06 July, 2008

Apa kata dia- Sakri Abdullah


Saya mengenalinya cuma ketika beliau mula berkhidmat di ITNM sedangkan sebenarnya sebelum kami menjejakkan kaki di ITNM beliau telah kerap ke 'kawasan kampung halaman' saya bersama 'group' basikalnya. Beliau adalah rakan kepada jiran saya yang memang gemarkan sukan ini. Semuanya terbongkar ketika di ITNM!
Apa khabar?
Alhamdulilah, semuanya baik. Terima kasih atas pertanyaan.
Sama-sama. Minat sukan?
Sukan. Kalau di Indonesia dipanggil Olahraga, di Malaysia Sukan… kebanyakkan Negara lain mereka panggil sports terutama Negara paman sam. Pada saya sukan adalah salah satu alat untuk menyelesaikan masalah sosial di seluruh dunia, jadi sepatutnya sukan bukan sahaja diminati oleh saya tetapi juga oleh semua orang.

Dulu pernah aktif dalam sukan dan sukan apa?
Jika pertanyaan ini ditanya kepada saya tentulah Sukan Berbasikal, hampir seluruh hidup saya aktif dalam sukan ini. Malahan antara yang mempengaruhi corak penghidupan saya adalah akibat dari penglibatan saya dalam sukan ini. Jadi akibat daripada kenaikkan harga minyak yang mendadak pada tahun 2008, saya dapat berbangga betapa saya berpandangan jauh sejak 28 tahun yang lalu, saya telah menjadikan basikal sebagai alat pengangkutan dan sukan saya. Jadi secara tak langsung saya telah bersedia sejak 28 tahun yang lalu untuk menghadapi pergolakkan akibat daripada kenaikkan harga minyak. Walaupun basikal yang saya gunakan berharga antara RM10,000.00 sehingga RM15,000.00, tetapi ianya tidak memerlukan kos tambahan kecuali tambahan waktu kerana lambat sampai….

Bagaimana dengan pencapaiannya?
Dari segi pencapaian saya telah mewakili Kelantan sejak berumur 15 tahun sama ada diperingkat kebangsaan maupun antarabangsa (masa tu paling tinggi pun Kejohanan yang disertai oleh Negara-negara ASEAN seperti jemputan Wilayah dan sebagainya) Antara kejohanan yang pernah saya menangi seperti Junior Kebangsaan 1981 di Melaka, pemilihan ke SEA Games, Kejohanan terbuka Kelantan, Kejohanan Zon Timur dan pelbagai kejohanan kebangsaan antara tahun 1980 -1986.

Sekarang bagaimana?
Sehingga sekarang saya masih aktif dalam sukan berbasikal sebagai:
i. Setiausaha Persatuan berbasikal Putrajaya
ii. Ahli Majlis Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
iii. Setiausaha Jawatankuasa Displin PKBM (Anti Doping)
iv. Setiausaha Sukan Berbasikal Paralimpik Kebangsaan

Disamping menjadi pegawai teknikal dalam kejohanan seperti:
i. Le Tour de langkawi
ii. Jelajah Malaysia
iii. Kejohanan Kebangsaan dan sebagainya.

Selain dari itu juga saya pernah dipertanggungjawab sebagai pengurus pasukan Malaysia ke Tour of Manzadaran di Iran pada tahun 2007. Dan dengar kata nama dicalonkan untuk wakil ke Tour de France 2008, tetapi nasib tak baik akibat masalah ekonomi Negara terpaksa dibatalkan.

Boleh cerita penglibatan saudara dalam sukan berbasikal bagaimana ia bermula?
Ini susah sikit nak bercerita maklumlah perkara lama… tetapi dulu suka sangat ikut perempuan naik basikal (masa balik sekolah), jadi semasa kejar pelajar yang cantik, sudah tentu mereka laju sebab kena ganggu… jadi terpaksa lagi cepat dari mereka. Dan saya perlukan stamina yang kuat sebab dalam satu hari terpaksa kejar ramai…. Maklum lah pelajar sekolah kat kota bharu tu cantik-cantik… akhir sekali dah terlalu aktif kena cabar kat pelajar perempuan … katanya lebih baik berlumba… seterusnya aktif lah dalam Persatuan Lumba Basikal Kelantan, yang dulunya aktif di Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan….

Adakah Sukan ini penting untuk negara?
Seperti yang saya katakan tadi “suka adalah jalan penyelesaikan masalah sosial di Malaysia. Lihat lah betapa remaja dan pemuda kita yang terlibat dengan dadah dan gejala social, ini adalah akibat dari terlalu banyak ruang lompong dalam penghidupan meraka, jadi terpaksa la diisi dengan dadah dan dara.. itulah masalahnya. Tetapi apabila mereka terlibat dengan sukan mereka adalah tunas-tunas yang berjasa kepada Negara…

Bila mendapat tugasan dalam acara penting kena bertugas di luar kawasan apa yang sebenarnya dalam fikiran saudara? (mengikuti kerana tanggungjawab, atau pengalaman atau keseronokan semata?) Masalah utama saya sejak akhir-akhir ini adalah “Home Sick”, saya terlalu cepat rindukan rumah, isteri dan anak-anak. “Rumah ku adalah syurga bagi ku”. Walaubagaimanapun tanggaungjawab terpaksa diselesaikan terutama apabila penglibatan dalam acara antarabangsa banyak komitmen yang perlu diselesaikan. Nak tak nak perlu seimbangkan antara tanggungjawab dengan kerinduan...

Masa depan sukan ini kepada Negara?
Jika dulu banyak orang akan merujuk kepada fizikal tentang masa depan sukan, tetapi jika kita jadikan penanda aras kepada pelumba basikal kita yang layak ke Olimpik iaitu Azizul, fizikal bukan lagi factor penentu. Jadi saya berpandangan sukan berbasikal boleh pergi jauh asalkan ada komitmen daripada semua pihak… keluarga, PBT, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Seperti bidang lain apa kekangan/masalah dalam sukan ini?
Kekangan yang paling utama adalah waktu dan kewangan...

Selain sukan ini apa lagi saudara fikir sukan lain yang berpotensi?
Saya fikir banyak lagi sukan yang boleh diketengahkan, namun banyak bergantung kepada waktu dan kewangan…

Kerana sukan anda dah sampai mana?
Kerana penglibatan sukan berbasikal banyak perkara mustahil terjadi kepada saya. Keluar Negara kerana berbasikal, seluruh Malaysia kerana berbasikal, naik kapalterbang tentera (Charlie) kerana berbasikal, naik helikopter kerana berbasikal.

Sedangkan semua itu belum tentu boleh dilakukan walaupun ada wang… tetapi dengan aktif dalam sukan berbasikal saya dapat menikmati… semuanya. Dan yang paling penting walaupun saya balik rumah pukul lima pagi pun isteri tak marah… kerana basikal….

Anak-anak ada yang menjejaki saudara?
Insya-Allah saya sekarang sedang melatih satu-satunya anak lelaki saya yang baru berumur 13 tahun untuk aktif dalam sukan ini. Saya fikir kalau semuanya ikut perancangan dalam tempoh 3 – 5 tahun, saya harap dia akan mewakilli Negara… Insya Allah.

Sebagai ibu bapa bagaimana langkah yang harus ditonjolkan untuk menarik minat mereka bersukan?
Lahirkan sukan sebagai pencetus kasih saya terhadap isteri dan anak-anak. Wujudkan dalam diri anak-anak kecemerlangan sukan boleh menyihatkan badan dan menimbulkan kebangaan kepada keluarga dan Negara dan yang paling penting tanamkan dalam diri mereka “ dari tubuh yang sihat akan melahirkan generasi yang cerdas”

Saudara setuju dengan pendapat rakyat Malaysia masih kurang berminat dengan sukan dan kelantan adalah Negari yang hanya 30% penduduknya berminat dengan sukan?(seperti yang dilaporkan baru-baru ini.)
Jangan sempitkan pengertian sukan kepada beberapa aktiviti sahaja… saya rasa di Kelantan pelbagai macam sukan tradisional yang aktif, Cuma ianya perlu dipromosi dan diketengahkan untuk menarik perhatian ramai….. jadi jika ini diambil kira sudah tentu peratusnya tinggi.

Apa cadangan saudara supaya orang ramai cenderung meminati sukan? Adakah dengan wang ringgit (hadiah) boleh mendorong mereka?
Pelbagai cara dan sudah tentu salah satunya adalah wang ringgit. Apapun kegiatan sekarang kita perlukan modal seperti kata orang “ nak kentut pun perlukan modal”.
Ketengahkan aktiviti, promosikan acara dan lahirlah “minda-minda yang cerdas dari tubuh yang sihat”.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya.






No comments: