20 July, 2008

Boleh Saya Tahu di Mana Rumah No. 5 Persiaran Satu?


Oh... rumah berkembar dua tingkat tu. Di Depannya Masjid dan di belakangnya mini markert.
Begitulah bunyi intro setiap kali berkumandang drama bersiri No.5 Persiaran Satu yang tersangat popular di lewat zaman 1970an hingga bertahun-tahun lamanya. Seingat saya drama bersiri itu adalah antara yang terpanjang siarannya.

Sebuah drama keluarga yang banyak membawa mesej-mesej keluarga yang sangat bagus sehingga ia sangat sesuai didengar oleh pelbagai lapisan masyarakat ketika itu dan mendapat sambutan yang sangat meluas.

Di masa belum ada stesen radio swasta jadi tumpuan masyarakat hanya kepada radio rangkaian nasional. Jika ada pilihan lain ialah siaran Radio FM dan selepas itu meledak popular Radio Malaysia Ibu Kota (RIMK).

Kembali kepada rancangan radio popular itu mengapa saya ingin menulisnya kali ini tak lain kerana dalam kesamaran ingatan kita terhadap drama itu saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang pelakon drama itu Zuraidah Musib yang memegang watak Kak Mizah.

Kak Mizah datang ke ITNM untuk menjadi juruacara Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan- Usman Awang. Beliau agak terperanjat ketika saya menegurnya sebaik sahaja acara itu tamat.

"Maaf ye saya tumpang tanya. Akak ni Kak Mizah dalam Drama No:5 Persiaran
Satu tu ke?"

Dia senyum dan tergelak besar

"Oi masih ingat lagi ya!"

Tentulah saya membesar dengannya.

"Memang mane-mane saya pergi orang masih ingat dengan Drama itu!" Jelas Zuraidah.

Watak-watak lain dalam drama itu ialah Abang Am dan adik bongsunya Amir selain pembantu kedai Abang Braim, Mak dan Abahnya. Masih Ingat?
Korang jangan jeles lak BangNon sempat bergambar ngan dia!

3 comments:

Anonymous said...

Jadi saudara masih ingat lagi kepada Zuraidah Musib ke? Dah lama jugak saya tal dengar khabar berita daripadanya, kali terakhir saya terserempak dengan dia semasa beliau menjadi setiausaha politik untuk salah seorang menteri. Beliau jugak pernah menjadi pensyarah dan saya adalah salah seorang pelajarnya di ITM Shah Alam (sekarang UiTM)pada ketika itu; beliau seorang yang peramah dan setiap kali syarahan untuk waktunya,semua orang tak sabar.

Nandre The Legend said...

Kak Mizah adalah alumni ITM dan dia akan jadi moderator pada Perdana Discourse Series kesebelas pada 30 Jun 2010 di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya.

yang mana akan dihadiri juga oleh Prof Khoo Kay Kim, Tan Sri Arshad Ayub dab Datin Freida Pilus, Sri Cempaka..

keynote address akan disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM..

selamat datang ke Putrajaya

illa said...

Waktu kecik-kecik dulu, saya selalu mendenar siaran radio ini
Teringin sekali nak mendengarnya semula