17 June, 2008

Aishah Mohon Doa Anda Semua...


Semasa perkahwinannya berlangsung blog ini belum wujud. Mungkin tidak terlambat untuk Enche mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai yang baru diijabkabulkan ini.

Tahniah kepada pasangan Noraishah Binti Abdul Rahman dan Mohd Tarmidzi bin Mohd Nadzri.
Staf di Unit Sumber Manusia & Pentadbiran, yang telah bertemu jodoh. Kenduri di rumah pengantin perempuan telah berlangsung pada 24 Mei 2008 di Kuala Terengganu. Sementara di rumah pengantin lelaki pada 1 Jun 2008, di Teluk Intan Perak Darul Ridzuan.


Enche sempat bertanya kepada Puan Noraishah, merancang hendak berapa orang anak? Katanya 4 atau 5 orang tetapi kalau rezeki lebih dia menerima sahaja ketentuan dari Ilahi.


Bagaimana jumpa jodoh ni boleh kongsi dengan semua?


"Macam ni 'dia" tu client tempat kerja lama Aishah. Aishah dulu buat 'sales' jadi Aishah 'attend' dia. Lama-lama bila buat follow-up sebagai customer kami terus berkawan. Dia datang ketika Aishah dalam berduka lara!" Kata Aishah dalam gelak.


"Bermula macam tu lah sehingga Aishah penah ikut dia balik ke Perak (kampung suami Aishah) dan jumpa semua saudara-mara termasuk Opahnya. Dari situ timbul rasa..." Aishah gelak lagi


Kira-kira 5 ke 6 bulan barulah mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.


Buat masa sekarang apa yang Aishah harapkan?


"Aishah mohon doa anda semua agar mendoakan kebahagian Aishah semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki." Amin.

Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke anak cucu.

No comments: