Ini adalah sambungan artikel yang terdahulu. Hari ni aku sanggup balik lewat sekali lagi kerana dah mabuk dengan blog. Ku korek fail-fail lama semata-mata nak cari sesuatu yang sememangnya menjadi nostalgia kepada mereka 'orang-orang lama'-bukan aku ye.
Aku percaya sesiapa yang tersentap dengan gambar ni mereka adalah orang-orang lama. Dengan perkataan yang mudah mereka dah tua. Jadi yang dah tua-tua tu cuba jangan sentap tengok gambar ni.
Inilah gambar Menara Pengkalen atau Wisma Pekerti di Jalan Changkat Ceylon Kuala Lumpur.
Tapi Institut Terjemahan Negara Malaysia cuma menyewa di bangunan itu sahaja. Iaitu di tingkat 2
Alamatnya ketika itu ialah
ITNM
Tingkat 2 Menara Pengkalen
50200 Kuala Lumpur,
Tel: 603 245 7210 * Fax: 603 2457215
Ha korang jangan lak mengada-ngada nak hantar surat ke hape ke alamat yang tak wujud lagi tu dah jadi sejarah dah alamat tu.
Banyak sejarah yang patut adik-adik ku sekarang di sini harus tahu. Kerana sejarah itu akan membuat kita menghargai apa yang kita ada hari ini. Di bangunan ini lah batch pertama pekerja ITNM memulakan kerja setelah ITNM ditubuhkan. Di sebelah bangunan itulah juga pada hari Sabtu & Ahad kami menjalani Hari Suai Kenal oleh pihak pengurusan ITNM.
Paling best sekeliling bangunan ini ada banyak shopping kompleks, ada Menara HLA, The Weld, Bangunan Bousted (nasi ayam takkan ku lupa sampai mati. Kat mana la adik yang jual tu sekarang meniaga?), Hotel Istana, Bukit Bintang dan lain-lain lagi. kalau tension boleh jalan kaki je dia orang ni hilang.
Beberapa tahun setelah itu Hari Keluarga Pertama ITNM diadakan. Cubalah korang-korang teka di mana? Tempatnya ialah Sekolah Kebangsaan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masa tu Hari Keluarga bukan macam sekarang pergi balik hari je. Satu hari. Staf di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan tapi pengenalan warna kena buat sendiri..Ha adalah kumpulan-kumpulan yang pakai reben ungu kat kepala. Ada yang ikat warna kat lengan. Macam-macam ada. Tapi masing-masing dengan semangat kesukanan. Takde yang ponteng dan tidur kat bilik hotel membiarkan kawan terkapai-kapai melawan mereka yang tak terlawan.
Tapi sekarang kita dah ada baju T yang berwarna. Cabutan bertuah untuk staf. Cabutan Grand lagi. Penginapan 3 hari 2 malam. Kenderaan di sediakan. Makan minum free cuma daftar nama keluarga aje. Mak Ayah pun buleh join. Betapa bertuahnya anda sekarang!
Tuah sekarang amat jauh dari tuah kita dahulu. Tuah sekarang boleh pakai Handphone percuma. Tuah orang dahulu kerja tanpa handphone bukan kerana tak mampu tapi belum wujud handphone. Kalau ada pun masa tu handphone yang bagak boleh baling anjing sampai mati tu.
(bersambung..aku nak balik)
3 comments:
Brother encem yang jual nasi ayam tu ada kat gerai depan esso datuk keramat. Rasanya nasi ayam yang sama kut. Masa tu saya pergi malam, tapi tak makan kat tempat dia. Lepas makan baru terperasan muka dia. Siang tak tau ada ke tak.
o yeke nanti nak gi cari nasi ayam dia. Dia ada yang muka macam Zamani Slam tu..yang tu ke?
Bukan yang mcm zamani (ada ke yang macam zamani?). Tapi yang tinggi, rambut kerinting sikit, kulit sawo matang. Rasanya abang depa kut. Depa kan bisness adik beradik, klu x silap.
Post a Comment