Kaget itulah perasaanku. Sekian lama didorong aku cuma membisu. Entah apa yang aku fikirkan kerana aku sendiri pun belum jelas. Namun semalam ketika bertemu teman lama Nazrie and Aisyah bekas rakan sepejabat ITNM dan menceritakan pengalaman baru mempunyai blog sendiri aku menjadi tercabar dan teruja untuk memulakannya.
Sebenarnya telah lama aku ingin mempunyai blog sendiri tapi kesuntukan waktu selalu memadamkan segala-galanya. Buat mereka yang mendorongku mungkin inilah yang kalian nantikan. Aku tidak berani menjanjikan apa-apa kerana aku tak punya apa-apa. Namun kerana apa-apa itu aku zahirkan jua agar aku dapat menyinari kalian.
Semoga kita dilindungi Allah dalam kehidupan yang semakin menghimpit ini.
No comments:
Post a Comment