29 January, 2009

Kongsi Emel- Perlukan Respon Anda!

29 Januari 2009

Salam sejahtera. Pernahkah anda membaca artikel Bila Isteri Dah tak Cantik dalam ruangan ini suatu ketika dahulu? Kisah Malang seorang isteri apabila semakin kurang menjaga penampilan diri dan akhirnya bercerai. Emel itu dipanjangkan kepada saya melalui seorang teman. Tidak sangka pula ada suri rumah yang lain ditimpa nasib yang sama telah menghantar emel ke peti emel saya
wwwenche@gmail.com meluahkan perasaannya. Saya amat bersimpati kepada pengirim yang menamakan dirinya sebagai Phoenix The Bird of Fire sahaja. Bacalah keluhannya dan jika anda mempunyai pendapat untuk dikongsi bersama Phoenix The Bird of Fire silalah hantar ke emel saya dan kita kongsi bersama.


Salam semua.

Saya baru je terbaca artikel tentang bila isteri dah tak cantik,rasa nak menangis sebab saya rasa sekarang saya sedang melalui detik yg sama. Saudara-saudari sekalian tolonglah bagi pendapat masing-masing selepas baca apa yang saya tulis di sini.

Saya berusia 26 tahun,ibu kepada anak berusia 3 tahun,perkahwinan saya dgn suami saya ni nak masuk tahun keempat dah.Sebelum kawin saya ni boleh dikatakan menarik minat ramai lelaki walaupun badan saya yg agak berisi,berkulit gelap dan tinggi lampai.Saya berkahwin dgn suami saya atas dasar cinta sama cinta.Suami saya ni rendah sedikit dari saya, lebih cerah dari saya,dia putih saya hitam...senang cerita,kalau diikutkan suami saya ni x la termasuk dlm kategori hensem tapi sebab saya berkenan dgn cara dia sayangkan saya saya jatuh hati pada dia.Masa mula2 kenal saya malu gak nak jalan dengan dia,ye lah...saya ni hitam..tinggi..badan berisi,ada lemak kat pinggang,punggung besar,dia putih..rendah dari saya,tetapi x lama saya boleh terima suami saya tu sebab dia kata dia bukan pandang rupa paras saya,maknanya dia terima saya seadanya.


Dalam 7 bulan kami bercinta pernah sekali saya tanya perempuan bagaimana yg jadi idaman dia.Jawapannya begini,perempuan yg berkulit putih gebu,langsing tanpa ada lemak sana sini, kira body mcm model la,peha dgn punggung x besar.Itulah ciri2 perempuan idaman dia yg sama sekali berbeza dgn saya.Masa dgr jawapan dia tu saya hampir2 nak berpisah dgn dia,saya suruh dia cari yg mcm dia nak,tapi dia mati2an kata itu perempuan idaman je,yg dia cintakan hanyalah saya,jd saya x jadi berpisah dgn dia.Tak lama pastu kami kawin,dlm setahun dah ada anak,pas bersalin tubuh saya ni masih langsing tp lemak ade la skit kat pinggang tu,perut dah kempis.

Masuk tahun kedua kami pindah tinggal dgn ibu saya yg dah berusia, x larat dah nak buat kerja2 rumah ni,saya kesiankan ibu saya, jadi saya ajakla suami tgl dgn mak. Dah tgl dgn mak hari2 la saya kena masak sbb saya ni x kerja,suri rumah sepenuh masa je,dlm setahun je badan saya naik jadi 85 kg gara2 suka sgt makan nasi bertambah.Skrg ni perut saya ni buncit,geleber di sekeliling pinggang,saya sedar saya ni gemuk bila dah 3-4 org sedara mara tegur saya gemuk,bila saya tanya suami..dia tanya sapa yg kata saya gemuk? Katanya gemuk bererti saya bahagia dgn dia, senyum lebar la saya bila dgr suami kata camtu.
Pas kawin saya ni dah bertudung, x lagi pakai baju sendat2 bila keluar rumah dgn suami,kat umah saya bert-shirt dan kain batik, tidur pun camtu gak, xde nak pakai night dress sbb suami saya ni berpendapatan rendah,cukup2 makan,setakat makan minum nak bayar2 bil2 tu boleh la,kalau nak beli2 make up ngan duit suami tu mmg x merasa la.Duit yg mak saya bg saya kumpul2,dapat la saya beli make up ke,baju baru ke sekali sekala sbb saya ni bkn jenis yg suka make up tebal2,jadi make up saya tu boleh tahan sampai 2 tahun.

Sejak beberapa bulan kebelakang saya perasan suami saya macam xde nafsu pada saya,kalau dulu pas baru kawin,hari2 mau,sekarang seminggu sekali je,tu pun buat cepat2,asal dia klimaks dan saya klimaks dah la,nak belai2 takde.Pernah masa keluar dgn suami saya terpandang mata suami tengah tgk pompuan cantik lalu.Terdetik dlm hati saya suami saya masih tertarik pada pompuan yg pakai sendat2,kulit putih. Dah sebulan dua macam tu, saya ubah stail pulak. Duit yang saya simpan saya pergi beli night dress sehelai, nak dijadikan modal goda suami,bila pakai night dress tu nampak lagi spare tyre saya ni,bila jalan depan suami saya kempiskan perut x nak bagi dia nampak perut geleber saya ni.

Yang saya nampak,bila pakai night dress tu suami saya terangsang la dgn saya tapi saya tak tahu samada dia bersama saya betul2 atau dia bayangkan perempuan idaman dia.Tak cukup dgn tu saya layari web lucah nak tgk teknik2 hubungan intim agar saya dapat puaskan suami saya,bila mak takde saya pakai seksi di depan suami,sapu losyen seluruh badan,sental2 kulit badan bila mandi walaupun kulit saya x mungkin jadi putih.

Minggu lepas semasa terjaga dari tidur saya tertengok suami saya sedang surfing laman web lucah,dia x sedar saya dah bangun sbb saya pura2 tidur masa dia pandang ke belakang nak tgk saya terjaga ke tak.Rasa sakit hati gak dia buat camtu,saya rasa betul2 hina sgt diri saya ni,rasa diri saya ni dah hodoh sgt sampai suami saya takde selera dgn saya.
Skrg ni, ketika saya sedang menulis artikel ni saya baru je kesan suami saya dah download video pompuan mat saleh goyang2 punggung kat hp dia dari internet masa saya duk tgk tv tadi.Mana tak sakit hati saya ni,dia jugak yg kata dia x kisah rupa paras saya,dah dia tgk benda2 camtu buat apa? Buat modal nak rangsang nafsu sebab dah tak terangsang pada isteri? Bila terbaca artikel BILA ISTERI DAH TAK CANTIK lagi terbakar hati saya,saya x boleh mengadu pada sesiapa,jadi saya lepaskan perasaan saya kat sini.

Saya ni semulajadi mmg dah hitam,mmg jenis yg punggung,paha besar sebab mmg baka macam tu,bila x jaga badan lagi la besar jadinya,dah geram sgt org tegur saya gemuk,dah geram sgt suami takde selera pada saya.Jadi saya berazam,azam tahun baru saya kali ni nak kuruskan badan, biar jadi 63 kg mcm dulu,duit tak cukup nak beli produk pelangsingan, jadi nak tak nak saya kena paksa diri saya ni berdiet, bersenam semata-mata nak tambat hati suami saya.

Dari segi pakaian, saya x boleh ikut kehendak suami kalau dia suka yg pakai baju ketat2, seksi sebab saya tgl dgn mak saya, pakai baju atas punggung sikit pun mak saya marah, inikan nak pakai sendat2.Kalau nak seksi2 pun bila mak takde kat umah je dan bila di bilik tidur.Ada rasa geram dalam hati,ada rasa benci pada diri,kenapalah saya x putih mcm org lain? kenapalah punggung dan paha saya ni besar?

Masa suami gemuk, badan berbau x pernah pun saya tegur dia, malah bila dia nakkan saya, saya layan dia dgn baik walaupun badan dan mulut dia berbau, skrg bila saya gemuk dia buat tak berselera pada saya.

Jangan lupa hantarkan pendapat anda kepada saya.

1 comment:

norzailina said...

Pn.Phoenix,

Memiliki bentuk badan yg sempurna bukanlah segala2nya dalam kehidupan ini tetapi jika terlalu banyak lemak boleh mengakibatkan komplikasi penyakit (tinggi kolestrol, darah tinggi dsbnya). Jadi, perkara pertama yg perlu difokuskan ialah diet & exercise. Di samping itu, serlahkan kualiti anda yg lain seperti penyayang, menghormati mertua, mengajar anak membaca/menulis. Ini adalah supaya suami bangga mempunyai isteri yg mempunyai kualiti yg terpuji seperti itu. Melayari laman web lucah adalah hal biasa bagi kebanyakan lelaki dari usia 17-70. Ia adalah amalan yg ditegah agama tetapi tak semua lelaki mempunyai iman yg tinggi. Jika anda menegurnya, mungkin anda akan dimarahi dan ini menimbulkan masalah lain. Berdoalah semoga rumahtangga sentiasa sejahtera. Selain solat fardhu, amalkan solat dhuha, tahajjud dll. Singkirkan perasaan prasangka terhadap suami. Jangan terlalu memikirkan masalah kerana anda boleh manfaatkan masa berfikir itu dengan melakukan kerja2 yg lebih berfaedah. Yakinlah pada diri sendiri. InsyaAllah.
ps: Usia perkahwinan anda baru 4 tahun. Masih banyak ranjau yg akan menanti. Saya tahu sebab saya sudah berkahwin selama 23 tahun.