21 January, 2009

Yang Menarik Perhatian Semalam


Beberapa siri mesyaurat diadakan
dan gambar 2 siapa yang turun padang itu?


Memberikan yang terbaik itulah hasrat AJK


Pengacara Majlis Sdr. Daud sedang berbincang
dan gambar 2 tinjauan awal di kaunter oleh kumpulan
penyambut tetamu.


Kehadiran skuad pengesan bom PDRM

Beraksi dikaunter dan Syed Aiman Bersama peminat


Dan lagi bersama peminat

Menjayakan sebuah majlis pelancaran buku bukanlah mudah sebenarnya. Namun kepenatan itu berbaloi apabila majlis itu berakhir dengan jayanya. Jarang orang ingin mengambil tahu atau didedahkan dengan persiapan atau cerita di sebalik tabir. Melalui ruangan yang eksklusif ini saya ingin berkongsi visual dari mula persiapan hingga saat-saat akhirnya majlis itu hendak bermula.

Yang mencuri perhatian ketika Pelancaran Buku semalam ialah kehadiran seorang pelakon drama tanahair Syed Aiman. Maka 'berdoyon-doyon' mereka yang berminat dengannya ingin bergambar.

Kehadiran skuad pengesan bom juga menarik perhatian saya kerana itulah julung-julung kali penglibatan saya dengan majlis menyaksikan kehadiran pasukan pengesan bom. Almaklum sahajalah yang akan datang itu bukan calang-calang orang. Ianya bakal Perdana Menteri Malaysia.

2 comments:

mie3425 said...

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00 tapi tuan masih belum lagi tidur kerana nak "update" blog.

Aku Azman said...

syed aiman tu ada iras-iras saya la..enche...perasan tak?:P