12 June, 2008

Tahniah Institut Terjemahan Negara Malaysia




Kerana memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati bagi Kategori Buku Terjemahan dalam Anugerah yang telah diberikan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).

Hadiah tersebut telah diberikan dalam Majlis Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2008 yang telah diadakan bersama dengan Majlis Perasmian Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 16 (SKSM16).

Pada 4 Jun 2008, Bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan Pengarah Urusan Mohd Khair Ngadiron telah menerima anugerah tersebut bagi pihak ITNM. Buku Sejarah Matematik memenangi hadiah utama sementara Buku Alam Matematik memenangi hadiah saguhati.

Ini adalah kemenangan rentetan selepas Novel Dunia Sophie menang tahun lepas. (Saya akan bicarakan dalam post yang akan datang mengenainya)

Ucapan syabas kepada mereka yang bekerja keras untuk menerbitkan buku yang berkualiti ini.

Jadi apa lagi dapatkan naskah anda sekarang!

Alam Matematik
Penulis William Dunham
ISBN: 978-983-068-232-3
Tahun terbitan 2007
399 halaman
Harga: RM55.00

Sejarah Matematik
Penulis Carl. B Boyer
ISBN:978-983-068-235-8
Tahun terbit 2007
761 halaman
Harga: RM75.00.

Layari http://www.itnm.com.my/
Atau talian 41432990

1 comment:

Atie_sl said...

Tahniah juga khusus kepada penterjemah kita En. Azwar Abd Manan (Sejarah Matematik) dan Pn. Asiah Salleh (Alam Matematik). Sayangnya mereka tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

p/s tukar topik : Cik Klhtum amacam? Dah pandai masuk blog? Hehehehe....