Hari ini adalah hari lahirmu sahabatku Zainordin-Jai. Semoga hari ini tidak ada lagi berita kenaikkan harga minyak sebagaimana aku mendapat hadiah itu di hari lahirku dan ini puisi khas buat mu. Pesananku, Jaga lah ibumu sayangilah dia, belailah dia kerana dia semakin hari semakin rapuh!
Ada pesanan yang telah diberikan kepadaku oleh seorang sahabat dan aku tersentak ketika mendengar pesanan itu. Katanya ada 3 perkara yang jika kita melihatnya kita mendapat pahala. Pertama melihat ayat Al Quran. Kedua melihat Kaabah dan ketiga memandang wajah ibumu.
Terima kasih kerana memberikan aku kekuatan untuk terus hidup di alam fana ini dan mendorong aku untuk terus menulis di sini.
Doaku di hari lahirmu
Sahabat - doaku di hari lahirmu
Agar kau sihat sejahtera
Diberi kekuatan menempuh hari-hari mendatang
Dapat menelan dugaan bersandang iman & taqwa
Berulam kesabaran berteman kematangan
Sahabat - doaku di hari lahirmu
Agar terjaga akhlakmu sampai menutup mata
Dikunci kejahatan nafsu dilabuhkan kebaikan
Dibersihkan hati disiram hidayah
Tenang dalam amal sepanjang masa
Doaku di hari lahirmu
Diberi kelapangan hidup dunia akhirat
Agar terubat duka yang menjalar dalam hidup
Dan terpadamlah kesuraman lampau
Aku berseru pada seluruh isi alam
pada setiap juzuk yang ada berdoa untuk kebaikan buatmu
Itu sahaja yang aku mampu kerana aku tahu doa itu tidak perlu modal
Tapi butuh pada keikhlasan dan aku tahu aku punya itu
Kerana kita sama-sama tidak punya harta
Selamat Hari Lahir sahabatku.
No comments:
Post a Comment