Apa khabar?
Baik Alhamdulillah.
Nama?
Mohamad bin Mad Sarat.
Kerja di mana?
Sekarang di Wangsa Maju (senyum)
Minat nyanyi?
Ya suka-suka, sejak dari bangku sekolah lagi. Abang masuk pertandingan nyanyi di sekolah. Kemudian daerah, wakil felda di Melaka. Pernah jadi johan.
Pengalaman dalam bidang seni?
Pernah membuat rakaman radio dihujung 70an dan 80an, seperti ‘Bingkisan dari selatan’. Terbitan radio Johor Bahru dan “Ragam Penghibur” Terbitan Radio Kuala Lumpur bersama Zaiton Sameon, Noreen Noor dan Rohana Jalil.
Tempat ke-2 Bintang “Terbang Helang” Peringkat Kebangsaan. Yang dianjurkan oleh Syarikat Rakaman EMI pada Tahun 1987 mewakili Kuala Lumpur.
Boleh tahu apa hadiah yang Abang Mat dapat?
(Ketawa geli hati) nak tahu ke? Kain iya lah waktu dulu-dulu mana ada hamper macam sekarang ada duit tunai lagi tapi Abang Mat pernah dapat piala!
Saya tahu Abang Mat aktif dulu menyanyi boleh ceritakan bagaimana ia bermula?
Pada tahun 1975 Abang pergi uji suara ‘Bakat Minggu ini’ untuk Radio Melaka dan berjaya selepas tu Abang Mat ditawarkan untuk menjadi rakaman untuk siaran Radio Melaka. Bukan setakat di Melaka saja malah untuk kawasan selatan dan Johor.
Selepas rakaman radio itu Abang terus diberi peluang oleh RTM untuk rancangan Penghibur antara penyanyi yang turut sama dalam rancangan itu ialah Osman Omar, Noreen Noor dan Zaiton Sameon. Rakaman itu dibuat di Padang Merdeka Melaka.
Selepas itu Abang Mat berkhidmat di Kementerian Kewangan . Di situ Abang Mat meneruskan minat Abang dalam bidang nyanyian. Abang menyanyi untuk Band Perbendaharaan. Banyaklah majlis keraian anjuran Kementerian seperti Sukan Kementerian Kewangan, Malam Budget Negara yang Abang nyanyi.
Waktu itu siapa Menteri Kewangan?
Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tengku Razaleigh suka lagu keroncong, yang abang ingat ‘Selendang Sutera’, Tun Daim tak kisah lagu apa dan Dato’ Seri Anwar suka lagu Hindustan Kabhi-kabhi, Chanda oh chanda, lagu R. Azmi ‘Memikat Hati’. Menteri-menteri itu pernah bersalam dengannya dan menyatakan terhibur dengan nyanyian Abang Mat dan itulah satu kepuasan bagi Abang. Katanya tersenyum.
Lagi?
Pada tahun 1987 juga Abang mewakili perbendaharaan untuk pertandingan nyanyian Kementerian Kewangan Peringkat Kebangsaan dan mendapat tempat ke-3.
Tempat ke-2, “Bintang Asli” anjuran pegawai-pegawai Kerajaan bagi Wilayah Persekutuan (1989). Tempat Ke-3 Bintang Kementerian Kewangan pada tahun 1992. Membuat Persembahan pada Majlis-Majlis anjuran Kementerian di Seluruh Tanah air. Menjadi Juri pertandingan akhir Pertandingan Karaoke K-Force 2006, bersama Marlia Musa.
Selain di pertandingan di mana lagi(menyanyi) ?
Abang pernah juga menyanyi di Hotel-hotel dan pernah mencuba nasib di kelab malam. Tapi Abang Mat tak tahan kerana terpaksa bekerja pada esok pagi. Jadi Abang ambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap kerja sahaja.
Kenapa tak teruskan nyanyian atau buat rakaman?
Suka-suka sahaja, tapi puaslah menyanyi kerana merata tempat Abang dapat pergi seperti Sabah, Serawak dan Singapura ikut program Kementerian Kewangan. Rakaman itu ada juga yang tawarkan masa menang pertandingan ‘Terbang Helang’ tapi janji tinggal janji sahaja. Katanya kecewa.
Sekarang tak menyanyi lagi?
Sekali sekala. tapi lebih kepada bidang pengacaraan- kenduri kawin, untuk acara sukan atau keramaian yang lain.
Okey terima kasih Abang Mat.
Sama-sama dan terima kasih kerana sudi jemput Bang Mat!
(Bang Mat ni orang yang banyak beri dorongan pada ku untuk menyanyi dan masuk pertandingan nyanyian. Dia kata rugi bakat di sia-siakan begitu sahaja. Sejak mengenalinya banyak dah pertandingan yang dah aku masuk. Sama ada dia yang memberitahu tentang pertandingan atau datang memberi sokongan moral. Maka banyak juga yang aku menang dan banyak juga yang tak menang-menang-bukan kalah ya.! )
3 comments:
Selepas saya membaca cerita pasal abg mat nie, barulah saya tahu sapa abg mat nie sebenarnya. Boleh tahan juge dia nie menyanyi heh !!! Syabas !!! Saya rasa saya pernah ketemu dengan abg Mat nie semasa disatu kenduri kahwin di Shah Alam baru2 nie. Nampak muda orangnye ... Masa tu dia menyanyi lagu "HUJAN" dan lagu "PASIR GDOBOH". Saya rasa dia mesti ingat lagi punyer... Apa2pun saya nak ucapkan syabas kepada beliau dan siapa kata orang bukit bulat tak boleh, silap lah dia orang !!! Betul tak Abg Mat ?? Ikhlas dari adik Buah Sepam ...
assalmualaikum suma.betul la katanya sapa tu..Donmiklo.rasa-rasanya wak macam pernah jumpa la dgn abg Mat ni.kalau tak salah wak nama glamour dia dulu Mohd.Farid kan. Kalau betul la dia tu suara nya Ya Allah,memang ganteng lah.hendak-hendaknya kalau nyanyi lagu HARYATI. wadduuhhh... wak suka sgt lagu tu.apa pun wak ucapkan selamat maju jaya lah pada abg Mat ni ye.semoga bahgia la selalu. Wassalam.
Wakjebon ni kawan lama Abang Mat ke? Memang lah WakJebon Bang Mat ni suka nyanyi lagu Indon, keroncong, asli dan macam-macam lagi yang saya respect bila dia nyanyi lagu asing macam hindustan dan Filipina ke...kagum DekNon!
Post a Comment