Saya dikhabarkan saudara menjadi mangsa rogol haiwan?
Gossip tu tidak benar sama sekali. Cuma ruangan dapur eksklusif saya di CEROBOH dek mahluk tuhan yang nakal.
Monyet ke kera sebenarnya?
Firasat saya spesis kera kalau badan boleh membolosi lubang-lubang jeriji yang indah.
Bagaimana 'pencabulan' itu berlaku?
Peristiwa malang ni berlaku pada tanggal 5 Julai 2008, waktu tak pasti kerana saya di pejabat mencari rejeki halal. Sekembali dari pejabat dengan rasa kehausan tekak ingin menjamah jus yang segar. Mengkala punat lampu dipetik saya terus kaget melihat kulit-kulit telur dan beras bertaburan di lantai. Paling kachewa bila melihat sisa-sisa lelehan telur di atas tikar Sawarak yang mahal lagi anggun...
Robek hati bercampur amarah membakar. Dengan hati pilu saya memapah tikar ke sumur untuk dicuci. Kemudian menuai beras yang bertaburan di lantai sebelum mop lantai dengan wangian. Paling menyakitkan saya terlepas waktu membadak hari tu gara-gara kera durjana. (Tapi saudara lupa kera itu juga mencari rejeki yang halal!)
Pada pendapat saudara apa yang menyebabkan haiwan itu datang?
Mungkin mereka teruja melihat dari dekat dapur saya yang eksklusif.
Bagaimana saudara pasti yang itu adalah kera kerana ia mungkin langsuir ataupun puaka yang sebenarnya yang masuk ke rumah saudara?
Makhluk halus tak datang di siang hari cuma haiwan-haiwan liar jer.
Ada kehilangan atau kerosakan barang yang dapat dikesan di rumah saudara?
Cuma tikar Sarawak yang berbau hanyir telur.
Jiran-jiran pernah tak mengalami kejadian yang sama?
Dari gossip yang didengar cuma yang tinggal di tingkat bawah.
Adakah ianya serius?
Cuma pencerobohan makanan jer.
Pendapat saudara mengenai kejadian ini?
Takdir Illahi, telur yang dibeli rezeki kera-kera.
Ada buat laporan polis dan mengapa?
Saya fikir nak ngadu kat XXX jer.
(XXX ops ditapis atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri)
Nasihat saudara kepada pembaca atau jiran tetangga.
Jangan cuai dan lupa untuk tutup tingkap kalau keluar rumah.
Gambar ini sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan pencerobohan tersebut. Mohon maaf pada haiwan yang terlibat.
No comments:
Post a Comment