratus peratus bergantung kepada internet? Sudah tentu keadaan ini merugikan dan menyusahkan mereka. Tahap kebergantungan masyarakat terhadap internet sekarang adalah berbeza dari dahulu. Ia menjadi semakin berkesan dan sangat penting. Melalui internet masyarakat dapat melakukan pelbagai perkara yang menjimatkan waktu tidak dinafikan juga mereka dapat melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan merosakkan.

Soal positif atau negatif itu adalah perkara kedua. Soal yang pertama ialah kepentingannya dalam kehidupan dan ia semakin relevan. Kerana Internet merangsang perkembangan bidang-bidang yang lain dan ia banyak membantu.

Masakan aku sanggup berkunjung ke CC di malam-malam buta begini semata-mata mahu mengemaskini blog yang berhari-hari telah beku? Aduh Streamyx tolonglah! Kamu telah membekukan kreativiti dan aktivitiku. Mungkin ramai yang kehairanan gara-gara kegagalan kamu berfungsi.

08 January, 2009

Kongsi Emel- 4 Cerita

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,"Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepadaAllah. Ini membuatkanNabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. BesarnyaHuraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 email ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat , Insya'Allah .Wassallam.

Terima Adindaku Affan

Perutusan Tahun Baru oleh Pengarah Urusan ITNM

Semalam aku menjadi beku kerana line streamyx aku mengalami gangguan. Banyak yang ingin ditulis menjadi beku dalam kepala nasib baik juga ada teman lama mengunjungiku bertanyakan khabar berita.

Semalam telah berlangsung perhimpunan bulanan dan juga perutusan tahun baru oleh Pengarah Urusan ITNM En. Mohd Khair Ngadiron.

ITNM telah mencapai kecemerlangannya dan keuntungan yang sangat memberangsangkan sepanjang tahun lepas. Buktinya pemberian bonus yang dalam kadar yang tidak pernah diberikan sebelum ini. Semua itu diharapkan akan dapat memberikan semangat dan motivasi kepada staf untuk bekerja dengan lebih tekun.

Pengarah Urusan berharap pencapaian itu dapat dikekalkan untuk tahun ini. Sepanjang tahun lepas banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk acara-acara bertujuan memperkenalkan ITNM agar ianya lebih menyerlah dan usaha itu nampaknya berhasil. Tambahnya jika staf lebih berhati-hati dan bersungguh dengan apa yang kita lakukan, kita pasti akan dapat mencapai apa yang kita inginkan.

Hasil kerja keras tidak mengenal masa itulah rahsia disebalik dikejayaan. Beliau berharap banyak perkara kemudahan yang disediakan untuk staf digunakan sebaik-baiknya umpamanya penggunaan telefon bimbit. Ia seharusnya digunakan dengan berhemat dan mengikut terma perjanjian. Pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk menarik balik jika ia melanggar peraturan.

Perbelanjaan kepada staf tidak semata-mata kepada penggajian sahaja ia meliputi kemudahan manfaat tambahan yang lain kepada staf seperti KWSP, insuran perubatan, Socso, bil telefon bimbit dan lain-lain adalah contoh-contoh perbelanjaan sampingan yang dikeluarkan oleh ITNM kepada staf.

Untuk kebajikan yang lebih baik pihak pengurusan juga telah merancangkan pemberian rebet kepada pinjaman perumahan dan kenderaan staf. Memandangkan belum ada ketetapan dicapai mengenainya maka pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian.

Beliau juga menyentuh soal ketelusan atau transparency untuk keharmonian dan kelicinan kerja. Setiap teguran dibuat adalah ikhlas dan tiada dendam supaya institusi ini ada intergitinya. Selain itu katanya kejayaan menghasilkan dan melancarkan buku Treaties di Parlimen baru-baru telah membuka lembaran baru dalam dunia penerbitan sehingga ia diperkatakan di mana sahaja. Beliau mencadangkan dokumen Sejarah Penubuhan Malaysia pula dikumpul dan diterbitkan selepas ini.

En. Khair juga menyeru staf menambahkan ilmu. Ilmu tidak dengan hanya mempunyai sekeping Sijil, Diploma atau Ijazah. Hanya dengan ilmu kita akan dilihat berbeza. Usia juga tidak membataskan kita menimba ilmu. Ilmu boleh diperolehi dengan banyak membaca.

Keredaan Allah terhadap kita tidak dapat diukur dengan kebendaan sebaliknya dengan ketaqwaan terhadapNya. Kegembiraan ialah apabila kita melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan atau sesungguh hati dan apabila kita dapat mencapai apa yang kita inginkan.

Di akhir ucapannya beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran. Peluang berada di ITNM adalah ruang hidup yang cukup menggembirakan. Beliau cukup gembira berada di tempat lama dan sekarang dan berdoa apa yang agar apa yang dirancang akan berjaya dan diberkati. "Percayalah Tuhan akan memberikan apa yang selayaknya kepada diri kita".

Dalam Majlis itu juga staf diperkenalkan dengan dua staf baru iaitu Sdr. Shaziniwati dan Sdr. Khairul Anuar dan pelajar yang menjalani latihan amali Sdr. Belinda dan Sdr. Nur Amalina.

Yang tidak dapat menahan kesedihan dalam majlis itu ialah pengacara majlis Sdr. Norsyidah (jangan marah haku Syidah...hehe) ketika mengumumkan Staf yang akan menamatkan perkhidmatan pada 9 Januari 2009 kerana akan mengikuti Latihan Perguruan (KPLI) di Institut Perguruan Ipoh Ulu Kinta Perak iaitu Sdr. Mohd Hidayat Mohamad Nordin.
Yat aku pun sedih la...semoga berjaya dengan cita-cita mu.

06 January, 2009

Steak itu-Terima Kasih Puan Ramlah




Pokok anggur di rumah Puan Ramlah Perth-Australia.

Terima Kasih Puan Ramlah. Sungguh enak makan steak di rumah anda tempoh hari. Rasanya itulah steak yang paling enak pernah aku makan dengan rasanya yang masih segar. Walaupun baru pertama kali jumpa Puan Ramlah seperti dah lama mengenaliku. Agaknya semua orang kita di Australia macam gitu. Anaknya Liana juga cepat mesra.


Puan Ramlah mengusahakan sebuah premis menjual daging halal dengan jenama Mecca Meats & Small Goods. Peluang mengunjungi tempat beliau bekerja memproses daging halal sekaligus mengikis persoalan dalam kepalaku bagaimana untuk mendapatkan daging halal di Australia.

Sebelah siang melawat premis itu dan sebelah malam beliau menjemput aku dan rakan-rakan menikmati makan malam di rumahnya. Bukan sekali malah dua kali makan malam. Di rumah Puan Ramlah ini juga aku dapat melihat pokok anggur dan memegang buah anggur yang masih di pohonnya. Manis kenangan itu tetapi tidak semanis buah anggur yang belum masak. Anggur yang muda rasanya tersangat masam seperti belimbing buluh!


Daging halal dari Mecca Meats & Small Goods ini rupanya dibekalkan ke Restoran Makan2. Jadi jika anda inginkan makanan halal yang telah di masak datanglah ke Restoran Makan2 di Albany Hiway Australia.

Buku Baru bakal dilancarkan

Sebuah buku tulisan Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjudul Politik Baru atau New Politics bakal dilancarkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia. Buku Dwi bahasa itu bakal dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat dan persiapan giat dijalankan. Apa yang diperkatakan dalam buku setebal 90 muka surat (versi Melayu) dan 88 muka surat (versi Inggeris) yang berharga RM30.00 itu? Tunggulah dalam post yang berikutnya. Pastikan anda membuat tempahan awal untuknya.

Petua - Menghaluskan tapak tangan

Serbuk kopi atau teh yang telah digunakan jangan terus dibuang. Ia ada khasiatnya. Caranya dengan meletakkan serbuk kopi atau teh yang telah digunakan di tapak tangan anda selepas itu gosok tapak tangan anda untuk beberapa ketika. Bersihkan dan bilas tangan anda dengan pencuci sebersihnya dan rasakan perbezaannya. Anda akan dapat rasakan tapak anda lebih lembut dan halus. Selamat mencuba!

04 January, 2009

Restoran Dapur Sarawak di Diamond Square - Gombak














Mahmud Bersama pose istimewa hidangan Sarawak











1.Dapur Sarawak mengalu-alukan kedatangan anda.
2.Jemputan sempena pembukaan Restoran Dapur Sarawak











Resepi dari Dapur Sarawak dan pencuci mulut












Mahmud bersama teman Jai dan juadah Mee Kolok dan Laksa Sarawak

Semalam 3 Januari aku menerima panggilan telefon teman selebriti Mahmud Ali Bahsa menjemput ke Majlis pembukaan Restoran barunya yang terletak di Bangunan Diamond Square gombak (Belakang Balai Polis Setapak-Jalan Genting Kelang). Memang dah ada rancangan tetapi sebagai tanda sokongan aku membatalkan rancangan terdahulu semata-mata untuknya.

Ramai jemputan yang hadir yang kebanyakannya adalah dramatis tanahair.(Maaflah nak sebut nama tak ingat tetapi sangat biasa dengan wajah mereka di kaca TV, yang aku ingat Rosnah Johari, Rozie Othman, Shila Mambo dan Maria Farida sahaja kerana masih cun melecun).

Jam 8.30 malam majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh seorang Ustaz yang kulihat duduk berseorangan. Selepas itu jamuan yang menyaksikan mereka menerpa juadah Sarawak yang disediakan. Memang lain dari yang lain. Aku sendiri sempat merasa nasi campur dengan Kerabu Umai dan Pajeri Terung Dayak, fuh sedap beb.

Mahmud yang kupanggil Mud sahaja memang suka berniaga makan. Dahulu ketika 1998 ramai artis berniaga makan di Celebrity Corner, dia mengajak aku berniaga tetapi keadaan tidak mengizinkan. Beliau berpindah ke Kuantan ketika dunia drama dan filem tempatan suram dan memulakan restoran makan di sana bersama rakan. Setelah suasana ekonomi pulih beliau kembali ke Kuala Lumpur meninggalkan perniagaan di sana dan beraksi semula di kaca TV.
Tahun lepas beliau yang tidak dapat memisahkan diri dengan cita-citanya, berkongsi dengan adiknya membuka restoran Anjung Selera Dagang Jaya makanan selera Sarawak di Taman Dagang Jaya, Ampang.

Hari perniagaan rasmi akan bermula pada 5 Januari (esok) dari pagi hingga malam. Jika anda ingin merasakan masakan Sarawak mampirlah di sini. Good Luck Mud!