Seramai 72 pelajar dari Pusat Asasi Jurusan Belajar Bahasa Arab telah tiba ke ITNM dalam program Lawatan Sambil Belajar. Mereka telah di sambut dan diberi taklimat mengenai ITNM oleh Pengarah Urusan En. Mohd. Khair Ngadiron, Ketua Bahagian Terjemahan Puan Siti Rafiah, Ketua Unit Komunikasi Korporat Puan Zinitulniza dan Ketua Unit Kejurubahasaan Puan Noraniza, mengenai visi ITNM dan fungsi setiap bahagian dan unit di ITNM.
Rombongan pelajar itu turut ditemani dan diawasi oleh Ustaz Ma'al Ahmad Khalid penasihat persatuan Bahasa Arab dan Ustaz Che Abdul Majid bin Che Omar Principal Mahallah Abd. Rahman Auf.
Dalam ucapan Selamat Datang itu Encik Khair telah menyatakan Baghdad telah menjadi pusat penyebaran Ilmu Islam suatu waktu dahulu dan asas kepada penyebaran ilmu itu sebenarnya ialah terjemahan. Sambil menasihati pelajar-pelajar agar tidak mensia-siakan ilmu yang diperolehi mereka boleh menjadi penterjemah untuk menyumbang kepada perkembangan ilmu di tanah air.
Beliau juga berharap kehadiran pelajar-pelajar akan membuka mata untuk melihat bagaimana staf ITNM bekerja dan kerja-kerja terjemahan dilakukan dan penyebaran ilmu akan lebih baik lagi. Pelajar-pelajar juga digalakkan menjalani latihan praktikal untuk mendalami dan mengetahui mengenai terjemahan dan jangan terlalu memilih kerja sewaktu dalam latihan praktikal kerana banyak perkara dapat dipelajari dalam sesuatu pekerjaan.
Rombongan ini juga diraikan dengan jamuan makan tengah hari sebelum pelajar-pelajar lelakinya menunaikan solat Jumaat.
1 comment:
Enche, saya ada dua kali menerima panggilan telefon daripada pihak rombongan tersebut. Pertama nak dan ada masjid yang berhampiran dengan ITNM. Kedua ada ker pihak ITNM memberi jamuan? Saya berharap mereka berpuas hati pada hari tersebut.
Post a Comment