03 July, 2008

ITNM melangkah lebih jauh memberi hati dan tangannya. A. Samad Said



Ikuti apa kata SN Dato' (Dr.) A. Samad Said ketika hadir di Majlis Sidang Akhbar Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan- Allahyarham SN Dato’ (Dr.) Usman Awang.
"Dalam dunia kesusasteraan melayu jarang ada tokoh seperti Usman Awang.. saya beruntung kerana berkesempatan hidup dalam zaman nya bermula dari Singapura lagi ketika itu Usman Awang mempergiatkan Asas 50. Dekad kami dekad genting kerana negara baru sahaja dijajah Jepun dan bersedia untuk merdeka. Asas 50 dan Usman Awang sebagai tunggak berjuang untuk mencapai kemerdekaan yang dicita-citakan melalui ‘upaya seni’". Kata SN Dato’ (Dr.) A. Samad Said yang hadir bersama semalam.
A Samad sendiri turut berada dalam kelompok itu yang berjuang memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'

Kata A. Samad lagi “Kelompok baru tidak begitu mengenali Asas 50 tetapi lebih mengenali Usman Awang tapi ini tidak bererti Asas 50 tidak difahami atau ditanggungi”. Usman Awang ketika itu berjuang bersama rakan-rakannya seperti Kris Mas Asraf, Abdul Wahab Muhamad, Rosmera, Awamil Sarkam dan lain-lain lagi.

“Apa yang dilakukan oleh ITNM dan UA Enterprises untuk hadirkan Usman Awang adalah satu usaha yang harus berterusan. Usaha yang amat luar biasa yang mana Usman Awang tidak pernah terfikir beliau akan diingat sahaja kerana persembahan lengkap dengan jualan dua karya beliau” Kata A. Samad Said lagi.

A Samad Said berharap upaya yang dihidupkan oleh ITNM akan menjadi satu permulaan tradisi seni yang berkesan dan bermakna . A Samad Said percaya dengan memperkenalkan dua karya beliau dalam bahasa Inggeris ke dunia antarabangsa ITNM melangkah lebih jauh memberi hati dan tangannya yang simpatik pada seniman. Malam Sebutir bintang akan menghidupkan detik-detik penting Usman Awang dan semangat Asas 50 yang diperjuangkan.
Aku akan pastikan kehadiranku pada malam yang penuh bermakna itu.

No comments: