02 July, 2008

12 Julai adalah tarikh istimewa bagi keluarga kami- Puan Haslina

Acara Malam Sebutir Bintang dalam Kenangan...Allahyarham SN Dato’(Dr). Usman Awang adalah usaha waris Allahyarham dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia pada 12 Julai 2008.

Tarikh keramat itu sangat istimewa bagi keluarganya kerana itu adalah tarikh Allahyarham dilahirkan. Pada perancangan asal beliau bercadang untuk mengadakan acara deklamasi puisi bersama teman-teman dan keluarga Allahyarham tapi apabila usaha mengeluarkan dua produk baru dengan kerjasama ITNM menjadi nyata dan ITNM sudi untuk terbit buku tersebut maka perancangan tersebut bertukar menjadi satu acara sambutan pada Malam Sebutir Bintang dalam kenangan.

Puan Haslina menyatakan sukar untuk penerbit kecil sepertinya untuk menghidupkan karya-karya Usman Awang tanpa dana. Dan beliau gembira apabila usaha seperti ini menjadi kenyataan kata Puan Haslina anak kepada Allahyarham.

Pada malam itu nanti akan digabungkan acara dengan pelbagai acara seperti Drama Sebabak, nyanyian lagu puisi Allahyarham(oleh Nora) deklamasi puisi oleh SN Dato’ (Dr.)A. Samad Said dan teman-teman lain serta acara baru pembacaan novel ‘reading of Scattered bone’ oleh 4 orang anak-anak muda generasi baru dalam satu bab dari karya terbaru itu oleh anak rakan Allahyarham, M.K Rajakumar dan 2 cucu beliau dan seorang lagi berbangsa Cina tujuan menimbulkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum Melayu, Cina dan India dan lain-lain

UA Enterprises Sdn. Bhd adalah syarikat yang dibina oleh Arwah tapi masa hayatnya Allahyarham tidak dapat menangani kerana sakit dan kini diuruskan oleh anak-anaknya. Selepas ketiadaan beliau barulah Puan Haslina meneruskan cita-cita Arwah menerbitkan karya-karyanya. Menurutnya lagi beliau membuat research terhadap hasil kerja yang belum diterbitkan lagi secara berperingkat-peringkat apabila mempunyai dana. Katanya dalam sidang akhbar itu dan berharap masyarakat dapat memberi sokongan.

Sementara itu Pengarah Urusan dalam ucapan pendahuluan menyatakan dua karya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris ialah Tulang-tulang berserakan (Scattered Bone) dan koleksi puisi iaitu Jiwa Hamba (Enslaved Soul) adalah bertujuan untuk mengangkat martabat sastera negara ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus ke persada antarabangsa.

Ianya adalah di antara usaha ITNM dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk menterjemahkan 100 karya sastera Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selain persembahan Drama Sebabak ‘Jebat’ akan diadakan juga pra jualan dua karya terbaru itu kata beliau lagi. Turut hadir sama dalam majlis sidang akhbar itu ialah SN Dato' (Dr.) A. Samad Said.

Untuk anda yang mempunyai kelapangan hadirlah ke ITNM pada malam tersebut, bagi menyaksikan satu-satunya persembahan sastera yang pertama kalinya diadakan di Wangsa Maju.

No comments: