03 July, 2008

Kongsi emel- Terima Kasih (Pelajar Praktikal USM)


Pada 30 Jun 2008 tamatlah tempoh latihan praktikal bagi pelajar-pelajar USM di Bahagian Terjemahan. Sayang sekali saya pulang bercuti di kampung pada tarikh itu kerana menziarahi keluarga dan ibu yang telah lama kurang sihat. Hari ini emel itu telah sampai ke mailbox saya dan kita kongsi emel itu.


Azren Kamarudin to me show details 12:52 AM (16 hours ago) Reply

Assalamualaikum Enche Lah, saya Azren. Pelajar praktikal dari USM nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua staff yang ada di Bahagian Pengurusan dan Hal Ehwal Terjemahan. Kami berlima ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa atau tingkah laku kami yang tak menyenangkan sepanjang berada di ITNM. Semua pengalaman yang kami dapat akan kami gunakan pada waktu bekerja sebenar nanti.


Kami ingat boleh bertemu dengan Enche Lah dan staff yang lain semasa jamuan perpisahan, tetapi tidak semua hadir bekerja pada hari tersebut. Jadi saya mewakili 5 pelajar praktikal USM di ITNM menggunakan email sahaja untuk berhubung, minta maaf jika cara ini kelihatan tidak sopan.

Kirim kan salam kami kepada ustaz dan semua staff di sana.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima kami untuk menjalani praktikal di tempat tuan.

Kami akan terus mengikuti perkembangan ITNMB daripada Blog Tuan.

Sekian.


Okey la tuh...Saya pun ingin meminta maaf kepada anda semua salah dan khilaf jika ada. Al maklum sahajalah kita manusia. Salam kepada ustaz telah disampaikan dan ustaz membalas sambil senyum (saya pun tak tahu apa yang ustaz fikirkan!). Gunakanlah apa yang baik diperolehi di sini sebagai panduan dan yang tak baik itu tinggalkanlah di sini jangan dibawa pergi bersama. Saya bagi pihak warga ITNM mendoakan anda beroleh apa yang dicita-citakan. Ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk.

1 comment:

Anonymous said...

salam....maaf jika komen saya ni mengganggu...saya pelajar kejuruteraan elektronik perubatan... kalau boleh,saya nk taw cm ner nk wat prak kat usm...???? tolong....