31 December, 2010

Peristiwa Sepanjang Dua Minggu Berlalu


Kak Lid dua dari kiri dan Sue empat dari kiri.

Terlalu banyak peristiwa yang berlalu sepanjang dua minggu yang berlalu hingga tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan di blog ini. Pada 17 Disember 2010 dua sahabat di ITNM menamatkan perkhidmatannya secara serentak. iaitu Sdr. Suziana Abd Aziz (Sue) dan Sdr. Norlida Jantan (Kak Lid). Sue memang lama telah berkhidmat dengan ITNM iaitu sebelum kewujudan ITNM lagi-kira lebih dari 17 tahun dan Kak Lid saya kira mungkin mencapai 12 tahun.

Kedua-duanya ingin memberikan tumpuan kepada kehidupan peribadi dan masih mahu meneruskan kerja-kerja penterjemahan secara sambilan. Kepada keduanya saya mengucapkan selamat maju jaya. Ucapan selamat maju jaya juga tidak lupa untuk Puan Zinitulniza kerana menamatkan perkhidmatan dengan ITNM dengan tarikh yang hampir sama.


Puan Ramlah Sedang menyanyi


Pada 18 Disember 2010 bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam telah berlangsung perkahwinan anak rakan yang aku kenali di sewaktu berkunjung ke Australia pada 2008- Yana. Selamat pengantin baru Yana semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Puan Ramlah tak lepas peluang menyumbangkan sebuah lagu - Jerat yang dipopularkan oleh Harvey Malaiholo. Aku pun sempat juga melepaskan gian menyanyikan 2-3 lagu dalam majlis itu. Dapat Hadiah lagi dari abang dan adik yang jaga karaoke tu. Terima kasih ya.



18 Disember 2010 juga Nur Hanani Laidin rakan sepejabat dan pasangannya Mohd Yusri Yahya selamat diijabkabulkan di Dewan LJT di Taman Melawati. Besar dan selesa dewan tu. Yang tak tak best ada adik yang bagi cuba-cuba minum air Gofresh keluaran Sime Darby depan pintu masuk. Dah minum-minum segan lak tak beli. Beli pulak sampai 6 pek sebab terpedaya dengan hadiah percuma. Aduya. Apa pun untuk Hanani semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

29 December, 2010

Pening kerana Security Shield

Ketika hati berkobar-kobar merangka draf untuk novel humor terbaru, komputer di rumah buat hal. Tekan sahaja sebarang applikasi muncul notis Security Shield kecuali explorer atau Mozilla. Sah komputerku sudah diserang virus. Aku ni bukan pandai sangat nak betulkan komputer. Macam mana virus itu boleh masuk aku pun tak faham. Tapi menyedari bahawa komputer ini terletak dalam bilik tamu dan siapa sahaja bebas menggunakanny ketika menjadi tamu, aku menerima sahaja apa yang terjadi dengan reda. Tetapi kenapa di waktu ini? Ketika idea datang dengan lebat sekali? Itulah ujian namanya.

Seperti biasa aku menelefon doktornya iaitu adikku yang memang pakar dengan komputer dan itu memang tugas rasminya di pejabat. Aku sebutkan nama virus itu-nyata dia tidak pernah mendengarnya. Lalu menasihatiku supaya mencari di google bagaimana cara untuk menghapuskannya. Pada awalnya aku mendapat panduan dalam laman sesdawang secara bertulis tanpa bantuan visual. Banyak rupanya panduan-panduan itu. Tetapi yang kurang enak ialah kebanyakan panduan itu dalam bahasa Inggeris. Aduhai.

Akhirnya aku mendapat idea untuk mendapatkan panduan itu dalam bentuk visual sepenuhnya dan youtube menjadi pilihanku. Memang di situ juga terdapat berpuluh-puluh penerangan dan tata cara menghapuskan virus yang dimuatturun oleh virus trojan dengan tujuan untuk menjual produk dan juga menyalin nombor debit kad pengguna yang terpedaya. Awas anda di luar sana jangan mudah terpedaya mengikut langkah-langkah yang dinasihati dalam perangkap virus Security Shiled.

Di sini saya ingin berkongsi cara jika anda menghadapi masalah berkaitan virus yang menyerang komputer anda. Jangan panik berfikir dengan tenang. InsyaAllah jalan penyelesaianya ada. Cari di google apa virus yang menyerangnya dan selepas itu gunakan youtube untuk mendapatkan panduan secara visual langkah demi langkah menghapuskannya. Hasilnya anda akan merasai dirinya sangat bernilai!

24 December, 2010

Novel Lembayung Cinta

Dato' Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Baju Batik yang aku pakai itu ITNM bagi - RM180.00- Gaya Warisan.

Alhamdulillah semuanya selamat sempurna selesai walaupun di awal pagi semalam aku menerima berita kurang baik dari teman yang telah berjanji untuk hadir sama ke majlis ini tetapi membatalkan janjinya di saat-saat akhir kerana ada urusan di luar Kuala Lumpur. Teman tidak mahu menghampakanku dan menggantikan orang lain tetapi aku kurang selesa kerana aku juga mengenali dan memaklumi kondisi penggantinya itu.

Hari semalam jadualku terlalu padat kerana aku mempunyai acara di DBP pada sebelah pagi manakala sebelah petang adalah acara yang sangat bermakna buat diriku sendiri. Aku cuma tenang menerima semua yang hadir secara tiba-tiba dan aku memikirkan tentang rahmat yang ada di sebalik ini.

Aku menelefon seorang lagi teman lain yang juga berminat untuk hadir pada majlis itu. Namun jawapannya tidak menyebelahi diriku. Temanku sibuk untuk hari semalam. Aku melewati bilik kawalan di apartmentku ketika meneruskan perjalanan ke DBP dan aku melihat anak remaja tetangga ramai melepak di situ lalu aku melakukan percubaan menculik salah seorang dari mereka untuk hadir-bertujuan tidak lain cuma untuk menjadi juru rakam peristiwa yang penting buatku pada petang semalam. Rugi kalau berlalu begitu sahaja. Ia mungkin sekali seumur hidupku! Tak akan ada lagi selepas ini.
Aku ingat cuma dapat RM500.00 tapi rupanya lebih dari itu. Alhamdulilah terima kasih panel juri, MBBY dan Pelangibooks.

Salah seorang dari mereka aku sasarkan dan tentulah yang aku nampak berkaliber untuk melakukan tugas itu. Perbualan berlangsung selama lebih kurang 3 minit dengan memperkenalkan diriku dan masalah yang aku hadapi serta tujuanku yang aku sangat harap-harapkan darinya. Alhamdulillah, adik yang memperkenalkan dirinya sebagai Danial itu bersetuju.


Semua pemenang (kecuali seorang pemenang dari Sarawak yang tidak hadir)bersama panel juri.

Lalu aku menetapkan jam 1.00 ptg sebagai waktu untuk aku untuk menjemputnya di tempat itu. Tanpa banyak soal dia bersetuju dan aku merakamkan no telefon bimbitnya untuk memudahkan urusan.

Pagi itu ketika acara penyampaian Hadiah Pertandingan Menterjemah Cerpen Mahua IPT Malaysia berlangsung di DBP dan hampir melabuhkan kesudahannya hatiku semakin gelisah. Bimbang dengan segala macam kemungkinan yang akan berlaku. Ye lah aku tak kenalpun Si Danial tu mahu ke dia menolongku? Lalu aku berfikir positif sahaja dan mendoakan yang baik-baik. Aku melangkah awal keluar dari majlis itu untuk menelefon Danial dan memberi signal satu jam dari waktu itu akan sampai di tempat yang dijanjikan.

Danial mengangkat telefon dan memberitahu dia sedang berada di Hospital menemankan kawannya yang menerima rawatan di situ. Aduhai! Sempatkah dia balik ke apartmentnya? Itulah soalan yang bermain di mindaku. Bagaimana kalau rawatan itu memakan masa yang panjang sehingga Danial membatalkan janjinya. Aku cuba bertenang lagi. Yang aku fikirkan jika Allah mengizinkan semuanya akan jadi.

Perjalanan pulangku ke apartment untuk menjemput Danial menjadi semakin menyesakkan dadaku apabila aku terperangkap dalam kesesakan jalanraya di MRR2. Adakalanya aliran jalanraya itu tidak bergerak untuk 5 minit. Aku kelewatan 15 minit dari waktu yang aku sendiri tetapkan. Tiba di apartment aku menelefon Danial -dia masih dalam perjalanan dari Hospital! Aduh. Jam menunjukkan 1.15 petang sedangkan aku dikehendaki melaporkan diri pada jam 2.30 petang. Aku nekad jika Danial tidak tiba sehingga jam 1.30 petang aku akan ke PWTC- lokasi majlis tanpa dirinya. Tak di rakamkan pun tak apalah jika itu sudah takdir.

Dalam waktu menunggu itu aku tidak henti-henti menelefon Danial untuk mengetahui lokasinya. Alhamdulillah jam 1.30 ptg dia tiba dan kami sepantas kilat menuju ke PWTC dan aku melewati peristiwa itu dengan nafas lega. Tak sangka di situ dapat jumpa kawan-kawan lama dari DBP Nan dan juga Sdr. Uthaya Sankar dan paling tidak di duga En Razin Pengurus Jabatan Korporat ITNM yang juga turut hadir memberikan ucapan tahnaih! Terima kasih. Terima Kasih juga Danial.

Jam 5.30 petang di kawasan pakir kereta Hentian Putra hari itu ketika selesai menghadiri majlis yang membuatkan aku senyum sepanjang hari. Jantungku aku berdebar kencang apabila aku menyedari ada percubaan menceroboh keretaku. Kunci pintu kereta rupanya sudah diumpil!

Novel Lembayung Cinta. RM15.90 Sem/RM16.90 Sabah Serawak
ISBN:978-967-5671-21-0

21 December, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi



Setahun penantian yang berakhir dengan kepuasan dan dapat menarik nafas lega buatku apabila inilah novel pertama dapat diterbitkan setelah memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi. Hadiah akan disampaikan sempena Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur KLCBF 2010. Jangan lupa dapatkan novel ini di Gerai Pelangibooks ya teman-temanku dan peminat novel.

Lembayung Cinta mengisahkan tentang hidup sebuah keluarga Mariam yang terpaksa berhadapan dengan kematian suaminya Rosli. Mereka mempunyai dua orang anak yang sedang membesar bersamanya iaitu Adam dan Marsya. Berbagai masalah yang dihadapi oleh Mariam setelah suaminya meninggal. Namun Mariam tetap sabar dan tabah mengharungi dugaan. Mariam juga bernasib baik ketika behadapan dengan semua masalahnya itu Lembayung Cinta peninggalan suaminya membantu menyelesaikan misteri yang ada.

Apakah Lembayung Cinta itu dan apakah masalah-masalah yang dihadapinya sehingga Mariam dapat membantu kes jenayah yang dihadapi oleh pihak Polis? Dapatkan jawapannya di dalam Lembayung Cinta! Lembayung Cinta setebal 280 halaman, terbitan Pelangibooks.

Kata-kata-Dipinjam dari teman tagged

Ketika menelusuri profile tagged teman-teman yang menghulurkan salam perkenalan, tiba-tiba hati terpaku pada serangkai kata-kata yang selalu menepati kejadian. Bunyinya:

Kesedihan umpama hujan, Walau selebat mana ia turun tetapi suatu masa ia pasti akan reda juga.

Bagaimana ia reda sama ada dipujuk, memujuk diri sendiri atau setelah penat bersedih dan berhenti secara sendiri, yang pasti ia tetap akan reda. Jangan biarkan diri anda mati dalam kesedihan kerana Allah menjadikan dunia ini tempat ujian dengan berbagai rencah rasa-suka duka, gembira, berdebar-debar, takut, murung, pilu dan berbagai lagi.
Anda berupaya membawa perasaan itu dari satu keadaan ke suatu keadaan jika anda keluar sebentar dari perasaan yang anda alami itu dan mengarahkan perasaan anda ke destinasi yang betul sesuai dengan keadaannya.

11 December, 2010

Hadiah buat seorang sahabat, teman dan dunia.




Apa kena mengena gambar ni yang kau nak post kat blog kau Cik Kiah oi..Memang tak ada kena mengena dengan aku okey. Ini adalah hasil kerja tangan aku yang aku lukis awal tahun ini-setelah menyimpan anugerah yang diberikan itu selama lebih 10 tahun! Ramai kawan-kawan yang tak tahu sebenarnya aku ni suka melukis sewaktu dahulu. Masa sekolah banyak masuk pertandingan melukis poster dan yang menang pun banyak juga. Memang seronok kalau menang, puas rasanya. Berbaloi. Mulut pun nak senyum je sebab puas. Dek kerana minat itu aku pun melanjutkan ke bidang grafik Di UiTM Shah Alam.

Bila dah tamat belajar dan terlibat dalam bidang ini lama-lama mula rasa bosan dan mual. Seni adalah sesuatu yang abstrak. Jika sudah mematuhi peraturannya ia sudah benar. Tetapi yang tidak benar apabila sukar untuk menemukan kehendak dan cita rasa manusia yang kompleks!

Manusia dengan seribu keanehan kadang-kadang mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Seolah-olah berada di bumi asing. Malah tidak juga menemui apa yang dia mahu setelah berulang-ulang kali ia berhadapan dengan akhiran kepada pencariannya. Atas nama kesempurnaan itulah dijadikan asas kepada pencariannya sedangkan yang Maha Sempurna itu hanyalah Allah. Jika sekalipun apa yang ditemui itu sudah ada-adakah ia sempurna pada pandangan mata berjuta-juta manusia yang lain? Dan adakah kesempurnaan itu jawapan kepada segala-galanya.

Manusia memang aneh kerana nafsunya dan bertambah aneh dengan segala jurang yang datang dan membezakan dirinya dengan yang lain. Tetapi manusia sebenarnya khalifah yang sementara dipinjamkan nafasnya ke dunia ini. Selepas itu manusia akan beku dan kaku sebelum dibangkitkan semula untuk dihitung amalannya.

Potret ini jadi hadiah harijadi Cik Kiah kepada seorang sahabat, teman dan dunia. Jika Diizinkan Allah Cik Kiah nak mengembalikan keseronokan menghasilkan lanskap dan alam semulajadi menggunakan catan air dalam waktu-waktu terdekat.

05 December, 2010

Lembayung Cinta - Impian menjadi realiti

Lembayung Cinta begitulah judul novel yang aku nanti-nantikan dan akan terbit di bulan Disember ini . Ia akan dilancarkan begitulah aku difahamkan oleh Puan Istikamah dari penerbitan Pelangibooks dua bulan yang lalu. Barangkali waktu ini mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan lima novel remaja yang bakal menemui pembaca dalam satu majlis pelancaran tidak lama lagi. Harap-harap semuanya berjalan lancar.
Rakan taulan yang mengetahuinya sudah kerap bertanyakan hal ini dan semakin tidak sabar untuk melihat kelahiran novel sulungku. Yang sering ditanyakan kepadaku adakah ia novel cinta. Itulah anggapan mereka berdasarkan kepada judulnya. Tetapi Lembayung Cinta bukan kisah cinta. Aku tidak mahu menyajikan remaja dengan kisah-kisah cinta. Jika mahukan kisah cinta cari sahaja di pasaran novel-novel cinta.
Perkembangan remaja di awal usia mereka harus didedahkan dengan persekitaran hidup keluarga mereka. Kegetiran yang harus dilalui ibu bapa sewaktu membesarkan mereka harus diberi fokus utama kerana remaja jarang melihat aspek-aspek itu kerana dalam usia begitu mereka lebih terikut dengan kehendak naluri mereka yang inginkan kebebasan dan hiburan sepanjang masa.
Kisah keluarga Mariam bersama anaknya Adam Dan Marsya yang melalui keperitan hidup di sebuah negeri di Pantai Timur pasti memberikan anda pengalaman baru kerana kisah kehidupan ini adakalanya adalah realiti kehidupan masyarakat di sana. InsyaAllah sinopsis akan disiarkan di sini dalam post akan datang jika aku telah menerima contoh kulit daripada penerbit.
Ketika ini aku sedang mencari-cari rentetan peristiwa sebelum dan selepas kejadian di Lembayung Cinta untuk meneruskan novel-novel seterusnya. Terima kasih Dato' Baha, Puan Norzailina Nordin dan rakan-rakan yang tidak dapat ku sebutkan namanya di sini atas pandangan, nasihat serta dorongan yang diberikan supaya meneruskan cita-citaku untuk menjadi penulis. Sayang anda semua...

04 December, 2010

Formula Untuk Berjaya

Saya tertarik untuk memetik kata-kata dari Angkawasan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika ditemubual oleh seorang pengacara televisyen. Katanya untuk berjaya kita perlukan:
  1. Mempunyai cita-cita
  2. Berusaha
  3. Di kelilingi kawan-kawan yang positif

Menarik bukan formula itu? Selalunya kita terus bermula dengan formula nombor 2 sahaja dan terlupa untuk meletakkan bahawa cita-cita itu perlu berada di tangga pertama!

01 December, 2010

Bicara pada dinding kaku bisu dan beku



dini hari sebagaimana biasa kubangkit
rutin lima purnama dahulu mahu diulangi
namun aneh sekali hari ini
apabila ceria tidak lagi menyapaku
untuk apa aku ke dapur menyediakan sarapanmu
jika kau tiada lagi untuk menikmatinya
melalui mulutmu yang tiada pernah jemu mengeluarkan kata

untuk apa aku seawal ini bangkit
jika hanya untuk mencari bayang-bayangmu
di ruang yang sering kau terbaring
ketika aku ke pejabat

aku terhidu kebekuan di sini
ruang ini rupanya bagaikan hampagas
persis kanvas putih
miskin warna
miskin jiwa
miskin rasa

dan aku bagaikan sedar
betapa sunyinya dirimu
ketika itu, kala aku tiada di sisi
kau mengintai kata-kata untuk berbalas
namun yang ada sebagai teman
hanyalah dinding batu yang kaku, bisu
setia membiaskan semula kata-katamu
kata-kata lara tentang hidupmu..


bonda
pada dinding batu yang kaku-bisu itu
hari ini - aku bisikan
bahawa aku amat rindu padamu
datanglah lagi kepadaku dan lupakan semalam
jika ada warna-warna hitam yang kau lihat padanya
kerana aku sentiasa membuka ruang itu
untukmu bondaku

wahai malam pekat- jangan memandang sinis aku
redakan egoismu dan rentangkanlah kedamaian
jalarkan rasa di dada ini
pada sebuah jiwa yang sering dibalut sepi di sana
bawakanlah getar rindu ini
agar nota sarat rindu terurai
satu demi satu di lapis hatimu bonda


enchelah
1 Disember 2010
Ukay Perdana

30 November, 2010

Kheruddin Suleiman - Di Mana Kau!

Jarang berkesempatan untuk pulang ke negeri tanah tumpahnya darahku (rakyat hidup, bersatu dan maju…em lirik lagu kebangsaan la pulak!). Kali ini aku berpeluang untuk pulang kerana menghantarkan bondaku ke sini setelah lebih kurang 5 bulan berada denganku di Kuala Lumpur.

Tidak banyak masa aku di Kota Bharu. Cuma 4 hari sahaja. Entah mengapa ketika menjejakkan kaki di negeriku kali ini aku tergerak untuk menjejaki rakan karib sewaktu di sekolah menengah. Kheruddin. Yang aku tahu di tinggal di sebuah bangunan berhampiran Gelanggang Seni Kota Bharu. Dahulu swaktu pulang dari sekolah aku sering melewati rumahnya dan kala petang aku mengunjungi di situ.

Masa berlalu kami berpisah. Aku ke ITM sementara dia ke UUM. Sudah jarang bertemu selepas itu kerana waktu itu cuti semesta Universiti tidak sama. Kalau jumpa pun sewaktu cuti hari raya. Selepas tamat belajar masing-masing mencari haluan hidup sendiri. Aku terlantar di Kuala Lumpur dan Kheruddin entah ke mana. Tetapi aku tetap simpan keakraban persahabatan kami di sudut hatiku.

Semalam aku kuatkan hati untuk ke rumah keluarganya di situ. Aku lihat di hadapan rumahnya ada beberapa pasang selipar dewasa dan kanak-kanak. Aku sangkakan itu adalah selipar dia dan anak-anaknya. Beberapa kali pintu itu aku ketuk tidak juga di buka. Aku sabar menunggu akhirnya seorang wanita menjengahkan kepalanya di tingkap dan menyoalku. Kaget aku nak menerangkan apa yang aku hendak sebenarnya. Lalu aku aturkan satu persatu hasrat di hatiku dan meluahkan kepadanya.

Wanita itu tersenyum katanya emak kawanku telah dua tahun meninggal begitu juga dengan suaminya. Tergaman aku mendengarnya. Begitu lama aku membiarkan teman itu sehingga perkembangan keluarganya tidak aku ketahui. Aku terbayangkan wajah bapanya yang selalu serius ketika aku berjumpa dengannya dan wajah ibunya yang sangat peramah dan sentiasa senyum melayani aku jikalau aku berkunjung ke rumahnya. Kini aku tidak lagi akan berpeluang menatap wajah-wajah yang telah pergi itu.

Aku meneruskan lagi soalan dengan bertanyakan kalau-kalau wanita itu tahu ke mana pergi anak-anak mereka. Tetapi wanita itu mengeleng-ngelengkan kepalanya. Aku sangat kecewa. Katanya kawan aku itu bekerja di Kuala Lumpur dan adik perempuannya menjadi guru dan masih tinggal di Kelantan namun maklumat lengkap mengenainya dia tidak tahu.

Teman di usia kita yang semakin merangkak menuju ke sempadan emas ini aku masih mengharapkan agar kita dapat bertemu. Telah ramai teman-teman telah pergi ketika aku tidak menjangkakan perkara ini akan tiba seawal itu. Andainya kau membaca ruangan ini sudilah kau menghubungi aku.

24 November, 2010

Pertemuan Kedua AD 84-88

20 November 2010. Tarikh penyembuh kerinduan terhadap sahabat-sahabatku. Dua puluh dua tahun dahulu setelah kita selesai mengejar apa yang kita dambakan, apa yang kedua orang tua kita mahu sempurnakan terhadap hidup kita dan apa yang di suruh oleh rasul kita menuntutnya sehingga ke negara China; kita berpisah dengan perasaan yang amat sedih kerana kita tidak pernah menjangkakan suatu masa yang akan datang kita bisa bertemu kembali dengan kuasa siber yang tercipta seperti hari ini.
Teman melihat wajah-wajahmu di hari itu seakan-akan menguatkan kembali semangatku untuk terus hidup kerana hari-hari yang semakin mendatang ini begitu besar cabarannya dan kita sering diingat dengan kematian.

Sukar sekali dikawal perasaan ketika itu aku memeluk seorang demi seorang sahabat lama. Airmata tertumpah di sana sini dan perasaan sebak menguasai hampir setiap orang. Sejak terpisah sekian lama ada yang masih kekal dihubungi berjumpa bertegur sapa, ada yang terdaya hanya mendengar suara di telefon dan pesanan ringkas, ada yang menyapa di laman sosial dan emel dan ada yang hilang tiada terkesan lagi entahkan ada dan entahkan tiada.

Besar sekali rahmatmu Ya Allah di hari itu memberikan kami rezeki berkumpul menyambung kembali silaturahim yang terputus sekian lama. Meskipun ada yang terpaksa melalui jerih payah mengharungi perjalanan jauh beratus kilometer dan melupakan kepenatan yang ditanggung badan hanya atas nama persahabatan.

Sahabat, sesungguhnya amat mahal nilai silaturahim itu yang kita dapat rasai pada hari itu dan hari itu jualah kita berjaya menjulangnya bersama ketika hayat kita masih ada. Tidak banyak waktu yang berbaki lagi rasanya kerana kita sendiri telah menyaksikan sendiri pemergian dari kalangan yang kita cintai dan sayangi. Kekosongan jelas terasa dalam keriuhan yang ada.

Sahabat di saat kita melangkah pergi pada petang itu dan begitu teruja untuk pertemuan akan datang, siapakah yang tahu di antara kita nanti ada yang tidak lagi berpeluang untuk bersama-sama pada masa yang akan datang! Marilah kita menadah tangan memohon supaya diberi lagi peluang seperti itu oleh Pencipta kita.

19 November, 2010

Al Fatihah – Allahyarham Mohd Afzainizam Mustaffa

Setiap yang hidup pasti akan mati itulah janji Allah. Kehidupan ini sementara semakin yakin kepada yang hidup apabila orang-orang yang kita sayang mulai hilang satu persatu. Begitulah dengan teman sepejabatku yang sama-sama bekerja di Institut Terjemahan Negara Malaysia - Saudara Mohd Afzainizam Mustaffa telah kembali ke rahmatullah pada 17 November 2010 (Rabu). Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras (Jalan Kuari) sekitar jam 10:00 pagi khamis.

Aku sendiripun jarang dapat berbual lama dari hati ke hati sepanjang mengenalinya. Yang aku ingat dahulu dia pernah lama tak datang ke pejabat. Aku ingat dia berhenti. Tanya kawan rupa-rupanya dia sakit. Tak silap dia orang cakap kena lelah. Lepas kembali bekerja badan dia susut banyak.

Tak lama aku pula kena sakit belakang yang berpanjangan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri. Pernah sekali ketika mengunjungi di hospital untuk mendapatkan rawatan aku terserempak dengannya yang berpakaian hospital berada di pondok kawalan di hadapan hospital. Aku sangat hairan. Dia ketika itu sedang memberi lambaian selamat tinggal kepada anak perempuannya lalu tersenyum kepadaku. Bosan katanya duduk di wad. Rupanya dia di tahan di wad kerana susah bernafas.

Dan dua hari yang lalu aku mendapat SMS dari teman pejabat mengatakan bahawa beliau telahpun dijemput Ilahi. Meninggal kerana mendapat serangan jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu dan semoga kau aman di sana.

Al-Fatihah buatmu.



18 November, 2010

Kanvas Kehidupan-Nasi Dagang dan Nasi Minyak.

Nasi Dagang Kelantan
Nasi Minyak

Hari besar atau hari raya jika anda berkunjung ke rumah orang-orang Kelantan dan orang Terengganu anda akan dihidangkan dengan juadah tersebut. Bagi orang Kelantan Nasi Dagang dan orang Terengganu Nasi Minyak. Entah mengapa kali ini aku nak cerita pasal nasi pulak mungkin peristiwa raya dan berkawan dengan orang Terengganu yang terkandas pulang berhari raya.

Rakan itu beriya-iya nak makan nasi minyak. Macam tak sah hari raya tak makan nasi minyak. Lalu aku teringat dalam perjalanan pulang dahulu dari KB ke KL aku dan rakan-rakan sempat singgah di gerai makan di negeri Terengganu. Kaget juga kerana hidangan sarapan pagi mereka jual nasi minyak tetapi di Kelantan dengan nasi dagang selain nasi kerabu dan nasi berlauk.

Sebenarnya nasi dagang juga popular di Terengganu tetapi nasi dagang Terengganu berbeza dengan nasi dagang Kelantan dari segi penggunaan beras. Nasi dagang Kelantan menggunakan beras perang manakala nasi dagang Terengganu menggunakan campuran beras pulut dan beras biasa dengan sukatan 1 (beras pulut)dan 2 (beras biasa) manakala lauknya tidak berbeza. Di Kuala Lumpur warga Kelantan atau Thailand yang berniaga nasi dagang kini sudah tidak menggunakan beras perang lagi mungkin kerana harganya mahal dan susah untuk mendapatkan bekalan manakala nasi dagang cara Terengganu lebih mudah di sediakan.

Budaya orang-orang Kelantan dan orang-orang Siam di selatan Thai hampir sama cara mereka makan dan bercakap. Kerana itu ramai yang terkeliru mengatakan bahawa ramai orang Kelantan berniaga sarapan pagi padahal mereka adalah orang Selatan Thai.

Beras perang agak keras berbanding beras biasa. Oleh yang demikian masa yang agak lama diperlukan untuk memasaknya. Ia perlu direndam semalaman supaya lembut dan memendekkan waktu memasaknya dan kadang kala teknik menyiram air kukusan kepada beras itu ketika mengukusnya digunakan bagi mempercepatkan ia kembang.

Orang Kelantan juga suka makan nasi minyak dan menjadi makanan pilihan sebagai juadah hari raya tetapi pada hemat saya ia tidak segah nasi dagang. Begitulah cerita nasi dagang dan nasi minyak budaya dua negeri berjiran yang sedikit berbeza.

17 November, 2010

Salam Aidiladha 2010




Gambar paling atas, juadah raya. Gambar atas teh hadiah Kak Az dari turki-terima kasih ingatkan kami. dan di sebelah rakan-rakan yang berkongsi raya di rumah.
Hari ini dah raya lagi. Raya Haji. Masuk dua raya Bonda beraya bersamaku. Malam tadi bonda tidur awal kerana kurang sihat. Aku terus ke dapur untuk buat Nasi Minyak. Adik2 dan keluarga serta rakan-rakan yang tak dapat nak balik aku ajak beraya di rumah.

Sudahnya pagi-pagi selepas sembahyang raya rumah sudah penuh dengan rakan-rakan dan adik bersama keluarga datang ke sini. Penat badan tapi rasa berbaloi dapat menjamu mereka denga apa yang ada. Cerita teman dua hari lepas bekalan ayam bulat habis di TESCO. Bukan sorang yang cerita malah rakan pejabat juga. Aku agak ramai yang missed makan rendang ayam kali ini. Apapun bukan target aku nak beli ayam untuk raya syukur alhamdulillah.

Apalah cerita saudara-saudaraku yang di kampung. Hanya panggilan telefon dan kiriman SMS sahaja yang dapat. Semoga mereka menyambut aidiladha dalam keadaan yang bahagia walaupun bonda tiada bersama. Seminggu lagi mereka akan jumpa bonda.

Kepada teman-teman yang sudi datang berhari raya, terima kasih banyak. lepas ni kita buat parti pulak ya.

15 November, 2010

Kanvas Kehidupan- Di pintu sebuah tandas

Di pintu sebuah tandas sebuah pasaraya. Yang gah. Dan yang datang ke sinipun aku percaya mempunyai perasaan yang gah kecuali aku yang datang cuma untuk menemani ibu yang sangat gemar membeli belah di tempat-tempat yang aneh begini.

Sementara menunggu ibu. Aku berdiri di tepi meja penjaga pintu tandas. Aku lihat banyak sekali wang syiling di mejanya. Ada yang siap bersusun seringgit, seringgit untuk memudahkan dia mengembalikan wang baki kepada pengguna tandas. Penjaga perempuan itu sedang memotong-motong tisu tandas kepada bahagian-bahagian kecil dan melipat-lipatkannya lalu menyusunnya di atas meja.

Tisu itu bukan untuk dijual. Aku tahu sebab aku sangat biasa menggunakan tandas itu. Siapa yang telah bayar untuk masuk ke tandas dia boleh mengambilnya. Tujuan perempuan itu melakukan demikian untuk mengelakkan pembaziran penggunaan tisu jika ia dibiarkan di dalam tandas itu. Wah alangkah buruknya sikap pengguna tandas di Malaysia sehingga urusan tisu yang sekecil itu pun harus di kawal oleh penjaga tandas.

Aku bertanya sendirian adakah ini suatu perniagaan yang menguntungkan. Belumpun aku mendapatkan jawapannya tumpuan aku dicuri pengguna yang pantas keluar masuk ke dalam tandas itu. Berbagai gelagat walaupun sudah diletakkan label kadar yang harus dibayar masih ada yang bertanya dan ada yang terus membayarnya.

Aku tertarik kepada episod pertama seorang wanita Afrika – mengenalinya menerusi persis pakaian tradisinya berleher besar dan bertudung besar tetapi pakaiannya sangat glamour. Wanita itu terus masuk tanpa membayar dahulu lalu perempuan itu terus menyapanya. Wanita itu berundur dan ke meja dan bereaksi tidak sengaja. Dia melihat label harga penggunaan tandas yang disediakan dalam dwibahasa itu dan membuka beg tangannya. Agak lama dia membelek-belek mencari wang. Akhirnya dia mengeluarkan wang kertas RM50.00 aku sedikit terkejut. Takkanlah dia tiada wang kecil atau sengaja mahu menguji penjaga tandas itu.

Penjaga tandas itu lantas menanyakan kepadaku kalau-kalau aku ada wang kecil untuk ditukarkan. Ketika itu aku sudah berbelah bahagi antara mahu membayarkan sahaja untuk wanita itu dan menukarkan sahaja wang kecil. Mana satu yang harus aku lakukan. Tiba-tiba penjaga tandas itu seperti dapat membaca fikiranku lalu berkata "jangan layan dia tu kalau ada wang tukar beri sahaja tukar." Aku terus dapat menangkap apa maksudnya lalu aku keluarkan wang tukaran. Selesai satu episod.

Episod kedua pula berlaku. Seorang pemuda berusia 30an berjalan membabi buta masuk ke dalam tandas walaupun di sapa oleh penjaga. Perempuan penjaga itu sekali lagi memandang aku seolah-olah ingin memberitahu bahwa dalam banyak-banyak orang memang ada orang yang seperti itu. Aku sendiri merasa malu kerana perempuan penjaga tandas itu adalah orang Indonesia. Ia tak secara langsung menggambarkan sikap biadap orang Malaysia! Aduh malu sekali.

Setelah beberapa minit lelaki itu keluar dari tandas dan di sapa oleh perempuan itu untuk membayarnya. Bukan mahal Cuma 30sen sahaja. Tetapi lelaki itu penuh dengan ego memandang kepada perempuan penjaga tandas dan mengatakan dia tidak mengguna tandas itu.

"Sekali masuk 30 sen walaupun cuma bercermin muka sahaja." Kata perempuan penjaga tandas itu.

Namun tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Aku malu sungguh malu sekali melihat adegan-adegan itu. Barangkali jika aku menjadi penjaga tandas itu tentu aku berjaya menulis sebuah novel tentangnya.

09 November, 2010

Malam Puisi Riong Berita Harian & ITNM


Peminat-peminat puisi tanahair silalah hadir ke acara Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.

08 November, 2010

Selamat Maju Jaya Syed Ali


Syed Ali tu yang duduk di hadapan sebelah kiri pakai cermin mata. Yang muka macam sedih tu dialah..tau pulak di sedih (hehe..sabar Sheikh)


Tak lama di ITNM cuma tiga tahun sahaja. Begitulah 'pendeknya' umur teman-teman yang datang dan bekerja di ITNM ni. Tapi ada juga yang 'liat' dan panjangnya umurnya seperti aku dan 'yang lain-lain' selagi belum ada seru untuk berhenti selagi itu kelibatku akan terus berada di sini.
Walau apapun itu lah rezeki di tangan tuhan. Nasib kita tidak sama walaupun sama pada satu satu masa. Tetapi ia tidak akan sama sepanjang masa. Kita terus berdoa dan berusaha untuk dapat sesuatu yang baik dalam hidup dan yang ditentukan Allah itu berbeza-beza bagi setiap ciptaanNya.

Dah hilang seorang teman makan tengah hari aku... Syed atau aku panggil 'Ustaz' sahaja kau jangan jadi kacang lupakan kulit pulak. Aku merakamkan pantun aku telah aku bacakan sewaktu jadi 'emcee' majlis perpisahan tempohari untuk kenangan.

Dua tiga kucing berlari,
Kucing berlari di atas balak;
Dua tiga boleh kucari,
Sudah dapat berhenti pulak.

Tuai padi antara masak,
padi masak dibawa budak;
Intai kami antara masak,
Esok jangan tergila talak.

Harap kau tak kecil hati dengan pantun jenaka aku okey. Aku doakan kau semakin berjaya di sana. Adios.

31 October, 2010

Tahniah Pasukan Bola Sepak Kelantan

Malam tadi kawe bermalam di rumah adik di Bangi. Pagi tadi adik kawe keluar rumah pagi-pagi lagi cari nasi berlauk untuk kawe dan bonda, lepas itu balik dari gerai tu adik kawe bawa berita yang kawe pagi-pagi lagi dok tertanya dalam hati sebab malam tadi kawe tak boleh nak buka tv sebab bonda tidur depan tv. Kalau tak sejak semalam kawe dah tau keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia tu.

Adik kawe bagi tahu pasukan negeri kami adik beradik, Cik Siti wan Kembang dah menang 2-1. Itu adalah sejarah bagi pasukan Kelantan menang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Tahun lepas pasukan ini juga bertarung dengan pasukan yang sama berlawan dengan Negeri Sembilan. Kawe walaupun bukan kaki bola tapi bab yang melibatkan negeri tiba-tiba raa darah kawe. Gomo Kelate gomo.

29 October, 2010

Bisikan Sendu


Teman atas teman
kita dipertemukan
singkat sekali waktu itu
kita diberi peluang untuk kenal
seperti sesingkatnya usia di dunia ini
kita diburu keterbatasan yang melampaui segalanya
tuntutan kerja dan kasih sayang pada kehidupan
atas rasa tanggungjawab kita sering terpisah
namun ingatan silaturahim tetap menghijau
dan terus hijau di sanubari
hari itu aku dikejutkan dengan berita pilu
kau terlantar dengan keanihan kesakitanmu
sayang sekali aku terus direntangi tanggungjawab
yang tidak dapat aku abaikan pada kehidupanku
namun aku tidak pernah aku berputusan asa
untuk menghubungi dan mendapatkan khabarmu
di tanah kelahiranmu yang bergelar Serambi Mekah
hanya aku dapat kiriman sms dari saudaramu
mengatakan kau tidak lagi berdaya membalas
helaian-helaian pertanyaan yang datang
di telefonmu.
akhirnya ketika aku tidak pernah putus
untuk berdoa buat kesihatanmu
aku terkaku mendengar tiupan sendu
seorang sahabat membisikkan bicara
kau sudah pergi dijemput Ilahi
makin aku merasakan
bahawa kehidupan ini
sementara yang pasti
satu demi satu
ruang itu di hati
makin kosong
aku telah disoal dengan keimananku
aku telah ditanya mengenai kesementaraan ini
aku telah dipujuk menjadi manusia yang semakin reda
dengan hakikat kehidupan
dan mengingatkan aku bahawa
sebenarnya aku telah hidup atas satu perjanjian
yang telah aku lafazkan
sebelum aku berpijak di sini
Enchelah
Sri Kayangan
29 Oktober 2010

21 October, 2010

Sebelas tujuh minit pagi khamis

Mengapa aku harus gembira hari ini. Dan itulah detik aku menerima panggilan telefon dari Syarikat Penerbitan Pelangi Johor Bahru. Pemanggilnya seorang wanita dan aku lupa untuk menanyakan namanya. Ia bertanyakan untuk memastikan bahawa telefon itu adalah milik aku.

" Saudara ni pernah masuk pertandingan menulis novel remaja anjuran pelangi dan Majlis Belia Kebangsaan kan pada tahun lepas?" ia bertanya.

"ya." Kataku yang sememangnya sudah lama menunggu panggilan itu.

"Saudara Enche Abdullah…tahniah anda menang peraduan itu."

Aku terlalu kaget. Gembira sekali.

"Novel saudara akan diterbitkan bulan hadapan dan saudara akan menerima hadiah pada bulan Disember nanti sempena World Children's Book di The Mines." Dia menambah lagi.

Ahh ..aku terlalu gembira.

"Saya menelefon ini berkaitan dengan hak cipta. Pihak kami akan menghantar dokumen perjanjian pada minggu hadapan kepada saudara."

"Okey. Terima kasih puan." Aku membalas.

"Baik untuk itu boleh saya dapatkan nombor kad pengenalan baru encik?" dia meminta.

Lalu aku membacakan nombor kad pengenalanku. Aku terlalu gembira. Baru semalam aku berfikir-fikir untuk menelefon dan menarik balik karyaku kerana sudah kerap kali aku menelefon Sdr. Eliza pegawai UM yang mengendalikan peraduan ini dan katanya pihak berkaitan akan menghubungi aku sekiranya berjaya. Tapi kalau tak berjaya bagaimana. Macam mana aku nak tahu kalau aku tak berjaya kalau mereka tak menghubungi semua peserta dan memberitahu perkembangan itu. Alamatnya terperuklah manuskrip itu di situ dan tidak menjadi apa-apa.

Walau bagaimanapun novelku yang berjudul "Lembayung Cinta" itu menemukan juga jawapan kepada nasibnya dan nasibku yang mencuba buat pertama kali dalam peraduan menulis novel. Ia sebenarnya merupakan novelku yang kedua kerana novel pertamaku berjudul "Kiambang Bertaut" yang siap 85% terhenti di hujung jalan untuk memberi laluan kepada Novel "Lembayung Cinta" itu masuk menyertai peraduan.

Aku mengambil masa 2 bulan menyiapkannya setelah bonda pulang ke kampung setelah menghabiskan masa bersamaku selama lebih 2 bulan di Kuala Lumpur pada tahun lepas. Aku sungguh puas dengan percubaan ini dan aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentorku novelis dan juga seorang Chef Selebriti Norzailina Nordin yang telah meniupkan semangat agar rasa yang ada dalam diriku dan semangatku untuk menjadi novelis itu menjadi nyata. Terima Kasih sekali lagi Kak, budimu akan kukenang sepanjang hayatku!

20 October, 2010

Kongsi Emel - Profesor Lawan Mahasiswa

Profesor: "Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada?".

Seorang mahasiswa: "Betul, Dia anyg menciptakan semuanya". "Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi."Ya,Pak, semuanya" kata mahasiswa teresbut.

Profesor itu menjawab, "Jika Tuhan menciptakan segalanya, berarti Tuhan menciptakan Kejahatan.

Mahasiswa itu terdiam tidak bisa menjawab hipotesis professor tersebut.Mahasiswa lain berkata, "Profesor, boleh saya bertanya sesuatu?

"Tentu saja," jawab si Profesor

Mahasiswa: "Profesor, apakah dingin itu ada?""Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja dingin itu ada. Mahasiswa itu mnjwb, "Kenyataannya, Pak, dingin itu tidak ada.

Menurut hukum fisika, yg kita anggap dingin itu adalah ketiadaan panas. Suhu-460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi diam dan tidak bisa bereaksi pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas.

Mahasiswa itu melanjutkan, "Profesor, apakah gelap itu ada?"

Profesor itu menjawab, "Tentu saja itu ada."

Mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi anda salah, Pak. Gelap itu juga tidak ada.. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya bisa kita pelajari, gelap tidak. Kita bisa menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna..

Tapi Anda tidak bisa mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa intensitas cahaya di ruangan tersebut.Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."

Akhirnya mahasiswa itu bertanya, "Profesor, apakah kejahatan itu ada?"

Dengan bimbang professor itu menjawab, "Tentu saja!"mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi Anda salah, Pak. Kajahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan.Seperti dingin atau gelap, kajahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tidak menciptakan kajahatan.

Kajahatan adalah hasil dari tidak adanya 'Roh Tuhan' di hati manusia."Profesor itu terdiam. Nama mahasiswa itu adalah


Albert Einstein

16 October, 2010

Jangan biarkan rindu




jangan biarkan
jangan biarkan
tolong jangan biarkan
rindu itu terlalu lama di situ
kerana ia bisa membuat aku gila separuh mati

jangan biarkan
jangan biarkan
tolong jangan biarkan
rindu itu duduk di situ sehingga dia tidak tahu
untuk berbuat apa-apa lagi
dan ada yang tersenyum kerananya
sambil memandang sebelah mata

jangan biarkan
jangan biarkan
tolong jangan biarkan
rindu itu berguling-guling di kolam hatiku
sehingga ia terlepas dari cengkerangnya
menerawang di awan gelap itu
dan akhirnya hilang

jangan biarkan
jangan biarkan
tolong jangan biarkan
rindu itu terlalu lama di situ
kerana suatu masa jika ia terlalu menebal
ia akan bertukar menjadi benci yang berduri-duri
sehingga aku pernah melemparkannya jauh-jauh
apabila ia mencederakan warasku

enchelah
sri kayangan ukay perdana
16 Oktober 2010

11 October, 2010

Kanvas Kehidupan- Dalam dunia ini banyak yang aneh

Entah mengapa hari ini Allah menduga aku dengan karenah ibu yang macam-macam. Sehingga aku rasa aku keluar rumah dalam keadaan yang marah apabila nada ibu bertanyakan aku sesuatu sebelum aku keluar tadi seperti menuduh aku membuang kotak ubatnya. Sedangkan kotak ubat yang diletakkan di atas meja itu tidak aku usik sejak beberapa minggu yang lalu.

Aku memandu kereta dalam keadaan tergopoh gapah kerana sudah terlewat. Seawal pagi aku bangun untuk memasak dan mencuci pakaian ibu. Itupun ibu selalu menunjukkan sikapnya yang tidak pernah berpuashati kepadaku. Aku sedar itu adalah ujianNya kepadaku. Namun dalam sesetengah keadaan aku bisa bereaksi spontan dan itulah kelemahan diriku.

Dalam perjalanan menuruni bukit itu tiba-tiba aku melihat kelibat seorang lelaki berusia yang menahan keretaku tetapi dek kerana terlalu laju aku terbabas untuk memberhentikan keretaku hampir kepadanya. Dalam sebelum memberhentikan keretaku itu berbagai-bagai perkara yang aku fikirkan untuk menumpangkan lelaki itu.

Namun aku tolak tepi dan hanya pasrah kepada Allah jika apa-apa berlaku dengan niat hanya untuk menolongnya. AKu berharap dengan cara itu Allah mengampunkan kesalahan dan kelemahan yang telah aku lakukan diawal pagi terhadap ibu.

"Nak ke mana?" Tanyaku kepadanya.

"Down there. AU3." Ia membalas.

Wah cakap orang putih pulak pakcik ni kataku di dalam hati.

"Pakcik dari mana?"

"From my sister house- Sering Ukay" dia menunjukkan arah belakang. Aku menunjukkan arah sebenar Sering Ukay yang berada di hadapan kami. Lalu dia membetulkan maksudnya dari rumah di kawasan belakang. Aku mengiyakan sahaja walaupun aku seperti terkesan perkara yang tidak betul dan mula rasa curiga kepadanya. Dia meneruskan perbualan dengan mengatakan dia sebenarnya tinggal di Bukit Antarabangsa di kawasan yang berlaku tanah runtuh sedikit waktu dahulu. Dan sekarang hendak menuju ke AU3. Aku tak ingat rumah siapa.

Dalam perjalanan itu dia banyak berbicara dalam bahasa Inggeris menyebabkan aku terpaksa membalasnya dalam bahasa Inggeris juga walaupun aku tidak selesa dengan bahasa penjajah itu. Dia menjelaskan kepadaku bahawa dia sebenarnya seorang penyair. Wah aku juga sukakan sajak. Selepas itu dia cepat-cepat mengatakan bahawa dia mencipta dan menulis sajak dalam bahasa Inggeris. Dia menyertai pertandingan menulis sajak untuk peringkat dunia. Terlalu singkat waktu untuk aku bertanyakan lebih terperinci tambahan aku sudah terlewat untuk ke pejabat.

Dia bertanyakan di mana aku bekerja. Dalam ragu-ragu untuk berterus terang aku menyatakan juga di mana aku bekerja. Lalu dia menanyakan berapakah pendapatanku. Ah sudah meleret-leret dan aku merasakan aku tidak perlu menjelaskan kepadanya seikhlas-ikhlasnya. Dalam dunia ini berbagai-bagai perkara boleh terjadi kerana kita ikhlas. Aku menjawabnya ala kadar sahaja dan selepas itu dia menyatakan dia memperolehi pendapatan dengan menjual puisi-puisi yang ditulisnya.

Lalu dia mengeluarkan puluhan sampul surat yang tertulis tajuk-tajuk puisi. Aku sempat menjeling ketika memandu. Mesti pakcik ni nak jual kat aku hatiku berbisik. Ah tak mengapalah kalau aku sudi nak menolongnya apa salahnya. Mungkin dia perlukan duit. Lagipun aku juga sukakan puisi. Sebelum dia keluar dia menghulurkan puisinya yang berjudul 'Guidance' dan sebuah kad nama yang tertera namanya Megat Iskandar bin Tan Sri Datuk Ibrahim (Eminence of Poetry) dan menyatakan harganya ialah RM10.00. Aku menghulurkan wang dan dia memohon untuk berdoa kepadaku sambil memberikan pilihan sama ada doa itu di dalam kereta atau di rumahnya.

Oleh kerana aku sudah terlalu lewat aku minta dia berdoa di rumah sahaja. Aku percaya jika dia betul-betul ikhlas dia akan berdoa kepadaku jikapun bukan dihadapanku. Setelah turun dari kereta dia membuka kembali pintu kereta sambil berkata.

"Abdullah It's a nice car!"

"Okey Sir, Thank You." Aku meninggalkannya sedang aku terlalu bingung memikirkan keanehan yang aku temui seawal pagi ini.

Kata-kata

Aku meminta kepada Allah setangkai bunga yang segar,
Namun Allah memberiku kaktus yang berduri.
Aku meminta kepada Allah rama-rama yang cantik,
Namun Allah memberiku ulat yang berbulu,
Aku sedih, kecewa dan marah,
Betapa tidak adil hidup ini,
Tetapi kemudian kaktus itu telah berbunga,
Dan ulat itu telah berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik,
Allah menguji keikhlasan dalam kesendirian,
Memberi kedewasaan saat masalah-masalah berdatangan,
Melatih ketegaran dalam kesakitan,
Itulah jalan Allah, semua akan indah pada waktunya,
Allah tidak memberi apa yang kita inginkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan,
Ingatlah setiap rencana Allah itu selalunya indah...

02 October, 2010

Puisi-Maafkan aku




maafkan aku

yang tak berdaya menahannya

ketika kau hadir di sini


jalinan emosi yang bercelaru

membuatkan aku terkeliru

menafsirkan keikhlasanmu

sepanjang perjalanan tragedi ini


kau selalu menzahirkan

sesuatu yang tidak sepertinya

apabila kau seperti tidak dapat memaafkan aku hari ini


semalam pasti tidak akan berlaku

jika dahulu kau menjernihkan pohon-pohon kekeliruan

yang meranting memucuk terlalu banyak

di taman hati


hari ini dan esok pasti akan menjadi tugu

kepada sebuah persahabatan yang telah musnah!

Jadi maafkanlah aku sebelum tugu itu semakin teguh


Enche

Oktober 2010

Sri Kayangan

29 September, 2010

Kanvas Kehidupan: Teman oh teman

Semalam ke pejabat teman. Ada sesuatu yang merisaukan hati ini apabila panggilanku tidak berjawab. Dua kali aku dail tiada jawapan. Sehari sebelum itu aku telah menghantarkannya khidmat pesanan ringkas, juga tidak berbalas. Aku menelefon teman yang lain bertanyakan perihal dirinya. Teman yang lagi satu menasihati aku supaya pergi saja ke pejabatnya. Katanya teman itu memang selalu macam itu. Susah nak angkat telefon.

Lalu aku lapang-lapangkan masa untuk menjengahnya. Dia memang kelihatan sibuk. Waktu aku sampai dia kelihatan sedang melayan dua pelanggannya. Aku melayan diri duduk di sudut ruang bilik pejabatnya yang kecil itu. Nasib baik urusan mereka tidak begitu serius dan topiknya sama seperti urusan yang aku ingin bertanya juga.

Selesai urusan pelanggannya beredar. Itulah peluang aku nak Tanya mengapa dia tidak membalas SMS dan panggilan aku. Dan terbongkarlah cerita lucunya dan aku tidak dapat menahan perut untuk ketawa. Dia bilang telefon bimbitnya tertinggal di dalam peti ais. Bagaimana boleh tertinggalpun dia tidak pasti. Aduh! Dalam waktu itu katanya dia sangat pening kerana terdengar bunyi telefon di dapur. Bila ke dapur bunyi sayup-sayup seperti di dalam bilik. Apabila dia ke bilik terdengar pula seperti di dapur. Begitulah dia melakukan tawaf di dalam rumah!

19 September, 2010

Hari-hari ketagihan baca surat khabar dan tengok berita


Pejabat Datuk Sosilawati di Kampung Baru.

Semenjak kehilangan Datuk Sosilawati dilaporkan dan heboh di siaran TV rakyat Malaysia ketagihan membeli dan membaca surat khabar. Bayangkan sahaja pukul 10.00 pagi ke kedai runcit semua surat khabar sudah habis kalau tinggal pun Kosmo. Dan kerana dah tak ada pilihan Kosmo pun kosmo lah.. Belek 2-3 muka surat dah habis. Adik 7 E yang jual itu pun cakap Melayu dan Cina sama naik beli surat khabar untuk baca kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati.

Hari demi hari sedikit demi sedikit bahan bukti dijumpai dan didedahkan. Plot ceritanya sangat sukar dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Sejak kematian DUN Ulu Dong Datuk Mazlan yang dibunuh kejam dan dikerat 18 oleh Mona, suami dan pembantu aku rasa tak akan ada lagi pembunuhan seperti itu. Rupanya hukuman yang dijatuhkan itu tidak memberi pengajaran kepada pembunuh baru di alaf ini.

Bonda setiap hari melekat di TV sehingga setiap siaran berita di RTM1, RTM2, TV3 dan Bernama TV di 502 mahu dilihatnya tanpa missed. Hati tersirap mendengar modus operandi pembunuhan. Sungguh tak berperikemanusiaan.

Suatu pagi aku ke pasar Chow kit dan melintasi pejabat Nouvelle Visages di lot tepi jalan Raja Bot bersama bonda. Aku bilang pada bonda. "Itulah pejabat arwah." Bonda lihat dan cuma diam sahaja. Kemudian bonda cakap "Pandai berniaga walaupun perempuan!" Selepas itu waktu pulang aku bawa bonda meninjau di kediamannya di Taman harmonis. Kelihatan kenderaan memenuhi di kiri dan kanan jalan menanti untuk mendapatkan berita terkini. Begitulah kalau orang ternama meninggal. Hari ini aku cukup terharu apabila membaca berita Datuk Sosilawati memperuntukkan RM1 juta setahun untuk di dermakan untuk aktiviti anak-anak yatim di seluruh Negara. Aduh.

Semoga Allah mengampunkan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya yang dibunuh iaitu Kamarudin Shansudin (pemandu), Ahmad Kamil Abdul Karim (Peguam) dan Noorhisham Mohammad (pegawai bank) dan menempatkannay bersama orang-orang yang soleh. Ucapan takziah kepada keluarga mereka dan bersabarlah dengan ujian ini ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Cadangan untuk mewujudkan pengkalan data bagi rujukan individu yang dianugerahkan gelaran Dato adalah wajar untuk mengelakkan kejadian penipuan berleluasa. Pengajaran dari peristiwa ini juga-kita tidak boleh mempercayai sesiapapun dalam perniagaan! Habis nak percaya siapa?

11 September, 2010

Aidilfitri Tiba Lagi..




Pejam celik pejam celik Ramadan tiba-tiba telah berlalu. Begitu cepatnya waktu berputar. Dan hari ini telahpun masuk dua Syawal. Umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri yang kedua hari ini. Hari esok akan tiba dan akan berlalu sebagaimana ramadan berlalu. Dan usia kita terus berganjak mengensot ke angka yang semakin membesar. Di situlah letaknya kematangan kita dan kita diukur melalui nombor-nombor yang ada pada kita.

Sepanjang melaluinya kita banyak melakukan sesuatu untuk hidup sama ada berurusan dengan orang lain, keluarga atau diri kita sendiri. Hendak tak hendak kita tidak boleh mengelak dari melakukan kesilapan dan menimbulkan kemarahan orang lain secara tidak sengaja atau disengajakan.

Oleh yang demikian saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kesilapan dan kesalahan yang tidak saya jangkakan berlaku ke atas anda sepanjang usaha saya untuk meneruskan hidup ini. Tidak lupa saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih atas sokongan anda. Assalamualaikum.

04 September, 2010

Sambal


Terima kasih kepada pemilik gambar yang saya pinjam ini iaitu di alamat http://www.tukkabag.com.au/blog/2006/05/17/tomato-sambal/

Tengah makan berbuka tadi aku melihat ada nasi, ada lauk-lauk, ada sayur, ada sambal, ada minuman dan ada pemanis pembuka selera. Semua makanan tadi ada peranannya yang tersendiri. Dari pemanis hingga minuman.

Yang paling tertarik bagiku ialah hadirnya sambal belacan yang cuma sedikit dan ibu telah 'mengepung' untuk dirinya sahaja. Betapa kecil si sambal itu tetapi sangat bererti bagi ibu. Wujudnya sebagai pelengkap ketika bersantap. Apalah ada kepada pedasnya si sambal yang hanya memuncungkan mulut sahaja jika mengambilnya terlalu banyak tetapi tetap dikehendaki ibu.

Lalu aku mengumpamakan sambal itu seperti kita dalam kehidupan. Kita di dalam keluarga, kita di kalangan sahabat-sahabat kita, kita di pejabat dan kita dalam komuniti kita. Adakah kita ini lauk pauk yang utama atau Cuma sebagai sambal sahaja! Yang walaupun kecil jika tiada amat dirasai dan dicari-cari. Nilaikan diri kita di mana!

28 August, 2010

Indahnya Pantun - Koleksi Buku Pantun




Salam Ramadan. Sudah lama tidak menulis untuk ruangan indahnya pantun ini. Bukan tiada idea tetapi masalah bagi semua blogger ialah waktu. Sesungguhnya waktu itu amat berharga dan betullah orang dulu-dulu (dan orang sekarang pun kata :)) masa itu emas.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai buku-buku pantun koleksi saya. Sebagai peminat pantun saya memang pantang melihat buku-buku pantun di pasaran dan pasti saya akan membelinya. Tidak kira sama ada ianya murah ataupun mahal.

Buku pantun Hati Budi yang anda lihat sekarang ini merupakan sebuah buku yang diselenggarakan oleh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-10 SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan dan E. U. Kratz. Sebuah karya yang menghimpunkan pantun mengikut 35 tema dari ribuan khazanah pantun Melayu.

Tema-tema itu antaranya seperti, alif ba ta, alim taubat, berserak, bertanya, bintang, budi, bunga, cencala, cendawan, cindai, dacing, dagang, doa, intan pujian, karangan Ahmad, kasih, kenang-kenangan, mahkota, merendah diri dan banyak lagi.

Sebagai contoh saya memetik tema bunga yang dimuatkan di halaman 82.

Orang menembak di Pulau Hantu,
Asapnya naik tahun-menahun;
Setangkai bunga di gaung batu,
Taruk kaca tangkainya embun.

Melilit akar beribu-ribu,
Cengkaduk di tengah huma;
Habis akal dengan tipu,
Hendak menjolok setangkai bunga.

Cengkaduk ditengah huma,
Daun melambai di belukar;
Hendak menjolok setangkai bunga,
Bunga ditunggu naga yang besar.

Buku ini terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004 dan dicetak oleh Dewama Sdn. Bhd. No ISBN 983-62-8493-1 dan dijual dengan harga RM22.00. Jika hendak mendapatkan buku ini dengan harga yang lebih murah jadilah Rakan Dewan anda akan mendapat potongan harga untuk semua terbitan Dewama termasuk majalah-majalahnya. Kepada peminat-peminat pantun apa lagi yang ditunggu serbulah!

22 August, 2010

Kongsi Emel-Bagaimana mahu dimakbulkan doa

Salam semua SHs. dari Ibnu Abbas telah bersabda Rasulullah s.a.w, barang sesiapa mempunyai hajat maka hendaklah dia berwuduk lalu pergi ke tempat yang tidak terlihat ia oleh seseorang maka sembahyanglah 4 rakaat dengan satu salam, dibaca pada awal rakaat, al-Fatihah sekali dah Qul-huallahu-Ahad 10 kali, pada rakaat kedua bacalah al-Fatihah dan Qulhu 20 kali dan pada rakaat ke 3 bacalah al-Fatihah dan Qulhu sebanyak 30 kali dan pada rakaat ke 4 bacalah al Fatihah dan Qulhu sebanyak 41 kali.

Maka apabila selesai solat sebelum bercakap bacalah Qulhu 50 kali, membaca istifar 50 kali dan bacalah La haula wala quwwata illa billahil 'alyyul' adziim 50 kali, kemudian mintalah hajatnya pada Allah swt. Apabila ia mempunyai hutang akan ditunaikan oleh Allah s.w.t, dan apabila miskin dikayakan Allah dan apabila dia seorang (dagang) dikembalikan Allah ke tempat asalnya, apabila dia mempunyai dosa setinggi langit kemudian meminta ampun, maka diampunkan Allah dan apabila dia tidak mempunyai anak dan meminta pada Allah supayakan diberikan maka diberikan padanya.

20 August, 2010

Doa antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii).
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).

Setiap hari kita berdoa namun sering kali kita tidak menyedari(memahami) kerana sekadar melafazkan. Teringat sewaktu dibangku sekolah Cikgu Aishah guru kimia berpesan kepada murid-muridnya bahawa jika kita berdoa sesungguh hati Allah pasti akan memakbulkan doa kita.

Di waktu kecil juga kejadian aneh ini berlaku. Aku bukanlah dari keluarga yang mewah, malah sederhana yang sekadar mampu hidup dan tidak terlalu miskin sehingga terpaksa mengemis. Untuk bermewah-mewah membeli itu ini jauh sekali kerana arwah ayah berpendapatan kecil sahaja dan adik beradikku sebelas orang. Ibu pula tidak bekerja.

Wang yang diberikan oleh arwah ayah tidak banyak boleh dibelanjakan untuk membeli sepotong kuih sahaja tanpa minuman. Aku kira umurku ketika itu barangkali 7-8 tahun. Di tepi sebuah longkang besar ada tumbuhan renek. Suatu petang aku dalam keadaan malas dan entah kenapa boleh berada di situ berasa lapar dan sangat memerlukan wang. Tapi menyedari ayah tak mungkin akan berikan aku wang untuk berbelanja membeli makanan ringan di waktu petang, kerana ketika itu rakan-rakan sebaya akan keluar untuk membeli aiskerim atau apa-apa sahaja makanan ringan.

Sambil mencabut rumput dan tumbuhan renek ketika duduk di situ dan berkata di dalam hati. "Ya Allah aku perlukan duit tapi aku tak mahu menyusahkan abah..." kata-kata hatiku ketika itu di dengari Allah. Maka ketika aku sedang mencabut rerumput dan pohon renek di tepi longkang itu aku melihat ada duit 10 sen kemudian ku jumpa lagi 10 sen dan lagi 10 sen menjadikan semuanya 30 sen di dalam pohon renek itu. Duit itu sangat baru. Berkilat-kilat. Dan tidak mungkin ada orang tercicir duitnya di situ. Aku jadi bingung tetapi sangat gembira! Terima kasih Allah.

17 August, 2010

Minum air tepat pada masanya




Minum air pada masa yang tepat memaksimumkan keberkesanannya pada tubuh manusia:

2 gelas air selepas bangun tidur membantu mengaktifkan organ-organ dalaman

1 gelas air 30 minit sebelum makan - membantu pencernaan

1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah

1 gelas air sebelum tidur - mengelakkan strok atau serangan jantung

Sayangilah diri anda berikanlah yang terbaik sedangkan ia adalah perkara yang paling mudah!

16 August, 2010

Kanvas Kehidupan- Kenangan berpuasa di waktu kecil

Hari itu tersangat panjang. Sehari terasa seperti setahun. Matahari keluar seperti tidak mahu tenggelam-tenggelam lagi. Perjalanan ke sekolahku di waktu pagi sangat mendamaikan tetapi terasa begitu azab apabila waktu pulang. Tekakku terasa kering seperti hendak pecah. Tiada kata yang boleh digambarkan apabila aku kehausan ketika umurku baru menjangkau 6 tahun. Itulah tahun pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah dan kali pertama disuruh berpuasa. Umi dan abah bilang aku sudah bersekolah dan wajib berpuasa. Kini abah tiada lagi.

Apabila sampai ke rumah aku meletakkan beg yang kugalas seolah-olah menggalas tunggul kayu jati. Bahuku terasa sakit dan seolah-olah tulang bahuku bengkok tidak boleh dibetulkan semula. Aku termenung di pintu rumah yang menghadap kawasan sekolah. Kelihatan rakan-rakan sebaya girang berlari di padang. Aku bingung memikirkan dari mana mereka memperolehi tenaga itu sedang aku seperti sudah hendak mati cuma malaikat maut sahaja yang belum tiba.

Lantai lepa simen di rumahku sangat dingin sekali aku yang sudah tidak bertenaga boleh mendengar degup jantung sendiri. Aku sudah tidak larat untuk bersuara lagi. Kerana itu aku diam sahaja dan meniarap di lantai yang dingin itu. Sungguh nyaman di tambah pula angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa ke wajahku. Perutku yang panas didinginkan dengan kedinginan lantai rumahku. Aku sekejap lena, sekejap jaga saling tak tumpah seperti seekor anak kucing yang sedang nazak akan kehilangan nyawa.

Terdengar suara jiran tetangga seperti berbisik perlahan supaya aku berbuka puasa. Namun aku mengumpulkan sekuat tenaga untuk tersenyum. Aku tabahkan hati juga untuk terus berpuasa. Itulah perjuangan aku yang aku rasakan bertarung dengan rasa letih, lemah, lapar dan dahaga untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib ke atas diriku. Dan menjelang petang akhirnya aku berjaya melunaskan puasa yang aku pertahankan pada hari itu. Syabas untuk aku! Syabas untuk anak-anak yang belajar berpuasa dan mula merasakan ini satu tanggung jawabmu yang bergelar muslim.

13 August, 2010

Bila Ramadan Semua Harga Naik!



Harga ayam naik. Begitulah setiap kali menjelang ramadan. Bukan harga ayam sahaja harga kuih muih, ikan dan lauk pauk lain turut naik. Tidak pernah yang turun. Jika difikirkan secara lojik seluruh umat Islam berpuasa tidak sarapan pagi, tidak minum teh sebelum tengah hari, tidak makan tengah hari, tidak minum petang cuma makan di waktu berbuka.

Jadi keperluan membeli untuk makan sudah berkurangan. Kuantiti makanan harian sudah berkurangan. Jika sebelum puasa makan dua ekor ikan waktu berbuka mungkin seekor sahaja. Itulah pandangan mata kasarnya. Seharusnya lambakan penawarannya bertambah. Apabila bertambah tidak harus berlaku kenaikan harga. Tetapi itulah yang terjadi setiap kali Ramadan.

Di radio atau akhbar sering di dengari berita mengatakan kenaikan harga barang adalah kerana sikap peniaga dan berita yang klise ialah kerajaan berjanji akan mengawal harga barangan tertentu menjelang perayaan tiba.

Kita yang tak tau nak buat apa ni tengok dan dengar jelah...

11 August, 2010

Senyum - Surat Putus Cinta Tijah


Terima kasih kepada penulis asal surat ini yang saya tak tahu di mana ia di ambil.

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

"I would not have swine flu jab because of the GBS risk."

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

"Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS."

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

"New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody"

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

"For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine."

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

"During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this."


(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen

Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS


Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu'alam …

ShareThis

Tags:
H1N1·konspirasi·selsema babi·vaksin