Mahmud Bersama pose istimewa hidangan Sarawak
1.Dapur Sarawak mengalu-alukan kedatangan anda.
2.Jemputan sempena pembukaan Restoran Dapur Sarawak
Resepi dari Dapur Sarawak dan pencuci mulut
Mahmud bersama teman Jai dan juadah Mee Kolok dan Laksa Sarawak
Semalam 3 Januari aku menerima panggilan telefon teman selebriti Mahmud Ali Bahsa menjemput ke Majlis pembukaan Restoran barunya yang terletak di Bangunan Diamond Square gombak (Belakang Balai Polis Setapak-Jalan Genting Kelang). Memang dah ada rancangan tetapi sebagai tanda sokongan aku membatalkan rancangan terdahulu semata-mata untuknya.
Ramai jemputan yang hadir yang kebanyakannya adalah dramatis tanahair.(Maaflah nak sebut nama tak ingat tetapi sangat biasa dengan wajah mereka di kaca TV, yang aku ingat Rosnah Johari, Rozie Othman, Shila Mambo dan Maria Farida sahaja kerana masih cun melecun).
Jam 8.30 malam majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh seorang Ustaz yang kulihat duduk berseorangan. Selepas itu jamuan yang menyaksikan mereka menerpa juadah Sarawak yang disediakan. Memang lain dari yang lain. Aku sendiri sempat merasa nasi campur dengan Kerabu Umai dan Pajeri Terung Dayak, fuh sedap beb.
Mahmud yang kupanggil Mud sahaja memang suka berniaga makan. Dahulu ketika 1998 ramai artis berniaga makan di Celebrity Corner, dia mengajak aku berniaga tetapi keadaan tidak mengizinkan. Beliau berpindah ke Kuantan ketika dunia drama dan filem tempatan suram dan memulakan restoran makan di sana bersama rakan. Setelah suasana ekonomi pulih beliau kembali ke Kuala Lumpur meninggalkan perniagaan di sana dan beraksi semula di kaca TV.
Tahun lepas beliau yang tidak dapat memisahkan diri dengan cita-citanya, berkongsi dengan adiknya membuka restoran Anjung Selera Dagang Jaya makanan selera Sarawak di Taman Dagang Jaya, Ampang.
Hari perniagaan rasmi akan bermula pada 5 Januari (esok) dari pagi hingga malam. Jika anda ingin merasakan masakan Sarawak mampirlah di sini. Good Luck Mud!
6 comments:
this is my personal comment:
aku org swk..so taulah camner rasa mee kolok and tc peng special ori. tapi mee kolok di dapur swk ni memang layak digelar identity fraud sebab dahla langsung takder rasa mee kolok..diaoprg guna mee wantan plak!! patut digelar mee wantan swk...penipu betol la..Dahla mee kolok adalah sajian utama..produk palsu plak tu..seolah2 owner ni killing his own business (lantak kau la)
tcp special pun tak ori. tcp special ori patut ada rasa miild bitterness "gula apong"...tapi yang ni manis semacam. seolah-olah tambah gula atau madu.
overall verdict terhadap mee kolok and tcp special Dapur Sarawak = layak disaman kerana identity fraud.
yang diatas comment pasal mee kolok and tcp special je...makanan lain aku lom try lagi. nanti nak try laksa swk and umai plak. jangan diaorg guna mee kuning and umai kerang plak... -_-"
Oi KERIN, aku org sarawak juak xboh nganok at least ada org sarawak berani molah restoran di k.l.
Baru tok aku pg sia oklah mi kolok cdak curly mcm ori, t.c.p ok make gula apong sinun, laksa ok make bihun kasar, umai udang nyaman, terubok ada.
air samboi mcm kita cnun juak.xda masalah.
Apa-apa pun kita mesti support orang sarawak jgn kerna kita jeles/cemburu kita sanggup molah cita bukan-bukan
PEGI JAK KO SIA MUN X CAYAK
GOOD LUCK DAPUR SARAWAK....2010
about mee kolok actually taste dia bleh tahan tp rasa nya kurang coz dia guna mee wantan bt problemnya mmg xdpt nak crk mee kolok kat kl so dat's d best dey can do..why dont kta bg idea how to improve their bisnes drpd hanya mencari kesalahan semata mata..
any contact number for this restaurant?
last 2 weeks makan kat sini.
but service totally lambat la..
tapi terima jugak sbb makanan yg dia serve mgm panas n sedap.
(order laksa sarawak n also rase nasi goreng kerabu kawan punya order)
mmg sedap.
the rest?!
too much miss communication on order then also semuanya byk cancel order sbb bahan mentah tak cukup...
klu mahu bertahan,klu boleh management kena upgrade lagi.
sayang sangat2 klu too much complaint and weakness.
kita mst sapport sarawak nok polah bisnes at semnjung tok.. gik pun, adat dunia bisnes la.. xsemua perfect n xsemua pelanggan pendApat nok sama.. n bkn nak anok.. org mun g cney2 pun.. xsmua ko mok ada bah.. go sarawakian!!!
Post a Comment