09 June, 2008

Salam Perkenalan 1


Salam perkenalan


Diam tak diam rupanya dah lama aku bekerja di sini. Pejam celik pejam celik 15 tahun dah umur ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia). Teringat dulu-dulu punya cerita nak menyebut ITNM bagi warga ITNM mereka dah biasa tapi bila jumpa orang luar macam-macam nama ringkas yang dia orang suka dia orang sebut. ITJN, ITN ada IJN pun ada yelah masa tu Institut Jantung Negara sedang popular (awal 90an). Tapi rata-rata yang sebut ialah ITJN.


Kalau ITJN la rasa-rasanya apa yang wajar nama penuh dia..Institut Terjemahan Jantung Negara kot! Nak terjemah jantung ke? Hehe. Tapi itulah cabarannya kerja kat sini Jantung sentiasa je mesti dalam kondisi baik. Kalau tak nasib le lu.


Lima belas tahun bukan jangka waktu yang pendek berada di sini. (13 September ni genaplah usia mu ITNM-ibarat gadis sunti, kalau berumur 15 tahun - sedang comel ). Dan sekarang memang ITNM sedang melaram menjadi tumpuan. April lepas sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ITNM 2008 berjaya menerbitkan puluhan judul karya terjemahan, setelah sekian lama menyepi...aku sendiri yang adhoc bertugas ketika itu tidak sempat nak menghafal judul-judul buku yang baru keluar dari 'ketuhar'.


Bagi adik adik yang baru bertugas di sini tentunya sangat asing dengan nama-nama Prof. Ahmad Zaki itulah Pengarah Urusan pertama ITNM. Dia adalah antara orang-orang kuat sehingga wujudnya ITNM selain dari Dr.Izhar, Pn. Atiah (sekadar menyebut beberapa nama) dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan Kementerian Kewangan.


Aku ni bila sebut je nama Prof. Zaki mesti ingat lagu Fikirkan Boleh nyanyian Metropolitan. Lagu yang kami nyanyikan setiap kali perhimpunan pada pagi isnin selain lagu Negaraku. Lagu itu diangkat agar dapat menjadi inspirasi kami untuk bekerja kuat (rasanya lirik itu masih relevan hingga sekarang-nantilah kalau ada kesempatan akan aku siarkan liriknya dalam post yang akan datang). Yang bestnya aku dan beberapa teman seangkatan mengangguk dan menggoyang-goyang kepala ala2 menari la gitu ketika muzik bridge mana taknya kalau korang dengar pun korang pun macam kita orang...


Serangkap pantun dari Prof. Zaki yang tak pernah ku lupakan di turunkan di atas papan ucapan selamat menyambut Hari Ulang tahun ITNM 1994.


Cantik Melur berbiji sagu,
Tumbuh bersama si bunga Kertas:
Dalam telur lagikan ku tunggu,
Inikan pula bila menetas


(bersambung...)


2 comments:

Atie_sl said...

Salam CheLah,
Terima kasih sebab perkenalkan tempat baru untuk sarapan pagi tadi. Lain kali boleh pergi lagi. Tapi yang tak syoknya bila makcik tu cakap "Dik, tolong le kakak ni". Siapa yang kakak siapa yang abang ni? Apa pun, kau awet muda. Hakikat yang tak boleh dinafi.Hehehe.
Sebut pasal lagu Fikirkan Boleh, saya pun tak boleh lupa tentang lagu. Dan yang pastinya semua staf 'zaman' kita tak akan lupa untuk selamanya. Paling syiok bila tengok kepala Dr. Zaki bergoyang bila dengar muzik lagu ni. Kita pun nyanyi mcm dalam dunia kita yang punya.
Oh ye.. sebelum terlupa, nak ucapkan syabas sebab dah buat blog sendiri. Teruskan menulis, kerana sememangnya kau berbakat. Rindu pulak nak baca sajak romantismu. Cair beb! Saya pun dah lama tak tulis sajak. Kadang-kadang ada dalam kepala tapi tak terluah di atas kertas. Akhirnya, lenyap begitu sahaja. Dulu selalu juga bertukar sajak dengan En Zahari (Ingat dia lagi tak?)
OK lah... sampai ketemu di lain bicara. (Harap lepas ni, masukkan sajak dalam blog ni ye..:-) )

Unknown said...

Sama-sama.Insya Allah memang nak masukkan sajak dalam blog tu antaranya yang pernah saya tulis dalam pesawat terbang...mane ade kan orang tulis sajak dalam kapal terbang tapi saya dah buat dah..dah lama dah (saya simpan).

Harap kawan-kawan lama yang pernah berkhidmat di ITNM dapat mengunjungi blog ini dan menjalinkan kembali silaturahim yang terputus seketika.
(Khaidzir,Muzamir, Hadi, Adie, Shima, Md Nor, Sofri, Akmal, May, Nik, Zul, Juphar, Carol,Eric Choo Tuck, Michelle, Tan, Kak Sham dan yang lain-lain tak tersebut namanya di sini rajin-rajin la hadir dan menulis di sini.)