19 January, 2009

Penulis Buku Politik Baru

Siapa Saifuddin Abdullah?

Dato’ Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Pengerusi Akademi Belia dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002). Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak).

Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

Beliau adalah bekas ahli perniagaan. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Pengarah Paduan Consulting, Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Guru dan Editor.

Sumber dari laman blog beliau.

Pada 20 Januari 2009 buku Politik baru tulisannya akan dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Shangrila Hotel Putrajaya. Sesuatu yang anda perlu tahu bahawa terjemahan buku ini adalah paling singkat yang pernah dilakukan oleh ITNM. Buku ini adalah dwi bahasa dan persembahannya sangat unik kerana mempunyai 2 muka hadapan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lihatlah sendiri.

2 comments:

MARSLI N.O said...

Salam. Sdr Enche pula orang mana? Tahniah kerana melihat sajak Sdr di Dewan Sastera.

Unknown said...

Tahniah untuk semua yang menjayakan majlis itu. Walaupun saya baru wujud pada majlis itu, terus terang saya katakan, inilah majlis pelancaran buku paling hebat pernah saya lihat.