04 July, 2008

Ceritera Sang Hulubalang.

Sang Hulubalang terjatuh lagi ketika berlari-lari menuju ke tengah pekan. Lututnya sedikit berdarah namun watikah ditangannya masih digenggam erat. Hulubalang bangun meneruskan perjalanan yang sudah hampir tamat. Hulubalang mesti sampai ke tengah pekan tengah hari ini juga. Di tengah-tengah sinar cahaya matahari yang membakar.
Semua pandangan orang kampung tertumpu ke tengah halaman memandang Sang Hulubalang berlari terincut-incut. Tamat di tempat perlariannya Sang Hulubalang tercungap-cungap cuba menahan kepenatan. Setelah memperoleh kekuatan Sang Hulubalang mengangkat watikah ditangannya seraya menjerit sekuat hati sehingga terdiamlah orang yang sibuk berdagang ketika itu.


WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG DENGAR-DENGAR INI! ADA PESANAN DARI ORANG SEBELAH BUKIT SANA! SANG HULUBALANG MEMBACA WATIKAH ITU


Tuan/Puan

Jemputan ke Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan... Usman Awang

Adalah dimaklumkan bahawa ITNM akan menganjurkan majlis seperti mana yang dinyatakan di atas pada tarikh dan masa seperti di bawah:

Majlis: Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan... Usman Awang
Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Lokasi: Wisma ITNM, Wangsa Maju

Oleh yang demikian, mohon kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan maklumat berhubung majlis ini kepada rakan dan kenalan.
Untuk maklumat tuan/puan, majlis ini terbuka kepada orang ramai.

Kerjasama tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian


Sang Hulubalang tersenyum sebaik sahaja selesai membacakan watikah dan seraya bertanya

ADAKAH ORANG-ORANG KAMPUNG AKAN HADIR?

Ketika tiada jawapan didengarnya Sang Hulubalang bersuara lagi

DATANG LAH WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG..BUKAN KENA BAYAR PUN. SIAPA LAGI YANG NAK ANGKAT SASTERA KITA KALAU TIDAK ORANG-ORANG KAMPUNG NI SENDIRI.

No comments: