20 June, 2008

Hadiah Istimewa di Hari Jadiku!


Aku menatap beg coklat yang diberikan malam tadi oleh adik perempuanku. Rekabentuk trendy dan nampak klasik, tertulis


“I care COLD STORAGE”


Aku dah lihat malam tadi tapi hari ni biarlah aku lihat lagi. Sebuah kotak steel berwarna hijau dari cantik bersegi lapan ada tulisan 'Chocolate Time Belgium Recipe'. Di atas kotak yang tidak berbalut itu ada kad kecil tertulis Birthday Greetings. Aku membelek lagi dan ada tulisan “Happy belated Birthday to my lovely brother from - all of us Sister family.”


Jika 20 tahun lalu aku mendapat hadiah ini tentu aku terlompat-lompat kegirangan. Masa tu kami sekeluarga hidup tersangat sederhana. Arwah bapaku cuma kerani, ibuku suri rumah sepenuh masa. Adik beradik kami 11 orang. Ah rasanya tak mahu aku kenang kembali waktu lalu. Tapi untuk rasa bersyukur kita kena kenang keberuntungan kita dan di mana kita berada!.


Aku telah bekerja adikku pula sekarang dah jadi pensyarah Politeknik di negeri kelahiranku. Dia telah bersuami dan kehidupan kami sangat jauh berbeza dari dahulu. Singgahannya malam tadi akan mengingatkan aku pada masa lampauku-tentang kesusahan, tentang realiti hidup, tentang aku dan tentang persaudaraan yang tidak akan putus selama-lamanya.


Bagiku bukan pada kotak yang cantik itu, bukan pada rasa coklat yang sedap atau pada mahal harganya tetapi ingatannya pada diriku. Jika dia datang hanya dengan kad atau ucapan ia tetap sama dengan keadaan tadi.


Walaupun hari jadiku telah berlalu. Namun kelewatan itu tidak menjadi soal asalkan dia tetap mengingatinya. Dan sentiasa mahu mendoakan kebaikan untukku pada hari kelahiranku. Pada hari aku meraikan kegembiraanku tidak ku sangka aku telah mendapat hadiah yang sangat istimewa, tersangat istimewa dan hadiah itu kita telah kongsi bersama iaitu kenaikan harga petrol RM0.78 seliter!


Buat Sal terima kasih You are my lovely Sister. I love you forever! Teruskan kasih sayangmu terhadapku - sekalipun aku tiada doakanlah jua aku.

No comments: